Diari Amirdza and 2 others like this.
Ad Rahman Andaikata kita dapat merubah cara bertutur seharian dari bahasa pasar ke tahap bahasa sastera, Hang Tuah yg raip pasti ingin muncul semula. Tetapi itu satu tahap yg hampir mustahil. Jadi kita harus bersikap realistik. Kita didik, galakkan dan pelihara bahasa melalui karya kerana, ianya akan jadi peninggalan dan warisan buat cucu cicit akan datang, akan keindahan bahasa kita. Tetapi jika karya yang ditinggalkan buat mereka juga bahasanya tercemar, siapa yang ada akan berani bersaksi menyatakan bahawa bahasa kita itu indah? Duduk tempatnya tinggi? Siapa? Hang Tuah yang akan keluar menyatakan itu semua? Tidak mungkin jika tidak kita sendiri. Biar keindahan bahasa kita mengalir dalam karya. Kita bersama jaga dan memeliharanya sambil bersantai dan berhibur rasa dalam perjuangan kita.
Rabeah Mohd Ali Yang penting saling memahami saling bertolak ansur dalam menjayakan sesuatu impian....bukan sekadar bual kosong bukan sekadar impian kosong tapi semuanya bermakna dalam setiap langkah yang ingin diperjuangkan.
12 hours ago · · 1
(PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA)
6 Januari 2012
Friday, 6 January 2012
AKAN KU PERJUANGKAN BAHASA MELAYU SEHINGGA TERHENTI NAFAS TERHENTILAH PENA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment