εїз Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, "Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat." Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, "Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?" Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. "Tolong jaga mata saya baik-baik.."
Rabeah Mohd AliAda seorang kawan yang baru kukenali. Aku suka dia tapi tak tahu samada dia suka aku ataupun tidak. Kalau dia tak suka aku malulah aku sendiri kerana aku bertepuk sebelah tangan. Aku suka dia kerana dia macam aku suka menulis, dia faham bahasa aku aku faham bahasanya. Aku ingin jadikannya sahabat sejatiku. Susah senang sama bercerita sama-sama berpuisi...alangkah sukanya aku kalau dia sudi menjadi sahabatku. Dia itu adalah kamu Cato Enzo! Hihihi
Rabeah Mohd AliWalaupun kita berbeza umur namun matlamat kita tetap sama...hihihi anggaplah aku sebagai sahabatmu ...senang kita hendak berbincang matlamat kita untuk menjayakan misi dan visi mempertabatkan bahasa ibunda kita...tahukah kalian kehadiran kalian telah mencetuskan ispirasi untukku lebih bekarya. Kerana bekarya adalah duniaku. Terima kasih kehadiranmu. Termasuk semua yang menjadi ahli kumpulan ini.
0 comments:
Post a Comment