Friday 6 January 2012

GRUP INI DITUBUHKAN UNTUK MEMELIHARA DAN MEMERTABATKAN BAHASA IBUNDA


mcm ni, setiap hasil karya member2 kat sini adalah terdedah kepada mana2 pihak yg kurang bertanggungjawab utk menciplak hasil2 sastera mereka,,jadi, kalau ada apa2 coretan yg nak di post kan, janganlah post kan seratus peratus disini,,jadinya kalau ada yg menciplak pun, hasil ciplak mereka adalah tergantung,,saya hanya ingin memberi peringatan kepada member2 kat sini,,kalau adalah hasil2 sastera yg baik,pos kan terus ke pihak yg sememangnya diberi atau mempunyai kelayakan utk berbuat demikian,,kalau Ad Rahman, Nor Anida atau mana2 pihak yg kurang bersetuju dan mungkin berkecil hati dgn kata2 saya,,harap dimaafkan, niatnya tidak lain utk menjaga hasil titik peluh dan penat lelah para peminat sastera dlm menghasilkan sastera mereka,,
· · · 38 minutes ago

  • Nor Anida and 3 others like this.
    • 'Cato Enzo Zednal Hazmi, kenapa tak masuk di posting awak sendiri? Rakan-rakan yang lain sedang menunggu di sana.
      37 minutes ago ·
    • Zednal Hazmi 'Cato Enzo,,awak memang gemar bertikam lidah ? saya sudah mahu beralah, masih juga mahu membakar ?
      35 minutes ago · · 1
    • Rajendra Nath Tagore Zednal Hazmi bertujuan baik untuk memastikan kemantapan grup, berlangsung dgn suasana kesatuan yang utuh, manakala admin mengupas dan memberi pandangan......tiada sebarang sengketa di sini, ia berlangsung dgn bernas...
      32 minutes ago · · 2
    • Rajendra Nath Tagore kepada mrk yg mencadangkan ukhwah atau kembali berbaik-baik, itu tidak perlu kerna antara zednal dan admin telah lama bersaudara dlm ukhwah islamiyyah, sila buka fikiran secara positif dan rasional agar memahami tajuk yg di musyawarahkan....
      32 minutes ago · · 3
    • 'Cato Enzo Bukan bertikam lidah.. Bukan mahu membakar.. Lebih bagus kalau point post ini dimasukkan kesana.. Semua sedang menunggu awak tu. Tadi awak sendiri yang sudah bersetuju untuk berkumpul di sana kan?
      28 minutes ago · · 2
    • Nor Anida tujuan zed sangat bagus cuma ada sedikit kekeliruan...antara admin.bukankah lebih jelas terus pada tujuan yg murni itu..kenapa meleret2 sehingga harus begini. tu sebab akkak minta zed berfikir sebelum menyahut cabaran. tujuan murni disalah erti..kan lebih bagus habis diinbox terangkan dengan jelas diinbox...jadi ahli lain tidak terlibat sama...bukan salah sesiapa cuma perbualan itu tidak jelas maksudnya.
      27 minutes ago · · 3
    • Zednal Hazmi Nor Anida,,silalah bertanya kepada ad ya,,saya hanya post inbox yg dia beriya-iya sgt nak post kan,,
      25 minutes ago · · 1
    • Rajendra Nath Tagore sy cadangkan pada admin di pecah pada 2 kumpulan, sekumpulan mengurus pentadbiran grup dan sekumpulan lagi men-documentkan semua karya yg patut di-documentkan serta mengisytiharkan jumlah yg telah di kumpulankan saban minggu. Dan sila namakan admin2 yg mengurusi pentadbiran juga yg menjaga di bahgian document.
      22 minutes ago · · 1
    • Nor Anida tak payah tanya dia..baca disini sudah cukup. kemarahan ibarat bara..disimbah api jangan kata diri sendiri terbakar..sekampung boleh hangus. cabaran disahut cabaran...begini lah jadinya. sebagai orang yg dicabar...berfikiran denga rasional.ikut logik akal...
      22 minutes ago · · 2
    • Rajendra Nath Tagore Persoalan ini cuma di segi teknikal dan tidak membabitkan gurisan hati, ia sebentuk perbincangan ke arah memartabatkan bahasa dan memelihara karya, itu saja..
      20 minutes ago · · 2
    • Nor Anida dokumentasi itu bukan tidak boleh dibuat...memang boleh tetapi larat kah admin nak buat semua itu. ini baru seratus orng..kalau ramai beribu..macammana Rajendra Nath Tagore-bericadangan pada admin terus diinbox..
      19 minutes ago · · 1
    • A'kay Ruddin Pada semua akay nak mohon maaf pasal tadi...akay cuma risaukan saja..tak lebih dari itu..harap maafkan akay ya.. ^_^
      17 minutes ago via mobile ·
    • Rajendra Nath Tagore perselisihan pendapat mustahil untuk di elakkan, ia lumrah dlm pentadbiran. Kalangan yg soleh dari yg terdahulu pun terjadi yg sama, namun tidak membawa mudharat yg berpanjangan. Ia cuma percambahan idea, agar terangkum suatu misi yg benar2 jitu dan tulen ke arah merealisasikan tujuan penubuhan grup ini...
      17 minutes ago · · 3
    • A'kay Ruddin Alhamdulillah...terima kasih raj...semoga apa dirancanakan oleh group ni akan tercapai dan terlaksana...amin ya rabb...
      13 minutes ago via mobile ·
    • Rajendra Nath Tagore sy mksudkan, cuma hasil karya yg menepati piawaian sahaja yang di-doc-kan, tentu para admin ada panel penentu dlm memiih hasil karya kan?.
      13 minutes ago · · 2
    • Nor Anida ini biasa sahaja terjadi pada apa-apa pertubuhan...dekat parlimen pun bertegang urat inikan pula Fb...bila diluar boleh pula makan semeja..
      12 minutes ago ·
    • Rajendra Nath Tagore Itu sebab la Nor Anida, jab lagi kita kene teh tarik dulu.....
      11 minutes ago · · 1
    • Nor Anida Rajendra Nath Tagore-jangan suruh saya buat pilhan...saya tak tahu memilih sebab saya rasa semua pun wajib dipilih. macam mana ye nak buat tu
      11 minutes ago ·
    • Nor Anida Jom...jom..pkena roti nan pun sedap juga ni Rajendra Nath Tagore
      10 minutes ago · · 1
    • Rajendra Nath Tagore kan dah sy katakan, lantik panel untuk pemilihan...
      10 minutes ago ·
    • A'kay Ruddin Ok lah..akay nak out dulu..apa2 pun jaga kesihatan kalian juga...tidur biarlah cukup...selamat pagi semua...assalamualaikum...
      10 minutes ago via mobile · · 2
    • Rajendra Nath Tagore maknanya bkn Nor Anida seorang....
      10 minutes ago · · 1
    • Rajendra Nath Tagore wa alaikum mus salam ya AK
      8 minutes ago · · 1
    • Ad Rahman Grup ini ditubuhkan semata mata untuk mendidik, menggalak juga menyeru para penulis dan penulis baru memelihara dan memertabatkan bahasa ibunda. Itu matlamat kami dan itu yang kami disini berhimpun bersama bersatu tenaga berganding bahu memperjuangkannya. Segala karya yang dikirim, adalah diatas kerelaan diri sendiri buat mengasah dan mengketengahkan bakat disamping mempereratkan silaturrahim. Saya hormati niat suci danperjuangan awak Zednal, jadi saya selaku admin bertanggungjawab diatas segala apa yang berlaku di grup ini. Memandangkan perjuangan kita tidak selandasan dan berbeza matlamat dalam perjuangan, saya dengan dukacitanya terpaksa mengambil keputusan, mengeluarkan awak dari menjadi ahli grup ini. Saya ucapkan maju jaya di atas apa yang awak juangkan di grup-grup lain juga semua blog yg berkaitan dalam bidang penulisan. Pada masa yang sama, saya akan memerhatikan perkembangan grup lain. Jika semua grup berjaya mengikut landasan perjuangan awak, pegang kekata saya. Grup ini akan saya tutup. Mohon maaf sekali lagi dan selamat maju jaya dalam perjuangan awak.
      about a minute ago via mobile ·
    • 'Cato Enzo Rajendra Nath Tagore.. Sabar ya.. Kita selesaikan satu-satu dulu. Mula-mula biarkan hal inbox mereka selesai. Bila semua sudah jelas dan aman, baru kita pergi keperingkat yang seterusnya.. Boleh @ setuju tak?
      about a minute ago ·

  • (PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA)
    6 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;