Sunday, 3 June 2012

TELAP KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA & TERATAI ABADI











      • TIDAK TELAP

        Berangkat ke dalam diri
        bertemu zamrud juraian beringin
        renangi muara dan lekuk hidup
        kita di sini mengelus hakiki

        buihbuih putih panahan cinta
        tubuh kerikil pun melayang ke sangkar jiwa
        membuka senyum di alis syurga
        atau titis bening bergeming di denai rasa

        kita di sini biarkanlah
        tarian lalang menarah hati
        sempadan bendang usia
        puisipuisi pasti merangkak
        ke dahan salju
        bernama bahagia.

        4:51pm201200603
        @masaberlalusemogatidakikatankita@@~~
         — with Leah Dee and 38 others.
         ·  · 2 hours ago · 
        • You and 28 others like this.
          • Syahadah Nur Qalbi Assalamualaikum, slmt petang Teratai Abadi...Titisan cinta dan kasih
            dalam mihrab dakapan-Mu Ya Illahi...
            2 hours ago ·  ·  1
          • Rabeah Mohd Ali GELAP

            Jika iman tak telap
            Dunia akan jadi gelap

            Jika dunia gelap
            Semuanya malap

            Bila semuanya malap
            Semuanya bergelap
            Alam barzah pun gelap

            Malanglah dunia yang suram dan malap
            Hati yang gelap
            Yang perlu dilap
            Cahaya iman agar tak malap dan gelap

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            3 Jun 2012
            2 hours ago ·  ·  2
          • Rabeah Mohd Ali AGAR TENANG JIWAKU
            SETENANG AIR DI KALI SYORGA

            Damai mataku memandang suasana ini...
            Aman...tenteram...
            Sedamai hati yang inginkan damai

            Tuhan ...
            Berilah aku ketenangan
            Kerna ketenangan itu
            Perlu bagi menghidupkan
            Roh dan jasadku yang mati
            Mati sebelum dimatikan
            Makanya sinarkan
            Nur hidayah kasihMu
            Di hatiku
            Agar tenang jiwaku
            Setenang air di kali Syorga.
            Aamin Ya Rabbal A'Lamin

            Karya Putri Rimba
            7 April 2012

            Jefry Al Bc:

            Asm bunda indah sekali .puisinya kok bunda mudah sekali mengungkapkan sesuatu lewat puisi??? apa sih rahasianya bunda .salam dari nanda .wasalam

            SENTIASA MAHU MUHASABAH DIRI

            Waalaikummussalam nanda...terima kasih atas sokongan nanda pada bunda
            Nanda...tiada rahsia
            Comanya selalulah:

            1) Bersangka baik dengan Allah Azzawajallah
            2) Selalu bermuhasabah diri
            3) Berkata yang baik-baik kerana setiap yang baik dari Allah SWT
            4) Mengharap setiap yang ditulis dan ucapkan sentiasa ada Nilaian di Sisi-Nya Insya-Allah Aamin
            5) Apa yang ditulis sebagai saham akhirat
            6) Selalu menyatakan adakah ini puisi terakhirku
            7) Sampaikan ilmu itu walaupun sebaris ayat
            8) Ilmu yang baik adalah Kurniaan dari-Nya jika tidak disampaikan akan dipertanggungjawabkan
            9) Jangan was-was untuk berbuat baik kerana peluang tak datang banyak kali
            10) Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara... antaranya hidup sebelum mati
            11) Sentiasa bayangkan setelah mati segala rayuan tidak diterima Allah Azzawajallah
            Makanya merayulah tika nyawa ada di kerongkong di situlah masih ada peluang untuk kita bertaubat
            12) Jika mahukan ilmu dunia akhirat perlulah menghadiri majlis-majlis ilmu dengan adanya ilmu ..apa yang
            disampaikan Insya-Allah berfakta dan bernas
            13) Jangan tamak ilmu dan berbangga dengan ilmu yang setetes cuma
            14) Jika kita suka berbagi ilmu Allah SWT akan menambahkan ilmu tanpa kita duga dengan sebanyak-Nya

            KITA BUKANLAH ORANG YANG SEMPURNA BAIK TAPI APALAH SALAHNYA KITA BERCITA-CITA INGIN MENJADI HAMBANYA YANG BAIK ....HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM ITULAH YANG TERBAIKNYA DALAM SETIAP AMALAN INGIN MENGHARAPKAN REDHO DAN CINTA ALLAH SWT DIBALAS DI KALA HIDUP DAN MATI...BERTEMU DENGAN ALLAH SWT DALAM KEADAN TENANG ROH DAN JASAD IKA ROH KITA DITERIMA ALLAH SWT MAKANYA ALLAH SWT AKAN MENERIMA JASAD KITA INSYA-ALLAH AAMIIN MAKANYA HIDUP INI BUKANLAH PERCOMA TAPI SERIUS DALAM MELAKUKAN IBADAH SEBAGAI BEKALAN DI HARI MATI NANTI. MOGA SEGALA AMALAN KITA DITERIMA-NYA . AAMIIN YA RABBAL A'LAMIN.

            Ingatan tulus Ikhlas daripada bunda:
            RABEAH MOHD ALI
            ISTIMEWA UNTUK NANDA JEFRY AL BC
            3 Jun 2012
            about an hour ago ·  ·  2
      (PETIKAN DARIPADA WALL TERATAI ABADI)
      3 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;