Saturday 9 June 2012

CINTA PUTRI RIMBA KEPADA RAKYAT PEMIMPIN DAN NEGARA


  • Khai Noor shared Hibatullah Yusof Al-Haj's photo.
     · 


    • You and Serr Jmn like this.

      • Dua pemimpin berganding bahu,
        Pastilah Islam bertambah maju;
        Semuanya kerana Tuhan Yang Satu.
        Pastinya Allah Azzawajallah Merestu.


      • Saling berkerjasama faham memahami,
        Demi rakyat dan negara tercinta;
        Semua rakyat rasa suka hati,
        Pemimpin bersatu hati itu dipinta.

        58 minutes ago · 

      • Biarpun berlain parti tapi satu hati,
        Membela rakyat tak kira parti mana;
        Kesejahteraan rakyat itu dikehendaki,
        Amanlah negara pemimpin berkerjasama.

        55 minutes ago · 

      • Jangan ada jatuh menjatuhkan,
        Jangan ada merosakan ikatan;
        Berundinglah penuh kebijaksanaan,
        Akan teguhlah sebuah perpaduan.

        53 minutes ago · 

      • Setiap pemimpin mestilah berjiwa rakyat,
        Dalam hati dalam jiwa adalah rakyat;
        Fokus yang ditumpukan adalah rakyat,
        Kerana menentukan kuasanya adalah rakyat.

        50 minutes ago · 

      • Makanya turuti kehendak rakyat duhai pemimpin,
        Rakyat mahu para pemimpin bersatu hati;
        Biarpun berlain parti tapi bersatu dalam perpaduan,
        Bersatu hatilah demi rakyat dan negara itu dikehendaki.

        48 minutes ago · 

      • Setiap pemimpin mesti adil dan saksama,
        Dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan;
        Yang lupa asal usul dari mana datangnya kuasa,
        Makanya tungguhlah hari pengundian rakyat menentukan.

        44 minutes ago · 

      • Duhai semua pemimpin yang disanjungi rakyat,
        Janganlah masa hendak pilihanraya saja membodek rakyat;
        Janji sana janji sini untuk memancing hati rakyat,
        Sudah menang nanti dilupakan kasihanlah rakyat.

        41 minutes ago · 

      • Bila berjanji mestilah ditepati,
        Itu tandanya pemimpin yang beriman;
        Allah suka pada yang menepati janji,
        Jiwa tenang dalam keimanan.

        37 minutes ago · 

      • Rakyat tak suka pemimpin bercakaran,
        Kutuk mengutuk saling hina menghina;
        Tiada yang sempurna melainkan Tuhan,
        Makanya saling muhasabah diri itu sepatutnya.

        35 minutes ago · 

      • Rakyat suka kepada kedamaian,
        Kedamaian di antara pemimpin;
        Sesama pemimpin fikirkan kesejahteraan,
        Memerintah negara penuh keamanan.

        33 minutes ago · 

      • Pabila negara aman damai,
        Rakyat senang negara sejahtera;
        Tiada lagi kekacauan melainkan permai,
        Senyuman rakyat untuk pemimpin penuh mesra.

        28 minutes ago · 

      • Moga muzakarah antara dua pemimpin DiRahmati,
        Saling bahu membahu demi rakyat tercinta;
        Jangan ada perbalahan itu patut dijauhi,
        Biarpun berlainan parti matlamat tetap sama.

        23 minutes ago · 

      • Matlamat tetap sama itu jawapan muzakarah,
        Jika masih tak sehaluan bukan muzakarah namanya;
        Kalau begitu baik tak payah muzakarah,
        Bertambah keruhkan ikatan ukhuwah baik hentikannya.

        20 minutes ago · 

      • Rakyat percaya dua pemimpin semuanya arif,
        Arif dalam semua bidang ilmu kepimpinan;
        Mereka dipilih pun kerana mereka orang yang arif,
        Arif memimpin rakyat dan negara dalam kesejahteraan.

        17 minutes ago · 

      • Rakyat percaya pada pemimpin,
        Masing-masing ada pengaruhnya;
        Tapi rakyat tetap mahukan kesepakatan,
        Di antara dua parti dua pemimpin.

        15 minutes ago · 

      • Di antara dua parti dua pemimpin,
        Keduanya digantungkan harapan;
        Harapan memimpin rakyat penuh sejahtera,
        Barulah Malaysia ini selamanya aman.

        13 minutes ago · 

      • Duhai dua pemimpin yang disanjungi,
        Ketahuilah kalian adalah pemegang amanah;
        Amanah Tuhan dan amanah rakyat yang dicintai,
        di Akhirat nanti akan dipetanggungjawabkan segala amanah.

        10 minutes ago · 

      • Janganlah bimbang dan gusar di hati,
        Rakyat sentiasa mempercayai kalian;
        Kalian menjalankan tugas sepenuh hati,
        Insya-Allah segala kebaikan dibalas Tuhan.

        8 minutes ago · 

      • Kura-kura dalam perahu,
        Pura-pura buat tak tahu;
        Tak lama lagi PRU.
        Kuasa rakyat sebagai penentu.

        6 minutes ago · 

      • Sampai di sini hamba berpantun,
        Kuasa rakyat sebagai penentu tajuk pantun;
        Pantun dikarang sebagai luahan;
        Luahan hati rakyat untuk pemimpin.

        4 minutes ago · 

      • Jika ada salah bicara harap dimaafi,
        Hamba bukanlah insan sempurna;
        Tapi suka mencurahkan bakti,
        Demi negara dan rakyat tercinta.

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        10 Jun 2012

        about a minute ago · 

        (PETIKAN DARIPADA WALL KHAI NOOR & HIBATULLAH YUSOF AL-HAJ)
        10 Jun 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;