Sunday, 3 June 2012

DI SINI KU TUNGGU KAU! DI BATAS JARAK BERIBU PULAU









      • SENJA KITA

        Senja mengantarkan rona di sekeping rindu
        Susuri muara Kapuas yang melayahi hatiku
        Saat malam terlambat datang
        Menggiring mimpi – mimpi jatuh di pematang
        Di sini ku tunggu kau !
        Di batas jarak beribu pulau
        ah !, andaikan rindu kuasa melipat jarak
        melipat pula ribuan kenang
        kenang akan bayangmu yang tak pernah hilang...
        -------
        Sintang Kalbar 2 Juni 2012
        #lagisukamotretmotretnih*
        Werdys Kalbary
         — with Teratai Abadi and 14 others.
         ·  ·  · 20 hours ago · 

        • You, Teratai AbadiWan Suwandy and 10 others like this.

          • Rabeah Mohd Ali DIBALAS DENGAN CINTAMU CINTAKU

            rindu dua insan mengayikkan
            lebih mengasyikkan rinduku rindumu
            mengingatkan rindu-serindu kepada
            Maha Pencipta Rindu dan Cinta
            Pasti rindu dan cinta-Nya terbalas
            Dibalas dengan cintamu cintaku
            Hingga ke Syurgawi

            PUTRI RIMBA NIAGARA
            2 Jun 2012

            20 hours ago ·  ·  3

          • Saving MyHeart senja kita
            senantiasa rona memerah unguan jingga
            masih gemuruh riak-riak sungai beralun damai
            di selang seli bayu memuput rindu bergulung
            bermain-main lagu alam ketika beburung pulang
            saat itu kenangan tak pernah terbuang
            alir mengalir hingga biduk bermuara

            aduhai tak nyambung nih balasku Way...minda.lelah.com

            Cantik fotonya juga larik-larik sajakmu, tambah mantap oooi #terusterusinmotretdannulispuisimelowmilo# xixixi met mlm met rehat wss illaliqa moga bertemu lagi di lain episod

            20 hours ago ·  ·  3

      • Saving MyHeart dik Rabeah met mlm jg, wah puisimu asyik sekali...
        20 hours ago ·  ·  2

      • Nina Saat mksh y Way..puisi yg indah...
        20 hours ago ·  ·  1

      • Nina Saat jg bukti keAgungan Allah yg bgtu indah...
        20 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali Biarlah rindu yang menghanyutkan kita pada cinta Ilahi
        Kerana Cinta Ilahi tak akan pernah padam pada mereka
        Yang tahu betapa berarti Cinta Ilahi yang coma diberi
        Peluang untuk mencintainya tika di dunia saja.. di akhirat
        Sudah terlepas peluang...ahhh ruginya jika begitu moga
        Cintaku cintamu dan cinta para semua hamba-Nya
        Yang mendambakan diri mencintai-Nya dibalas-Nya
        Tika hidup dan mati. Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        20 hours ago ·  ·  1

      • Werdys Kalbary Dinda Rabeah::
        sememangnya rindu kepadaNYA di atas segala rindu
        rindu yang mengharung di sepanjang ruang dan waktu
        berderai tangisan berlarian ke ujung-ujung ufuk
        tangiskan rindu yang menggumpal bersenyawa di pusaran cinta semesta...
        -----terimakasihya---

        20 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi menghayati mesej puisi yang ingin disampaikan dan terima kasih juga atas sumber inspirasi untuk terus menghanyutkan rindu kepadaNya. Rindu serindu-rindu-Nya.
        20 hours ago ·  ·  1

      • Werdys Kalbary Saving MyHeart:::
        senja teduh itu mampir di pesisir angin
        saat keheningan jadi jingga
        mentaripun redup pudar nyala
        adakah yang lebih dahaga dari cinta
        bila kenangan luput
        dan rindu hilang makna...?
        ----hehehemaksihbanyakya, yupakukan terusmemotretdanberpuisihihihih----

        20 hours ago ·  ·  2

      • Werdys Kalbary Nina Saat :::
        terima kasih wahai sahabatku
        yang telah bertandang di laman rindu
        menerawang kembali kenangan yang lalu
        saat masa-masa ceria kita dahulu...aduhh rindu heheheh :))

        20 hours ago ·  ·  1

      • Rabeah Mohd Ali PENAMAT PELAYARAN

        Hidup adalah satu pelayaran
        Pasti ada persinggahan
        Jika setiap persinggahan itu
        Aku leka dengan pesona dunia
        Hingga melupakan aku
        Untuk meneruskan pelayaran
        Tinggallah aku dalam pesona dunia
        Amat rugilah aku
        Malang nasibku dunia akhirat
        Biarpun di dunia ini aku
        Miliki segalanya
        Kalau itulah matlamat aku
        Berhidup di dunia ini
        Makanya jadilah aku
        Manusia yang rugi
        Dan ruginya tak tertebus
        Biarpun kucagarkan
        Harta pesona dunia
        Yang kumiliki
        Tak akan dapat tertebus!
        ALLAHU AKHBAR!
        Moga Allah jauhkan
        Aku daripada pesona dunia
        Yang melalailkan
        Yang melekakan
        Ya Allah aku hambaMu
        Yang lemah
        Untuk menghadapi dugaan
        Apabila diuji dengan pesona dunia
        Janganlah pesona dunia ini
        Melalaikan! Melekakan aku
        Daripada terus menjadikan
        Aku hambaMu yang tak tahu
        Akan tanggung jawab
        Sebagai seorang khalifahMu
        Makanya izinkan aku
        Untuk membawa bekalan
        Amalan yang Kau terima
        Untuk kubawa ke negeri
        Pasti dan itulah
        Penamat pelayaranku
        Di dunia yang fana ini
        Aamin Ya Rabbal A'Lamin

        Karya Putri Rimba
        10 April 2012

        20 hours ago ·  ·  2

      • Werdys Kalbary Rabeah Mohd Ali, alhamdulillah, sama2 terima kasih ya, aamiin, Allahumma aamiin...
        20 hours ago ·  ·  1

      • Werdys Kalbary terima kasih juga telah singgah bro Awank Ihsan Wirabuana, sis Vous Est Grande, dan bro Wan Suwandy..met malam ya :)
        20 hours ago ·  ·  1

      • Zalina Bt Abdullah tq my dear fren...
        18 hours ago ·  ·  1

      • Melli Ahsya ‎:
        Puisi seindah ini
        Lahir dari skeping hati
        Semua rindu hanyut disini
        Kemaraupun akan terhenti
        Bunga cinta mekar bersemi
        ...
        Salam rindu dinda Werdy
        Kanda sama menikmati
        Slamat berkasih,jumpa lagi.

        18 hours ago ·  ·  2

      • Wan Suwandy ‎~
        senja yang berkemas melipat ronanya ke balik malam...
        dan nyala jingga penghabisan menghujam rindu di hati remuk redam...
        temaram perlahan menukar gaunnya dalam diam..
        shiluetnya sujud dibawah bayang bulan..
        di bawahnya berpendar tasik keemasan
        mendekap rindu sang Teratai malam :)

        ~ indahnya hasil karya fotografimu bro Werdys Kalbary.., awan senja yang dramatik..diatas riak kapuas...
        di padu dengan puisi wangi kenanganmu ini terasa sangat klop gitu deh.., oh iya bro... ku suka larik2mu yang ini :

        Di sini ku tunggu kau !
        Di batas jarak beribu pulau
        ah !, andaikan rindu kuasa melipat jarak
        melipat pula ribuan kenang
        kenang akan bayangmu yang tak pernah hilang...

        yah.... setubuh dengan mimpiku,
        rindu berpendar dalam berjuta jarak duhaii... :))

        17 hours ago ·  ·  3

      • Ayano Rosie aku menyukai kemuning senja yang terpantul dari sungai kapuas,
        serasa ingin pulang ke mahakam menikmati senja

        12 hours ago ·  ·  1

      • Nurul Omar Biarlah jauh bila jarak memaknai rindu.
        Biarlah rindu selalu bila hati lebih mengakrabi.
        Biarlah hati terikat agar tahu bersabar.

        Met siang semua :-). Dan terima kasih bang way,tag saya. Puisi indah bang.

        11 hours ago ·  ·  1

      • Tifa Nurul F ah !, andaikan rindu kuasa melipat jarak
        melipat pula ribuan kenang
        kenang akan bayangmu yang tak pernah
        hilang..
        Mungkin rinduku tak kan setebal ini padamu.. Piss aahh :)

        11 hours ago ·  ·  1

      • Werdys Kalbary Zalina, u re wellcome, napa jarang tengok ? sihat ke ?
        10 hours ago ·  ·  1

      • Werdys Kalbary akak Melli Ahsya ===
        puisiku puisi rindu
        pada kekasihku yang jauh jaraknya beribu batu
        guguran kenangan di hembus belaian musim
        menepis lambaian jemari yang tak sampai di liku pantai
        biarlah di sini
        rindu yang batu
        terus menunggu...
        ------ hehehe, terima kasih akakku Melli yang cantek, selamat merindu-rindu ya ahaha----

        9 hours ago ·  ·  1

      • Melli Ahsya Werdys Kalbary
        kurasakan apa yang kau rasakan
        berbilang musim hanyalah kerinduan
        entahlah kapan cinta dapat di taklukkan
        atas nama Tuhan dan atas nama cinta
        maka hiduplah cinta ,wassallam .
        ....

        9 hours ago ·  ·  1

      • Werdys Kalbary akak Melli Ahsya, aamiin ...ku aminkan rindumu semoga berlabuh di pelabuhan cinta dengan sentosa... akak, terima kasih ya, wassalam adikmu...
        9 hours ago ·  ·  1

      • Melli Ahsya Senja di Kapuas
        hasil potretmu sangat indah
        jadilah terkenal Werdys Kalbary
        ,...bye bye ....

        9 hours ago ·  ·  1


        • Intan Rahayu Kuswoharti Ada sebuag puisi juga, judulnya Ini Senja Kita :)
          8 hours ago · 

        • Zalina Bt Abdullah Werdys Kalbary....ok..sy sht...bz skrg...ngn baju2 jhtn...msuk jngok je...hrp kamu sht slalu ye..
          7 hours ago · 

        • Yayank Zalmiah II terima kasih my dear brother Werdys Kalbary ,
          tisada seindah cinta yang dijalani dua insan
          yang saling mencinta ,
          jarak bukanlah halangan tuk saling merindu ,
          karena diantara kasih kita ada kasih sayangNYA

          salam santun q mz ,,, (^_^)

          7 hours ago · 

        • Saniah Masri T kasih tag akak werdy. Duduk ditangga menunggu surat.penghantar surat berjalan kaki. Puisi werdy kalbry bagai menyirat.kekasih di hati menjauhkan diri
          6 hours ago · 

        • Saniah Masri Mohon maaf. Pantun salah send parking.
          6 hours ago · 

        • Saving MyHeart Way cantik pula balas ke goresanku,
          rindu tak mungkin hilang makna
          kerana rindu masih berwarna
          seindah pelangi sebatas cakrawala...
          salam sore, seindahati selalu, semoga sejahtera dan bahagia selalu. piz aja dech...

          4 hours ago ·

          (PETIKAN DARIPADA WALL WERDYS KALBARY & PUTRI RIMBA NIAGARA)
          3 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;