Wednesday, 4 January 2012

SEMUA PENULIS ADALAH IDOLA SAYA


Di Tengah Senggara – Punggok

Di dalam gelombang hambur-menghambur
Kudengar seru sayup bahasa
Hatiku lebur bagaikan hancur
Hendak kurenang beta tak bisa

Tuan mengeluh menanggung nestapa
Kudengar turut sama bersedih
Meski kurenang takkan berjumpa
Segara berpuaka – teluk beralih

Dengar sahaja doa kupohonkan
Kepada Allah Yang Maha Kaya
Allah menolong jiwa telapakkan
Sampai ke tepi selamat bahagia.

salah satu karya yang paling saya suka...boleh dijadikan idola dan contoh terbaik bagi kita
· · · 19 hours ago

  • You, Oniey Ayunie, Ad Rahman and 10 others like this.
    • Ad Rahman Karya Nor ye
      19 hours ago via mobile ·
    • Nor Anida bukan punggok...selalu saya tengok penulis ni bila lalu depan rumah dia. idola saya ni
      19 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Penulis sukar berjaya kerana sesama penulis tidak saling menghargai dan merasakan dialah yang terhebat berkarya jadinya cara nor menghargai semua penulis sebagai idola sesuatu yang murni!Dan saya menyukai cara begini!
      19 hours ago · · 1
    • Nor Anida semua penulis idola saya...penulis2 yang baru macam Ad Rahman juga saya minat...Rabeah Mohd Ali-pun saya suka.apa sahaja...yang berkaitan dengan karya seni saya suka
      19 hours ago · · 1
    • Ad Rahman Setuju apa yang dikatakan Rabeah. Di situ letaknya masalah hingga terjadi perpecahan Dan saingan yang negative. Terima kaseh Nor kerna menyokong saya. Add si punggok tu
      19 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Memang kita ditakdirkan sama-sama berjuang dan merealisasikan impian untuk mempertabatkan bahasa warisan kita kerana minat yang sama....dunia seni dunia karya adalah dunia kita!Dunia yang sama-sama kita minat dan Insya-Allah kita akan realisasikan bersama. Pada Ad Rahman kutabik dengan perjuanganmu yang tak pernah jemu untuk anak bangsamu yang bakal kita tinggalkan . Kerana terlalu kasih dan sayanglah kepada mereka kita berjuang selagi belum terlambat selagi nasi tidak menjadi bubur!
      19 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA GROUP KARYA KITA)
    4 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;