Saturday, 7 January 2012

YA ALLAH AKU HAMBAMU YANG TERANIAYA BANTULAH AKU KERANA AKU INGIN BERTEMU DENGANMU DALAM KEREDHAANMU

  • KITA DI SINI BUKAN BUAL KOSONG ATAU IMPIAN KOSONG TAPI SAMA-SAMA
    MEREALISASIKAN MISI DAN VISI KUMPULAN KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA! BIAR CUCU CICIT KENAL SIAP KITA NENEK MOYANGNYA YANG TERCINTA!

    Baiklah..saya akui kesilapan saya...tapi boleh kah anda berjanji dengan saya pada setiap kali peserta atau admin menyiarkan apa-apa bahan andalah orang yang akan membetulkannya dan menegur seperti mana anda menegur saya. Jangan dengan saya saja anda berani menegur tapi tidak orang lain? Sifat keberanian anda saya puji!! Apa bezanya saya dengan orang lain? Adakah saya saja yang menjadi pencemar bahasa? Itu pun saya ikut ejaan melayu bukan group BI grup Inggeris dieja dalam bahasa melayukan.Itupun ikut bos admin yang selalu tulis grup? Tak dia kalau tak percaya. Pelik ye masa dia tulis at...au sapa-sapa tulis tak berani awak tegur? Inikah melayu sejati? Tengok tu wajah sebenar tak mahu dilihat teman sepejuangan. Kenapa takut ke? Kalau betul berani perlihatkanlah wajahmu biar semua kenal biar semua cucu cicit kenal nanti awaklah pejuang bahasa bangsa yang sejati. Orang macam awak ini layak jadi admin kalau awak dilantik saya sokong 100% DAN PATUT DI ANUGERAH pejuang bahasa bangsa abad ini dan sayalah orang yang pertama tabik. Dengan ini saya menyeru kepada admin mensyaratkan kepada semua ahli memberi gambar yang jelas agar dikenali semua ahli kumpulan ini dan yang pentingnya cucu cicit bahasa bangsa kenal nenek moyang mereka yang tersayang yang sangggup berkorban apa sahaja. Dah lah kecil gambarnya lepastu diletakkan hirisan limau kuning macam teropong. Lawaknya betul. Dan lagi satu nama pena cuma di karya saja tapi nama sebenar mesti untuk semua ahli tahu. Barulah kita kenal rapat dengan semua rakan seperjuangan bahasa bangsa yang semuanya berdarah pejuang merah pekat inginkan syahid! Allahu Akbar!See More
    · · · 2 hours ago

      • Nor Anida
        rabeah tentang gambar itu...wajah sebenarnya terpulang kepada ahli sendiri mahu menonjolkan diri atau pun tidak. itu hak peribadi...tidak semestinya jika tidak menunjukan wajah sebenarnya dia tidak layak menjadi pejuang bangsa. mungkin ada ...sebab mengapa mereka lebih senang menampal gambar yg kurang jelas...begitu juga dengan nama sebenarnya. ada ramai penulis tershor tidak menggunakan nama sebenar untuk tatapan umum. jika mahu tahu nama2 mereka inbox ada..boleh melakukan perbualan diinbox...ini pendapat sahaja. admin saya tidak tahu samada setuju atau tidak...See More
        about an hour ago · · 3
      • Inna Saidi
        Pertama sekali saya ingin meminta maaf jika teguran saya itu mengguris perasaan Kak Rabeah. Tidak terlintas langsung dihati saya untuk menuduh anda sebagai pencemar bahasa di dalam kumpulan ini. Saya akui kesilapan saya kerana teguran itu ...sememangnya tidak harus ditujukan kepada anda sahaja tetapi secara am. Mula- mula saya tidak endahkan tentang penggunaan "grup" tapi lama kelamaan saya rasa ia tidak sesuai. Maaf saya tidak berminat untuk menjadi admin. Saya lebih senang berkongsi karya dan membaca karya dari ahli-ahli lain.
        Tentang meletakkan gambar dan nama sebenar itu adalah HAK masing-masing. Tumpuan asalnya adalah untuk berkongsi karya-karya kita serta menegakkan bahasa ibunda.
        Sekali lagi saya dengan seikhlas hati meminta maaf kerana telah mencetuskan keributan ini.
        Wasalam.
        See More
        about an hour ago via mobile ·
      • Suzana Mohdshah alhamdulillah.setiap dari kita tidak lepas dari melakukan kesilapan inna sendiri telah memohon maaf jadi kita buang yg keruh ambil yg jernih ya.rabeah dan inna kita d sini berjuang utk memartabatkan bahasa melayu jadi kita mesti berjuang bersama2 ya .sayang anda semua .
        about an hour ago · · 1
      • 'Cato Enzo Inna Saidi, Terima Kasih ya untuk tegurannya. Cato setuju dengan pendapat anda dan juga Kak Nor Anida mengenai keselesaan pengkarya dalam berkarya. Jangan risau, isu teguran anda itu TIDAK sebesar mana. Di sini semua orang berhak untuk bersuara. Semoga anda terus sukses dan Terima Kasih sekali lagi untuk setiap perkongsian karya anda ya.
        58 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali
        Sama ada hendak nama sebenar atau gambar jelas ke tidak, tak jadi masalah kepada saya sepertimana kata Nor Anida. Sekadar cadangan saja. Siapa saya hendak memaksa admin. Saya pun bukan admin. Dan saya bila-bila boleh disepikan oleh admin da...ri kumpulan ini. Dengan ini saya merayu kepada admin jika sayalah punca keributan pada semua ahli kumpulan ini ...di buat undian pada semua ahli adakah saya layak menjadi ahli kumpulan ini atau disepikan buat selamanya. Saya akur dengan kehendak ahli dan admin ini. Kerana hadirnya saya di sini dikenalkan oleh ayahanda cihik bukan saya sendiri. Tapi saya bersyukur banyak ilmu yang saya perolehi..harap admin ambil perhatian apa yang saya katakan ini . Maaf dipinta atas segalanya.See More
        56 minutes ago ·
      • 'Cato Enzo Sudah-sudahlah tu... Tadi nama Inna Saidi, sekarang nama Ayahanda Chik dikaitkan pula (tersedak mereka dibuatnya, kesian tau), kalau tak kena cara, nanti apa pula tanggapan rakan-rakan yang lain bila membacanya. Kak Rabeah Mohd Ali letih sangat ni barangkali. Bawa berehat dulu ya...
        33 minutes ago · · 2
      • Ad Rahman
        Tegur- menegur yang membawa kearah kebaikan, sangat digalakkan. Kerana kesilapan tanpa teguran sudah pasti berlanjutan. Dalam pada masa yang sama, jangan lah sampai teguran membawa keretakan dan seterusnya merenggangkan silaturrahim. Mengen...ai foto dan nama asli, itu hak peribadi ahli. Jika ada yang ingin mengenali ahli lain lebih rapat, boleh saja inbox untuk mengenali lebih lanjut. Mana tahu boleh sampai kejinjang pelamin. Boleh juga ahli semua disini makan nasi minyak ahli ;))

        Ada baik saja kita tumpukan perhatian sebenar kumpulan ini ditubuhkan, iaitu mendidik, menggalak dan memertabatkan bahasa ibunda di dalam karya. Tujuan kumpulan ini ditubuhkan, bukan lah kerana untuk mengenali ahli secara rapat dan peribadi, selain mengenali bakat dan hasil karya mereka. Tetapi andaikata perkenalan peribadi terjadi, alhamdullilah tiada siapa yang dapat halangi.
        See More
        32 minutes ago via mobile · · 4
      • Nor Anida saya lebih setuju jika teguran itu dijwab dengan lebih berhemah...dan suasana nya gembira..cukup sekadar berkata terima kasih dgn teguran anda...akan saya baiki. dan hbis kan sahaja disitu...tak perlu meleret-leret lagi...balik sahaja ke tujuan asal.
        29 minutes ago · · 4
      • Ayahanda Chik
        salam untuk semua.....setelah nama Ayahanda Chik disebut maka izinkan saya mencelah untuk menjernihkan semula keadaan keliru yang sebelum ini ceria di dinding Karya Kita ini. Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada jalan penyelesaia...nnya. Rabeah Mohd Ali......anda memang saya akui mempunyai bakat yang hebat. Ini telah dibuktikan apabila karyanya telah dizahirkan dalam bentuk buku oleh penerbit dan atas alasan itulah kehadiran anda dialu-alukan di dinding ini. Tenaga dan usaha anda amat berguna bagi membantu adik-adik dan sahabat-sahabat yang lain untuk sama-sama menjadi seorang karyawan yang baik dan beretika dan seterusnya memperjuangkan bahasa ibunda tercinta. Kita ibarat satu kumpulan atlet yang baru hendak bermula di garisan permulaan, sebelum wisel berbunyi sudah ada yang mahu tarik diri dari gelanggang.....akhirnya kita semuanya yang kecewa kerana gagal sebelum bertanding. Kalau hendak gagal biarlah secara bermaruah. Umpamakan kita segenggam lidi penyapu kerana akan kekal berpadu walaupun ada musuh mahu mengganggu. Saat ini....detik ini....berdamailah dan pasrahkan hati untuk kembali berjuang demi visi dan misi yang ingin dicapai. Apa yang baik datang dariNya dan yang buruk itu hasil kelemahan dan kekurangan diri kita sendiri....noktahkan segala kekusutan di titik ini dan mulakan episod baru yang lebih segar di dinding Karya Kita ini.... semoga hasrat murni ini akan terus berada di landasannya dan kita semua menuju ke destinasi yang tepat pada sasarannya.....insyaAllah.....See More
        19 minutes ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali
        Inilah orang melayu...menegakkan benang basah..kita bincangkan isu bagaimana merealisasikan impian misi dan visi..... isu remeh temah di buang jauh-jauh...sekadar isu gambar dan nama sebenar tu sekadar cadangan tak mahu sudah...ini sampai i...su ke jinjang pelamin cerita ni...kenapa?? ? tak faham ke erti qada dan qada Allah pada nasib seseorang? Setiap yang berlaku ada hikmahNYa yang penting Redha.
        Bukan nak mengaku kesilapan masing-masing yang telah banyak buat kesillapan menggunakan BI dan perkataan ringkas alasan tak ada masa sedangkan Allah beri masa 24 jam kalau orang luar guna ringkas tak apalah ...ini pejuang bahasa bangsa yang gunakan sendiri! Dengan ahli sendiri tak percaya kejujuran menuduh melulu katakan saya yang padamkan apa yang disiarkan ahli semalam. Macamlah saya ni teruk sangat pada kumpulan Karya Kita...sampai sekarang sakitnya selagi dia tidak minta maaf selagi itulah dia akan tuduh saya yang memadamkan . Saya di sini sibuk menyiarkan karya tanpa henti untuk kumpulan Karya Kita ...saya pula yang dituduhnya.
        Saya nak tanya semua orang boleh padamkan apa yang disiarkan ahli ke? Perkara ini saya minta admin jelaskan secara terperinci? Saya hendak tahu berapa orang admin di grup ini dan apakah tugas-tugasnya siapakan bosnya . Ini sekadar cadangan saja tak mahu beritahu tak mengapa.
        18 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali
        Duhai Nor Anida ...kaulah penenang jiwaku yang meledak ini atas tuduhan melulu-lulu moga Allah bersamaMu bersamaKu dan bersama-sama orang yang benar. Ya Allah aku hambaMU yang teraniaya bantulah aku Tuhanku Yang Maha Mendengar... Aku Insan ...Yang Tak Sempurna Yang Tak Terlepas Daripada Melakukan Kesilapan Ampunkan Aku Ya Allah Ampunkan juga semua sahabatku yang ingin ke jalanMU yang ingin bertemuMu dalam KeredhaanMu. Amin Ya Rabbal A'Lamin.See More
        12 minutes ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Duhai sahabatku ayahanda cihk yang kukenali sejak 17 tahun yang lalu. Hati budimu sememangnya murni. Tidak sekali aku salahkan dirimu dalam hal yang sekecil ini tapi hal yang sekecil ini tidak diselesaikan secara berhemah mana bisa mungkin aku dapat lahirkan karya setenang jiwaku. Jiwaku tak tenang setelah dituduh memadamkan apa yang disiarkan oleh salah seorang ahli kumpulan ini semalam. Tak apalah senang cerita orang yang menuduh tu hendaklah tampil memberitahu yang bukan aku yang memadamnya dan siarkan nama orang yang sebenar yang memadam nya...barulah tenang jiwaku duhai sahabatku yang sentiasa tersanjung di hati. Kalau dia boleh buat macam tu barulah tenang jiwaku ini. Dan boleh aku berkarya seperti dahulunya.
        2 minutes ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
      7 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;