KERANA AKU TELAH DITAKDIRKAN UNTUK MENJADI LILIN SELAMANYA Rajendra...kamu kini boleh bertenang....
aku di sini siapa yang ambil peduli
hatiku hancur berderai-derai sederai harapan yang tiada erti
aku bersedih... gelaklah dikau semahunya
di atas kepiluan hatiku ini
berhari-hari kuperah kudrat pemikiran
tanpa memikirkan apa keuntungan
rupanya balasan derita kalbu yang kuterima
Biarpun mentari cerah esoknya
menjanjikan bahagia
untuk menutup kegerhanaan hati
aku belum pasti adakah esok hatiku berbunga cinta lagi
untuk meneruskan perjuangan yang melukakan ini
dan esok aku belum pasti sama ada aku bernafas lagi
jika pergiku nanti di anggap pembelot di medan juang
akan kukatakan pada Tuhan
hukumlah aku
jangan mereka yang terhukum
kerana aku telah ditakdirkan untuk menjadi lilin selamanya!
Salmah Mohamadjangan kita menjadi lilin..yang akan hangus terbakar tapi jadilah cahaya yang sentiasa menyinari tanpa membakar diri sendiri..hehe..selamat malam Rabeah Mohd Ali..
0 comments:
Post a Comment