Thursday, 5 January 2012

SAYA SUKA PUISI AWAK DARI TADI BACA TAK HENTI-HENTI

  • Cakarawala Sumber Inspirasi Saya

    Saya suka kepada bulan kerana
    bulan suka senyum kepada saya.

    Saya suka bintang kerana
    bintang tak jemu bersinar.

    Saya suka matahari kerana
    tanpa matahari hidup saya
    gelap gelita.

    Saya suka pelangi kerana
    pelangi menceriakan hidup saya.

    Saya suka semua yang ada di cakarawala
    kerana semuanya telah memberi inspirasi
    kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

    Saya Bahagia
    Hidup saya indah…
    Seindah bulan di langit.

    Hidup saya terang
    Seterang bintang bergemerlapan.

    Hidup saya ceria…
    Seceria pelangi yang berwarna-warni.

    Hidup saya bahagia
    sebahagia matahari yang memancarkan
    sinar untuk penghuni bumi.

    Hidup saya setia...
    Sesetia pengedaran bumi yang
    berputar mengikut paksinya.

    Hidup saya aman...
    Seaman planet di galaksinya yang
    berputar mengelilingi matahari mengikut
    orbit masing-masing.

    Kalau planet tidak mengikut orbit masing-masing
    sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
    di cakarawala. Akan musnahlah segalanya.

    Justerus saya tidak mahu begitu!
    Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
    Dan sentiasa bersyukur kepada
    Tuhan saya Pencipta Semesta Alam!

    Karya Rha NS
    25 Jun 2010
    (Di diilhamkan Istimewa Untuk Kanak-Kanak)
    · · · 6 hours ago

    • 6 people like this.
      • Penaluka Kersani saye suka puisi awak...dari tadi baca tak henti2 he3
        6 hours ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali
        Terima kasih..Syukur Alhamdulillah...kita sama-sama berbagi ilmu apa salahnya kan...saya ni memang dari kecil suka menulis....harap awak jangan pula kata saya ni penulis perasan sendiri ye....hihihi....dunia saya berkarya tidak berkarya......tak menentu...andai kata tidak bersiaran faham-faham ajelah saya sibuk dengan perancangan untuk merealisasikan impian pula...tapi tak tahu bila masa itu.. tawakal ajelah...yang penting saya suka dengan dunia saya karyaku duniaku sasteraku duniaku...sasteramu minatku...See More
        6 hours ago · · 3
      • Penaluka Kersani
        alhamdulilah....syukur...akhirnya bertemu jua teman yg sama minat...dah lama saye mencari group yang macam ni....bertemu teman-teman...bertukar-tukar pendapat....menegur..menasihat....sama-sama memajukan sastera yang amat saya minat....tak adalah..tak akan nak ...kata awak perasan plak.....bersyukur...ilham jua anugerah dariNYA...Bersama kita kongsikan...menambah ilmu...sesunguhnya sastera itu halus....hanya orang-orang meminati seni macam kita dan rakan-rakan yang memahami.....walaupun zarah itu halus...kita tetap tau ia tetap ada kan?.....renung-renung lah....
        5 hours ago · · 2
      • 'Cato Enzo Rasanya kalau ada yang mahukan tunjuk ajar, pasti Rabeah Mohd Ali boleh bantu.. Orangnya tidak lokek ilmu.. :)
        5 hours ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Apa salahnya berbagi ilmu yang setitis ini ye...aku suka bekarya dengan mereka yang minat juga berkarya !
        5 minutes ago ·


    • (PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA)
      5 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;