- 'Cato Enzo Zednal Hazmi, kenapa tak masuk di posting awak sendiri? Rakan-rakan yang lain sedang menunggu di sana.7 hours ago ·
- Zednal Hazmi 'Cato Enzo,,awak memang gemar bertikam lidah ? saya sudah mahu beralah, masih juga mahu membakar ?7 hours ago · · 1
- Rajendra Nath Tagore Zednal Hazmi bertujuan baik untuk memastikan kemantapan grup, berlangsung dgn suasana kesatuan yang utuh, manakala admin mengupas dan memberi pandangan......tiada sebarang sengketa di sini, ia berlangsung dgn bernas...6 hours ago · · 4
- Rajendra Nath Tagore kepada mrk yg mencadangkan ukhwah atau kembali berbaik-baik, itu tidak perlu kerna antara zednal dan admin telah lama bersaudara dlm ukhwah islamiyyah, sila buka fikiran secara positif dan rasional agar memahami tajuk yg di musyawarahkan....6 hours ago · · 3
- 'Cato Enzo Bukan bertikam lidah.. Bukan mahu membakar.. Lebih bagus kalau point post ini dimasukkan kesana.. Semua sedang menunggu awak tu. Tadi awak sendiri yang sudah bersetuju untuk berkumpul di sana kan?6 hours ago · · 3
- Nor Anida tujuan zed sangat bagus cuma ada sedikit kekeliruan...antara admin.bukankah lebih jelas terus pada tujuan yg murni itu..kenapa meleret2 sehingga harus begini. tu sebab akkak minta zed berfikir sebelum menyahut cabaran. tujuan murni disalah erti..kan lebih bagus habis diinbox terangkan dengan jelas diinbox...jadi ahli lain tidak terlibat sama...bukan salah sesiapa cuma perbualan itu tidak jelas maksudnya.6 hours ago · · 3
- Zednal Hazmi Nor Anida,,silalah bertanya kepada ad ya,,saya hanya post inbox yg dia beriya-iya sgt nak post kan,,6 hours ago · · 1
- Rajendra Nath Tagore sy cadangkan pada admin di pecah pada 2 kumpulan, sekumpulan mengurus pentadbiran grup dan sekumpulan lagi men-documentkan semua karya yg patut di-documentkan serta mengisytiharkan jumlah yg telah di kumpulankan saban minggu. Dan sila namakan admin2 yg mengurusi pentadbiran juga yg menjaga di bahgian document.6 hours ago · · 2
- Rajendra Nath Tagore Persoalan ini cuma di segi teknikal dan tidak membabitkan gurisan hati, ia sebentuk perbincangan ke arah memartabatkan bahasa dan memelihara karya, itu saja..6 hours ago · · 4
- Nor Anida dokumentasi itu bukan tidak boleh dibuat...memang boleh tetapi larat kah admin nak buat semua itu. ini baru seratus orng..kalau ramai beribu..macammana Rajendra Nath Tagore-bericadangan pada admin terus diinbox..6 hours ago · · 1
- A'kay Ruddin Pada semua akay nak mohon maaf pasal tadi...akay cuma risaukan saja..tak lebih dari itu..harap maafkan akay ya.. ^_^
- Rajendra Nath Tagore perselisihan pendapat mustahil untuk di elakkan, ia lumrah dlm pentadbiran. Kalangan yg soleh dari yg terdahulu pun terjadi yg sama, namun tidak membawa mudharat yg berpanjangan. Ia cuma percambahan idea, agar terangkum suatu misi yg benar2 jitu dan tulen ke arah merealisasikan tujuan penubuhan grup ini...6 hours ago · · 6
- A'kay Ruddin Alhamdulillah...terima kasih raj...semoga apa dirancanakan oleh group ni akan tercapai dan terlaksana...amin ya rabb...
- Rajendra Nath Tagore sy mksudkan, cuma hasil karya yg menepati piawaian sahaja yang di-doc-kan, tentu para admin ada panel penentu dlm memiih hasil karya kan?.6 hours ago · · 4
- Rajendra Nath Tagore Itu sebab la Nor Anida, jab lagi kita kene teh tarik dulu.....6 hours ago · · 1
- Nor Anida Rajendra Nath Tagore-jangan suruh saya buat pilhan...saya tak tahu memilih sebab saya rasa semua pun wajib dipilih. macam mana ye nak buat tu6 hours ago · · 1
- A'kay Ruddin Ok lah..akay nak out dulu..apa2 pun jaga kesihatan kalian juga...tidur biarlah cukup...selamat pagi semua...assalamualaikum...
- Ad Rahman Grup ini ditubuhkan semata mata untuk mendidik, menggalak juga menyeru para penulis dan penulis baru memelihara dan memertabatkan bahasa ibunda. Itu matlamat kami dan itu yang kami disini berhimpun bersama bersatu tenaga berganding bahu memperjuangkannya. Segala karya yang dikirim, adalah diatas kerelaan diri sendiri buat mengasah dan mengketengahkan bakat disamping mempereratkan silaturrahim. Saya hormati niat suci danperjuangan awak Zednal, jadi saya selaku admin bertanggungjawab diatas segala apa yang berlaku di grup ini. Memandangkan perjuangan kita tidak selandasan dan berbeza matlamat dalam perjuangan, saya dengan dukacitanya terpaksa mengambil keputusan, mengeluarkan awak dari menjadi ahli grup ini. Saya ucapkan maju jaya di atas apa yang awak juangkan di grup-grup lain juga semua blog yg berkaitan dalam bidang penulisan. Pada masa yang sama, saya akan memerhatikan perkembangan grup lain. Jika semua grup berjaya mengikut landasan perjuangan awak, pegang kekata saya. Grup ini akan saya tutup. Mohon maaf sekali lagi dan selamat maju jaya dalam perjuangan awak.
- 'Cato Enzo Rajendra Nath Tagore.. Sabar ya.. Kita selesaikan satu-satu dulu. Mula-mula biarkan hal inbox mereka selesai. Bila semua sudah jelas dan aman, baru kita pergi keperingkat yang seterusnya.. Boleh @ setuju tak?6 hours ago · · 2
- Rajendra Nath Tagore Rajendra mohon undur, ampun maaf atas tutur bicara, As salamu alaikum....!6 hours ago ·
- Penaluka Kersani waalaikummussalam... rajendra...ku harap sinar suria segar esok paginya......segar dan aman.....terlerai segala yang di bicarakan....aku mengikuti dari tadi.....hanya jadi pemerhati yg setia......6 hours ago ·
- Ad Rahman Sebagaimana yang semua sedia maklum, grup ini baru beberapa hari ditubuhkan. Segala kekurangan dan kepincangan akan menyerlah di sepanjang jalan grup ini. Kita belajar dan kita perbaiki, buat memastikan perjuangan kita menjadi mantap, padat dan tepat.
MAJU BAHASA KERANA KITA
--/)-> - Penaluka Kersani alhamdulilah.....benarlah kata org..pengalaman idup adalah mahal sekali....6 hours ago ·
- Penaluka Kersani assalammualaikum buat semua pencinta seni di sini.....selamt mlm...mohon undur diri..6 hours ago ·
(PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA - BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA)
6Januari 2012
Friday, 6 January 2012
ZEDNAL DAN ADMIN TELAH LAMA BERSAUDARA DALAM UKHWAH ISLAMIYYAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment