AGAR TENANG JIWAKU
SETENANG AIR DI KALI SYORGA
Damai mataku memandang suasana ini...
Aman...tenteram...
Sedamai hati yang inginkan damai
Tuhan ...
Berilah aku ketenangan
Kerna ketenangan itu
Perlu bagi menghidupkan
Roh dan jasadku yang mati
Mati sebelum dimatikan
Makanya sinarkan
Nur hidayah kasihMu
Di hatiku
Agar tenang jiwaku
Setenang air di kali Syorga.
Aamin Ya Rabbal A'Lamin
Karya Putri Rimba
7 April 2012
Jefry Al Bc:
Asm bunda indah sekali .puisinya kok bunda mudah sekali mengungkapkan sesuatu lewat puisi??? apa sih rahasianya bunda .salam dari nanda .wasalam
SENTIASA MAHU MUHASABAH DIRI
Waalaikummussalam nanda...terima kasih atas sokongan nanda pada bunda
Nanda...tiada rahsia
Comanya selalulah:
1) Bersangka baik dengan Allah Azzawajallah
2) Selalu bermuhasabah diri
3) Berkata yang baik-baik kerana setiap yang baik dari Allah SWT
4) Mengharap setiap yang ditulis dan ucapkan sentiasa ada Nilaian di Sisi-Nya Insya-Allah Aamin
5) Apa yang ditulis sebagai saham akhirat
6) Selalu menyatakan adakah ini puisi terakhirku
7) Sampaikan ilmu itu walaupun sebaris ayat
8) Ilmu yang baik adalah Kurniaan dari-Nya jika tidak disampaikan akan dipertanggungjawabkan
9) Jangan was-was untuk berbuat baik kerana peluang tak datang banyak kali
10) Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara... antaranya hidup sebelum mati
11) Sentiasa bayangkan setelah mati segala rayuan tidak diterima Allah Azzawajallah
Makanya merayulah tika nyawa ada di kerongkong di situlah masih ada peluang untuk kita bertaubat
12) Jika mahukan ilmu dunia akhirat perlulah menghadiri majlis-majlis ilmu dengan adanya ilmu ..apa yang
disampaikan Insya-Allah berfakta dan bernas
13) Jangan tamak ilmu dan berbangga dengan ilmu yang setetes cuma
14) Jika kita suka berbagi ilmu Allah SWT akan menambahkan ilmu tanpa kita duga dengan sebanyak-Nya
KITA BUKANLAH ORANG YANG SEMPURNA BAIK TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA INGIN MENJADI HAMBANYA YANG BAIK ....HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM ITULAH YANG TERBAIKNYA DALAM SETIAP AMALAN INGIN MENGHARAPKAN REDHO DAN CINTA ALLAH SWT DIBALAS DI KALA HIDUP DAN MATI...BERTEMU DENGAN ALLAH SWT DALAM KEAADAN TENANG ROH DAN JASAD IKA ROH KITA DITERIMA ALLAH SWT MAKANYA ALLAH SWT AKAN MENERIMA JASAD KITA INSYA-ALLAH AAMIIN MAKANYA HIDUP INI BUKANLAH PERCOMA TAPI SERIUS DALAM MELAKUKAN IBADAH SEBAGAI BEKALAN DI HARI MATI NANTI. MOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA-NYA . AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.
Ingatan tulus Ikhlas daripada bunda:
RABEAH MOHD ALI
ISTIMEWA UNTUK NANDA JEFRY AL BC
3 Jun 2012INDAHNYA HAKEKAT CINTA
Assalamualaikum
Bunda benar indahnya hakekat cinta .
Semoga menjadi renungan bagi orang yang sedang jatuh cinta.
Wassallam dari nanda.
Rabeah Mohd Ali"
Waalaikummussalam wr wb nanda Jefry Al Bc karena sudi hadir di wall bunda
dan memberi pandangan yang bernas.
Itulah mesej yang ingin bunda sampaikan kepada semua yang bakal melangkah ke
alam percintaan yang suci murni kerana-Nya.
'CINTA TAK SEMESTINYA DIMILIKI
TAPI JIKA DIMILIKI ITULAH CINTA YANG TELAH TERCATAT DI LAUHMAHFUZ , MAKANYA SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH AZZAWAJALLAH
YAKIN CINTA YANG DIKURNIAKAN ITULAH CINTA YANG DIMILIKI ATAS KETENTUAN-NYA'. Wallahualam.
PUTRI RIMBA NIAGARA
3 Jun 2012Rabeah Mohd Ali shared Kasman Alfaridzi II's photo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment