Thursday, 5 January 2012

WAHAI ANAK MUDA DI MANAKAH SOPAN SANTUNMU


Wahai anak muda..
Di manakah adab mu..
Di manakah sopan santun mu..
Di manakah bahasa mu..
Di manakah hormat menghormati mu..

Wahai anak muda..
Tidakkah engkau sedar akan sikap mu..
Tidakkah engkau sedar akan tingkah laku mu..
Tidakkah engkau sedar akan perbuatan mu..
Tidakkah engkau sedar akan perangai mu..

jiwa muda itu tidak lagi seperti jiwa muda dahulu..
di manakah silapnya..

wahai anak muda..
sedarlah wahai dikau..
dikaulah permata masa hadapan..
dikaulah pemimpin akan datang..
dikaulah pejuang bangsa yang akan dilahirkan...
kembalilah ke pangkal jalan..
· · · Yesterday at 11:11pm near Klang

  • You, Oniey Ayunie, Ad Rahman and 13 others like this.
    • Ad Rahman Bagus Shidee
      Yesterday at 11:13pm via mobile ·
    • Shidee Kenpachi huhu,sedih..tengok lah remaja sekarag..bahasa mereka tersangatlah kurang ajar.. :(
      Yesterday at 11:14pm ·
    • 'Cato Enzo ‎:)
      Yesterday at 11:28pm ·
    • Ad Rahman Betul Shidee, mereka bangga dengan hampa. Kasihan pun ada
      Yesterday at 11:37pm via mobile ·
    • 'Cato Enzo Dalam situasi ini, siapa yang perlu dipersalahkan?
      Yesterday at 11:46pm ·
    • Shidee Kenpachi entahlah.siapa yang harus dipersalahkan?huhu..
      23 hours ago ·
    • 'Cato Enzo Sama-sama kita saling membetulkan.. :)
      23 hours ago · · 1
    • Shidee Kenpachi Insyallah..kita doa bersama agar generasi muda hari ni kembali disayangi..:D
      23 hours ago ·
    • 'Cato Enzo Cato suka SUARA karya kamu, Shidee Kenpachi.. :)
      23 hours ago ·
    • Shidee Kenpachi aaaa same-same..:P
      23 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Wahai anak muda bangunlah dari lenamu yang panjang...
      Masa sudah lama kau bazirkan
      Kau telah ketinggalan ke belakang
      Biarpun kau melalui zaman serba canggih
      Zaman teknologi terkini tapi malangnya
      kau tetap ke belakang
      mana minda kelas pertamamu?
      kejayaan ada di hadapanmu
      peluang untuk berjaya ada di mana-mana
      cumanya kau sengaja membutakan matamu
      kau sengaja tidak mahu mendengar seruan kejayaannya dunia akhirat
      bangunlah anak muda
      selagi nyawa belum sampai di kerongkong
      kejayaan dunia akhirat terbuka seluasnya
      seluas langit yang terbentang
      gapailah sedayamu!
      aku mendoakan kejayaanmu
      dan akulah orang pertama yang mengucapkan tahniah!
      Syukurku dalam sujudku!
      15 hours ago · · 1
    • Oniey Ayunie ‎>> Shidee Kenpachi ada bakat terpendam.. +))
      11 hours ago · · 3
    • Shidee Kenpachi Oniey Ayunie..aaa,ada la..sekadar suka-suka je..:)
      48 minutes ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA)
    5 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;