ISTANA PELANGI CINTA
Duhai kasih...
sudah lama kudambakan
hadirnya cinta bertahta di hati
kerana aku ketandusan cinta
hari-hari dilalui kegeringan cinta
saat dilalui membosankan
yang hanya bertandang gerhana cinta
memilukan hatiku.
Tanpaku duga
kau hadir dalam hidupku
membawa sinar bahagia
kita sama-sama cinta
sama-sama sayang
kurindu tanpamu
kusepi tanpamu
kau sentiasa bertahta di hati.
Moga hari-hari cinta
dilalui bersama
membawa sinar bahagia
untuk kita berdua.
Sabarlah sayang
kita memadu cinta
memadu kasih di istana cinta
di serikan pelangi
kita berbulan madu
di istana pelangi cinta
menyerikan cinta kita
dalam restuNya.
Karya: Putri Rimba Niagara
3 Jun 2012KUJAHIT LUKAMU DENGAN BENANG CINTAKU
Oh kekasihku...
Jika teramat parah lukamu
Terlalu mendalam dek kerana kekasihmu itu
Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku
Agar boleh kulihat senyumanmu.
Jika air matamu tidak berhenti merinduinya
Aku tak boleh menghentikan
Kecuali terhenti sendiri atas kemahuanmu.
Aku yang jauh di sini
Mendoakan kau tidak bermuram durja
Selalu tersenyum
Menjadi penyeri di laman cinta
Sentiasa mewangi
Di waktu pagi petang dan malam
Teman-teman di sekelilingmu pasti bahagia
Melihatmu sentiasa ceria menghadapi hari-hari mendatang.
Jika kau terasa rindu padaku
Pandanglah bulan purnama
Di situ aku melemparkan senyuman sayang untukmu.
Jika kau tak sudi membalas senyumanku itu
Bermimpilah tentang aku
Aku sedia mendengar rintihan kalbumu
Kerana aku teramat menyayangimu
Tanpa jemu menyintaimu seumur hidupku.
Karya: Putri Rimba Niagara
3 Jun 2012SINARKAN HIDAYAH KASIHMU
Setiap manusia pasti mati
tanpa terkecuali
cuma tak tahu bila?
termasuk juga aku.
Kehidupan akhirat abadi
kehidupan dunia sementara
tapi yang ku kejar kehidupan sementara
malangnya aku
kenapa aku begitu
rohku pasti merana
sedangkan aku masih lagi lalai dan leka
tetang masa dipersia
masa terlalu berharga
masa terlalu singkat
namun aku masih berleka lagi
mana pergi mata hatiku?
bila aku nak sedar?
bila aku nak bertaubat?
Entah tak tahu...
hi degilnya aku
napa aku tidak mahu berlembut hati
tentang negeri akhirat yang pasti
balasannya pasti
kenapa dah tahu pasti
aku tak mahu berlembut hati
tentang balasan yang keras nanti pasti kuterima
atas kedegilanku ini...
hi beraninya aku menerima balasan murkaNya nanti.
Duhai jasad! Kerana kau berani terima balasan
yang maha dahsyat kau rasakanlah nanti pasti menanti!
Kau akan menyesal! Mahu dihidupkan semula walaupun sesaat
untuk beramal tapi sudah terlambat duhai jasad yang celaka,
kau yang mencelakakan diri kau sendiri...
Kau tak gunakan akal yang Allah kurniakan pada kau
untuk fikirkan kenapa kau dihidupkan di dunia ini
semata-mata menjadi hamba kepadaNya
bukan kepada manusia
bukan tunduk kepada hawa nafsumu!
Sekarang macam mana... hatimu sudah berlembut ke belum?
Kerana kau masih ada peluang lagi
sebelum pergi ke negeri pasti..
Ya...Allah aku bersyukur Kau masih memberi ku peluang
untuk membetulkan kesilapanku ini
Ya...Allah aku malu denganMu
atas keegoaanku padaMu
ampunkan aku
aku bertaubat
terimalah taubatku
aku lemah Ya Allah
bimbinglah aku
sinarkan hidayah kasihMu pada ku
agar kugunakan hayatku yang tersisa ini
semata-mata menjadi hambaMu yang sentiasa tunduk
melakukan amal ibadat semata-mata keranaMu
bukan kerana berbangga atau menunjuk-nunjuk
biar nanti bila ku pergi ke negeri pasti
aman tenteram rohku tanpa siksaan yang pedih!
Karya Putri Rimba Niagara
3 Jun 2012Rabeah Mohd Ali shared Herjitono Ambiko's photo.
- TIDAK TELAP— with Leah Dee and 38 others.
Berangkat ke dalam diri
bertemu zamrud juraian beringin
renangi muara dan lekuk hidup
kita di sini mengelus hakiki
buihbuih putih panahan cinta
tubuh kerikil pun melayang ke sangkar jiwa
membuka senyum di alis syurga
atau titis bening bergeming di denai rasa
kita di sini biarkanlah
tarian lalang menarah hati
sempadan bendang usia
puisipuisi pasti merangkak
ke dahan salju
bernama bahagia.
4:51pm201200603
@masaberlalusemogatidakikatankita@@~~ Rabeah Mohd Ali shared Werdys Kalbary's photo.
Rabeah Mohd Ali shared Werdys Kalbary's photo.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment