- KITA DITEMUKAN UNTUK MENJAYAKAN MISI DAN VISI KUMPULAN KARYA KITA -
BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA!
Maaf ye ada pembetulan sikit bukan hirisan limau kuning tapi limau kuning dua biji.
Apapun saya minta maaf pada Inna Saidi dan ucapkan terima kasih kerana menegur biar buka mata sikit mereka-mereka yang selalu gunakan Bahasa Inggeris dan satu lagi perkataan pendek katanya tak ada masa. Kalau tak ada masa carilah masa yang sesuai. Itu pun takkan tak boleh?
Selagi tak ada perubahan jangan mimpilah nak mencapai bintang di langit!
Buat apa kita memperjuangkan misi dan visi tapi kita sendiri tidak mahu berubah dan berkorban masa menaip yang sedikit tu!
Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkan lah!
KAWAN-KAWAN KITA SEBENARNYA SUDAH KESUNTUKAN MASA DAN MASA BERLARI DENGAN PANTAS DAN ESOK BELUM TENTU KITA BERNAFAS LAGI....JADI TAK ADA MASA HENDAK BERCAKAP YANG SIA-SIA MELAINKAN YANG ADA NILAI-NILAI KE ARAH MEREALISIKAN IMPIAN .
Nak buat lawak boleh tapi jangan lawak bodoh! Lawak yang menceriakan suasana yang biasa didengar untuk hilangkan tekanan...sebab kita manusia biasa tidak lari dari jenaka. Jenaka yang ada makna yang boleh menyukakan semua orang kan-...kan...kan.. apabila berkata berdasarkan fakta bukan ikut hati dan perasaan....bukan tuduh melulu buat orang sakit kalbu...
Sebenarnya kita boleh berjaya ...saya baru dapat idea hari ni dengar ye kalau sudi nak hayati:
KITA BOLEH BERJAYA ANDAI KITA SEKIRANYA KITA FOKUSKAN MATLAMAT SEBENAR APA YANG INGIN KITA CAPAI.
Cantik sunsgguh si Inna Saidi,
Tapi kecantikan di sebalik limau;
Pandai menegur setelah diteliti,
Suasana tenang menjadi haru biru
Siapa yang terasa maafkan daku,
Mana tahu ada hikmatnya kesilapan ku ini;
Semuanya tak mahu ditegur sepertiku,
Kalau tersilap tulis akan ditegur oleh si Inna Saidi.
Terima kasih Inna Saidi,
Keranamu semua buka mata;
Tapi tidak sepertimu mata ditutupi,
Dengan limau kuning menutup mata.
Apapun ku minta maaf pada mu si Inna Saidi,
Kepada juga semua teman yang kukasihi separuh mati;
Kita ditemukan untuk merealisasikan misi dan visi,
Bukan untuk bersuka-suka bercakap sesuka hati.
Karya Rha NS
7 Januari 2012See More
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment