Sunday, 3 June 2012

YANG MENDAMBAKAN DIRI MENCINTAI-NYA DIBALAS-NYA




YANG MENDAMBAKAN DIRI MENCINTAI-NYA DIBALAS-NYA

Biarlah rindu yang menghanyutkan kita pada cinta Ilahi
Kerana Cinta Ilahi tak akan pernah padam pada mereka
Yang tahu betapa berarti Cinta Ilahi yang coma diberi
Peluang untuk mencintai-Nya tika di dunia saja.. di akhirat
Sudah terlepas peluang...ahhh ruginya jika begitu moga
Cintaku cintamu dan cinta para semua hamba-Nya
Yang mendambakan diri mencintai-Nya dibalas-Nya
Tika hidup dan mati. Aamin Ya Rabbal A'Lamin

PUTRI RIMBA NIAGARA
2 Jun 2012
 ·  · 
  • You, Datuk JemZairi Erie and 2 others like this.
    • Rabeah Mohd Ali DI PUSARAN CINTA SEMESTA

      Dinda Rabeah::
      sememangnya rindu kepadaNYA di atas segala rindu
      rindu yang mengharung di sepanjang ruang dan waktu
      berderai tangisan berlarian ke ujung-ujung ufuk
      tangiskan rindu yang menggumpal bersenyawa di pusaran cinta semesta...
      -----terimakasihya---
      Werdys Kalbary
      2 Jun 2012

      Rabeah Mohd Ali :

      Terima kasih kerana sudi menghayati mesej puisi yang ingin disampaikan dan terima kasih juga atas sumber inspirasi untuk terus menghanyutkan rindu kepada-Nya. Rindu serindu-rindu-Nya.

      Putri Rimba Niagara
      2 Jun 2012
      19 hours ago ·  ·  2
        • Rabeah Mohd Ali PENAMAT PELAYARAN

          Hidup adalah satu pelayaran
          Pasti ada persinggahan
          Jika setiap persinggahan itu
          Aku leka dengan pesona dunia
          Hingga melupakan aku
          Untuk meneruskan pelayaran
          Tinggallah aku dalam pesona dunia
          Amat rugilah aku
          Malang nasibku dunia akhirat
          Biarpun di dunia ini aku
          Miliki segalanya
          Kalau itulah matlamat aku
          Berhidup di dunia ini
          Makanya jadilah aku
          Manusia yang rugi
          Dan ruginya tak tertebus
          Biarpun kucagarkan
          Harta pesona dunia
          Yang kumiliki
          Tak akan dapat tertebus!
          ALLAHU AKHBAR!
          Moga Allah jauhkan
          Aku daripada pesona dunia
          Yang melalailkan
          Yang melekakan
          Ya Allah aku hambaMu
          Yang lemah
          Untuk menghadapi dugaan
          Apabila diuji dengan pesona dunia
          Janganlah pesona dunia ini
          Melalaikan! Melekakan aku
          Daripada terus menjadikan
          Aku hambaMu yang tak tahu
          Akan tanggung jawab
          Sebagai seorang khalifahMu
          Makanya izinkan aku
          Untuk membawa bekalan
          Amalan yang Kau terima
          Untuk kubawa ke negeri
          Pasti dan itulah
          Penamat pelayaranku
          Di dunia yang fana ini
          Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          Karya Putri Rimba
          10 April 2012
          19 hours ago ·  ·  1
      (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
      3 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;