'Cato Enzo changed the group description to "ツ Assalamualaikum..
Teman semua, kumpulan KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA ditubuhkan, semata-mata bukan saja bertujuan untuk memberi peluang kepada para penulis baru untuk mengasah dan mengetengahkan bakat mereka. Malah, tujuan sebenar ianya ditubuhkan ialah untuk mendidik dan menggalakkan para penulis pelapis, memelihara dan memperjuangkan bahasa bangsa kita yang berdaulat.
Seorang penulis harus sedia maklum, bahawa memertabatkan bahasa nenek moyang kita di tempat yang sewajarnya, itu terletak di bahu mereka. Harus diingat, apa yang ditinggalkan hari ini, akan kelak menjadi warisan buat generasi yang akan datang. Maka itu saya menyeru kepada para ahli semua, mari bersama kita berganding bahu dan rasa, agar bahasa kita dipelihara dan tidak akan ditelan masa dan zaman - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA.
--/)-> (Ad Rahman)
TERMA DAN SYARAT:
Kiriman-kiriman yang berbau politik, perkauman, menghina agama dan bangsa sendiri atau lainnya, berunsur lucah, herdik-mengherdik antara sesama, juga kiriman yang didapati tidak sesuai dan sejajar pada landasan yang telah digariskan, para admin berhak mengambil tindakan yang sewajarnya. Demi memastikan kita tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenarnya, para ahli semua diminta bekerjasama. Kerjasama anda emus amatlah dihargai. Terima Kasih."
'Cato Enzo Perhatian.... ADMIN - Ada apa-apa lagi yang perlu Cato tambah untuk dimuatkan di sini?
14 hours ago · · 4
Lina Yusoff Saya harap peraturan di kumpulan ini janganlah terlalu diketatkan. Kerana ia boleh mematikan semangat jiwa penggiat seni yg berkobar2 di antara para karyawan. Seni itu sesuatu yang indah dan setiap individu itu mempunyai hak untuk meluahkan penulisannya dengan gaya yang tersendiri tanpa melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan. Dan bolehkah kita hentikan perbincangan tentang apa yg patut ditetapkan di dalam kumpulan ini? Saya rasa syarat-syarat di atas sudah mencukupi.
14 hours ago · · 6
Ya Umairah maaf ya mira menyelit..bialah kita disini berkarya secara santai. jgn terlalu ketat dgn undang2 asal jgn lari dari landasan utk berkarya..maaf.
Nor Anida semua orang pun dah faham...eh 'Cato Enzo-satu aje yang akak tak nampak...maha hasil karya Cato?....atau akak ketingalan ni ye
14 hours ago · · 1
Lina Yusoff Harap tiada yg tersinggung. Hanya meluahkan pendapat saya yang jujur dan ingin memberikan sokongan kepada karyawan-karyawan untuk terus berjuang demi menegakkan bahasa ibunda kita demi generasi yg akan datang. Sekarang, marilah balik kepada tujuan kita yang sebenar...iaitu menghargai karya-karya yang berbeza-beza tetapi cukup baik di dalam kumpulan ini. Jom berkaya lagi! :)))
14 hours ago · · 7
Nor Anida ye lah 'Cato Enzo...Ad Rahman dah letak pun malaikat kecil...mana dia bahasa puisi Cato ye?
14 hours ago · · 1
'Cato Enzo Ya Umairah & Lina Yusoff: Tak mengapa, kita memang nak dengar pendapat semua ahli.
13 hours ago · · 4
Ad Rahman Apa yang Lina dan Mira cakap ada betulnya. Asal tak lari dari landasan yang digariskan dalam berkarya itu yang penting. Dan kita disini bersantai, gurau senda sambil menikmati hasil karya para ahli kan elok. Jika garisan terlalu ketat, grup ini akan nampak keras dan kaku. Biar ia mengalir dengan sendirinya diatas landasan yang telah diterapkan. Bukankah seni itu hiburan kalbu ;)
(PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA BAHASA - MENUNJUKKAN BANGSA)
6 Januari 2012
0 comments:
Post a Comment