Wednesday, 4 January 2012

NEGARA LUAR JUGA TAHU WUJUDNYA BAHASA MELAYU


>> setelah di teliti.. rupa-rupanya 'terlalu' ramai yang berbakat namun di pendam atau mungkin berkarya hanya sekadar suka-suka.. jika di fahami.. ada juga alasan untuk membangkang kata-kata 'orang melayu juga r0sakkan bahasanya sendiri'.. ermm.. jika di fikirkan juga.. kita harus sedari.. negara luar juga tahu wujudnya bahasa MELAYU.. bahasa kebangsaan dan kebanggan kita.. kita seharusnya berbangga ada kajian tentang bahasa kita yang indah ini.. dan kita boleh merubahnya dari sekarang.. dari buruk ke lebih baik.. insyaallah. berkat d0a.. berkat usaha mahupun kesabaran dari semua.. amin.... :)
· · · 4 hours ago

  • You, Ad Rahman and 8 others like this.
    • 'Cato Enzo
      Cuba lihat petikan akhbar ini:

      Turki Menang Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa 2011

      Pemidato Turki, Malaysia juara
      ...
      NAJIB (tiga dari kanan) bersalam dengan Halil selepas menyampaikan hadiah juara kategori antarabangsa Pertandingan Pidato Bahasa Melayu (PABM) di Pusat Konvensyen Putrajaya malam tadi.

      PUTRAJAYA – Halil Ibrahim, 22, dari Turki dinobatkan sebagai juara bagi kategori antarabangsa pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri yang berlangsung di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam tadi.

      Beliau yang menuntut di Universiti Istanbul mengalahkan empat peserta lain dalam kategori terbabit dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai AS$5,000 (RM15,500), piala pusingan Perdana Menteri dan sijil penyertaan.

      Halil memberitahu, beliau tidak menduga memenangi pertandingan tersebut kerana persaingan sengit terutama dari peserta Rusia, Daria Kamyshnikova.

      “Bagi saya kemenangan ini sangat bermakna dan saya akan terus memartabatkan Bahasa Melayu” katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu.

      Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

      Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

      Naib juara kategori antarabangsa ialah Kamyshnikova dan tempat ketiga diraih peserta Australia, Genevieve Woods.

      Seramai lapan peserta PABM berentap di peringkat akhir setelah empat hari berlangsungnya pertandingan tersebut yang diadili tujuh juri tempatan dan antarabangsa yang dilantik oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia.

      Lima daripada peserta terlibat berentap untuk kategori antarabangsa yang terdiri daripada peserta Rusia, China, Turki, Australia dan Korea Selatan.

      Selebihnya adalah peserta dari Malaysia, Singapura dan Brunei untuk kategori nusantara.

      Sementara itu, Amirrudin Abd. Rahman, 25, pemidato Malaysia menjuarai kategori nusantara dengan membawa pidato bertajuk ‘Bangsa Berilmu Bangsa Bertamadun’. Beliau juga membawa pulang hadiah berupa wang tunai AS$5,000, piala pusingan Perdana Menteri dan sijil penyertaan.
      4 hours ago · · 2
    • Ad Rahman Oniey dan Cato, disini kita akan jadikan pusat mulanya perubahan itu. Saya berharap ramai lagi di luar sana akan menyertai kita. Mungkin hari ini kita cuma jadi bahan ketawa tapi dengan keteguhan dan semangat insyallah tujuan niat kita akan tercapai.
      3 hours ago via mobile · · 4
    • Rabeah Mohd Ali Amin Ya Rabbal A'Lamin
      a few seconds ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA GROUP KARYA KITA)
    4 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;