Wednesday, 4 January 2012

SASTERAKU DUNIAKU SASTERAMU MINATKU BAKAL KUWARISKAN PADA CUCIT-CICITKU !


‎".....setitis embun yang gugur dari langit tujuh.....adalah barakah untuk dihirup manisnya oleh sekalian penghuni alam.....hadirnya bak penyubur sulur keimanan agar bunga-bunga takwa berkembang mekar menaungi nur kasih-Nya.....perginya bak menangisi sebuah kematian.....saat menanti kepulangan abadi tatkala mentari pagi memunculkan diri.....hilangnya pasti berganti untuk esok yang belum pasti....."
· · · 10 hours ago

  • You, Oniey Ayunie, Ad Rahman and 14 others like this.
    • 'Cato Enzo Klik "Super Likes"..
      10 hours ago ·
    • Ad Rahman Dalam ni Ayahanda
      10 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Dari dulu hingga kini kau menyokong perjuanganku tak pernah jemu...aku terharu dalam syukur padaNya.
      10 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik 'Cato Enzo....terima kasih jempol manisnya....Rabeah Mohd Ali....alhamdulillah.....lama rasanya kita tak berpantun.....^_^
      10 hours ago ·
    • Ad Rahman Saling mengenal ye Ayahanda dgn Rabeah?
      10 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Silakan ayahanda chik sahabatku,
      Adakalanya hatiku bimbang terhadapmu;
      Jika kau diam adakah kau benci padaku,
      Tapi rupanya kau tidak begitu.
      (Hihihi)
      10 hours ago · · 2
    • Ayahanda Chik Ad Rahman.....Rabeah Mohd Ali adalah teman penulisan yg Ayahanda Chik kenal lebih 16 tahun yg lalu....dan selama itulah kami tak pernah bertemu lagi tp alhamdulillah kami bertemu kembali melalui laman fb....
      10 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Ayahanda chik rakan seperjuangan dahulu,
      Sejak 16 tahun dulu;
      Menghadiri bengkel penulisan tak pernah jemu,
      Dulu hingga sekarang Ayahanda chik tetap begitu.
      10 hours ago · · 2
    • Ad Rahman Ini lah yang dikatakan, kita tak tahu apa yang Allah sediakan disepanjang jalan untuk kita. Tak sangka ye bertemu di grup ni. Alhamdulliah
      9 hours ago via mobile · · 3
    • Rabeah Mohd Ali Orangnya pendiam tapi tapi suka tersenyum,
      Pabila kubuat lawak dia ketawa saja;
      Dalam kelas pun pendiam,
      Tapi amat kualiti hasilan penulisannya.
      9 hours ago · · 3
    • Rabeah Mohd Ali Ayahanda chik seorang yang suka merendah diri,
      Biarpun dia berada di puncak jaya;
      Siapa yang tak baca karyanya rugi,
      Kerana banyak ilmu penulisannya tercipta.
      9 hours ago · · 4
    • Ayahanda Chik Saat rindu datang bertamu,
      Kukirim pesan di angin lalu;
      Berkawan denganmu ku tak pernah jemu,
      Budimu tetap tersanjung di kalbu....
      9 hours ago · · 3
    • Rabeah Mohd Ali Dia di antara rakan seperjuanganku,
      Sokongan darinya amat kuterharu;
      Biarpun sudah lama terpisah denganmu,
      Kau masih tetap seperti dahulu.
      9 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Yang kelakarnya kami saling bantu membantu,
      Jika ada kursus penulisan saling memberitahu;
      Hadir bengkel penulisan tak pernah jemu,
      Rupanya dunia penulisan duniaku duniamu.
      9 hours ago · · 3
    • Ayahanda Chik Dari mana punai melayang,
      Dari sawah turun ke kali;
      Bahagia hidup berkasih sayang,
      Semoga ukhuwah terjalin kembali.....
      9 hours ago · · 1
    • 'Cato Enzo ‎:)
      9 hours ago · · 1
    • Ad Rahman Hebat kisahnya, tempat ini diperpanjangkan cerita lama
      9 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Bahagia hidup berkasih sayang,
      Semoga ukhwah terjalin kembali;
      16 tahun kau menghilang,
      Baru kini bertemumu kembali.
      (hihihi)
      9 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Kalau dulu aku suka berfantasi,
      Cerita kanak-kanak ayahanda chik tahu;
      Kami saling hormat menghormati,
      Saling sokong menyokong karyanya karyaku.
      9 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Dialah rakan susah senang dalam perjuangan,
      Menyokongku yang bercita-cita tinggi;
      Putera Duyung hasil karyaku atas sokongan,
      Adakah ayahanda chik masih menyimpannya lagi.
      9 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik Harum mewangi si bunga kemboja,
      Cantik bukan si paras rupa;
      Hidup kita pastikan teruja,
      Bila bahagia datang menyapa....
      9 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Hidup kita insya-Allah bahagia,
      Pabila bahagia datang bertamu;
      Aku bahagia karyaku dibaca,
      Tanda kasih sayangku yang tak pernah jemu.
      9 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Ya Tuhanku panjangkan usiaku,
      Agar dapat tercapai apa yang kucitakan;
      Kau Yang Maha Tahu apa yang kumahu,
      Moga segala doaku Kau Perkenankan.
      9 hours ago · · 1
    • Ayahanda Chik Anak dara di tepian perigi,
      Duduk bersimpuh sabar menanti;
      Putera Duyungmu dah lama menyisir pergi,
      Hilang di mata namun tetap tersemat di hati.....
      9 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Putera Duyung karya yang palingku suka,
      Kupelbagaikan sirinya agar disukai;
      Mana tahu menjadi bahan bacaan yang disuka,
      Di blogku kusiarkan agar tidak menyisir pergi.
      9 hours ago · · 1
    • Ad Rahman Tak sangka dengan tertubuhnya grup ini, dapat menjalinkan persahabatan yang lama menghilang. Mengkagumkan! Petanda baik untuk grup ini. Syukur
      9 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kubersyukur dalam sujudku,
      Kerana Allah tidak mengecewakanku;
      Dengan sibuknya aku berkarya di grup ini minatku,
      Dapatlah menambah koleksi karya di blogku.
      9 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Sasteraku duniaku,
      Sasteramu minatku;
      Karyamu karyaku,
      Bakal kuwariskan pada cucu cicitku.
      9 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Izinkanku berundur diri,
      Insya-Allah ada kesempatan bertemu lagi;
      Salah dan silap kumohon dimaafi,
      Jangan disimpan di dalam hati.
      9 hours ago · · 1
    • A'kay Ruddin Alhamdulillah...syukur...akay minat karya ayahanda chik...sungguh mendalam...
      8 hours ago via mobile · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA GROUP KARYA KITA)
    4 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;