Friday, 6 January 2012

IZINKAN KARYAMU KUSIARKAN DI BLOGKU SEBAGAI TANDA KENANGAN UNTUK ANAK CUCU CICIT KITA


(Buat dia yang aku rindui)
Sering kali,
Aku bermimpi, tercari-cari di mana dikau dulu yang aku cintai,
Sering kali,
Aku bertemu,
Ternanti-nanti di mana dikau yang aku rindui,
Sering kali,
Aku termangu sendiri,
Di mana dikau yg aku sayangi..
Engkau bahagia,
Akulah insan pertama tersenyum senang,
Tetapi..
biarlah aku derita di sini,
Menanti dan mencari kebahagiaan yang hanya datang cuma sesaat...
Tidak pernah sebesar hama pun aku membenci mahupun berdendam
kerana aku bukanlah terbaik untukmu..
· · · 16 hours ago via mobile

    • Rabeah Mohd Ali Siapa kata kau bukan terbaik untukku
      Cumanya kau tidak memberiku peluang untuk menjelaskannya
      Kau terburu menafikan cinta suciku
      Lalu kau yang terkecewa sendiri
      Maafkan aku kasih menbuatkan kau jadi benci tapi rindu
      Selgi kau mecintai aku
      Selagi itulah kasihku ada di situ
      Tunggulah saat hari bahagia kita
      Untuku melamar cinta sucimu
      di gerbang perkahwinan
      kerana itulah takdir cinta kita bersatu

      (Hihihi ok tak Nia Tania puisi yang kukarangkan untukmu ini)
      Senyummu penawar dukaku
      16 hours ago · · 1
    • Nia Tania memang aku bukan terbaikmu,
      lalu kau buangku jauh dari hidupku, setelah sekian lama aku berdiri teguh menjaga kesetiaan ini, akhirnya engkau jua yang berlalu pergi tanpa di pinta
      (Hehehe..0kayla kak, hebatlah! Hehe..)
      16 hours ago via mobile · · 1
    • Ad Rahman Manisss sangat karyanya semanis orangnya. Tetapi kekawan nampak tak kecacatan pada keindahan puisi ini. Cuba kekawan perhatikan karya adik kita yang berbakat ni.
      16 hours ago via mobile · · 2
    • Wildant Ahmad aku datang jika kau berkenan
      ijinkan buatmu senang walaupun hanya ucapan
      kurasa hati kan lapang jika kau menerima sayang...!
      16 hours ago via mobile · · 2
    • Nor Anida Nia..tengok tatabahasa...yg..(yang)
      16 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Kufahami hatimu yang sudah tak percayakan cintaku
      Akan kubuktikan jika jari manismu kusarungkan cincin
      Itulah lambang cintaku untuk mengikat janji yang cintaku
      hanya kau sayangku....hihihi
      16 hours ago · · 2
    • Nia Tania kecacatan? Blh nia tahu?
      16 hours ago via mobile · · 1
    • Nor Anida Cacat pada tatabahasanya Nia Tania...mana ada perkataan yg..yang adalah dik. ...
      16 hours ago · · 1
    • 'Cato Enzo Bincang-bincang.. Sama-sama kita belajar...:)
      16 hours ago · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Boleh kalau boleh penuh tulis ye cinta hati ku sayang.....hihihi
      Barulah betul betul betul hihihi
      16 hours ago · · 2
    • Nia Tania jika itu tanda buktinya cintamu, rela aku menunggu rela aku menanti walau bertahun sekalipun, kasihku padamu takkan pernah pudar.. Fahamilah isi hatiku. Hehehe..
      16 hours ago via mobile · · 1
    • Nia Tania ‎0h tu lupa. Kena betul2 ya. 0kay minta maaf semua.. Hehe
      16 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Aduhai macam mana gini...di sini cinta di sana sayang...senang-senang kulamar keduanya....hihihii jangan pula kau kata aku pendusta cinta.....hihihi
      16 hours ago · · 1
    • Nor Anida rabeah ni pakar betul menyambung ayat-ayat. .ayat manis sahaja. bagus sungguh.
      16 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Hihihi nak mencentuskan ilham adik-adik kita ni...dan aku dapat juga berpuisi bersama mereka...hihihi
      16 hours ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Dalam berpuisi kita bercanda dalam berpuisi kita berbagi ilmu barulah dunia sasteraku dunia sasteramu rasa tak jemu dihayati....hihihi
      16 hours ago · · 1
    • Nia Tania kau tahu betapa cintanya aku padamu, berkongsi kasih aku tidak mahu, apa lagi hendak bermadu, sungguh aku tidak mampu bahagia begini jika engkau sudah melamar aku dan dia. Hehehe
      kak nor : memang bagus. Hebat lagi. Ayat power..hehe
      16 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Kekasihku buah hatiku sayang...usahlah kau tamakkan cinta
      Kerana cintaku terlalu mahal dan suci sesuci embun di waktu pagi
      Andainya kuterima kamu kutinggal dia zalimlah aku padanya
      kerana dia dahulu yang kucinta sebelummu
      Jadinya terserahlah pada mu untuk menolak cinta suciku
      Tapi percayalah kau tak akan temui lagi cinta suci sepertiku lagi.....hihihi
      16 hours ago · · 3
    • Nia Tania kau tahu betapa cintanya aku padamu, berkongsi kasih aku tidak mahu, apa lagi hendak bermadu, sungguh aku tidak mampu bahagia begini jika engkau sudah melamar aku dan dia. Hehehe
      kak nor : memang bagus. Hebat lagi. Ayat power..hehe
      16 hours ago via mobile · · 2
    • Nia Tania sanggupkah engkau melihatku derita atas keputusan yang engkau katakan? Jika begini tinggal sahaja aku sendirian, biarkan aku pergi. Hehe.
      16 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Terserahlah padamu buat keputusan
      Yang penting aku sudah berlaku jujur denganmu
      Dari kejauhan ini kudoakan cinta yang kau dambakan akan
      hadir untuk menutup luka mu yang parah berdarah.....hihihi
      16 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Nia macam mana suka tak berpuisi dengan akak ye....hihihi kalau tak suka ...tak api kucari lain sebagai pengganti hihihi
      16 hours ago · · 1
    • Nia Tania memang lukaku parah berbisa berdarah.
      Adil jugakah engkau membiarkan kasihku di rebut oleh insan yang engkau cintai sebelumku?
      Aku bukanlah tamak, tetapi hati ini bagaikan ditusuk sembilu melihat engkau dan dia. Hehehe
      16 hours ago via mobile ·
    • Nia Tania suka sangat2 kak. Pandai akaklah, bolehla belajar dari akak.. Hehe
      16 hours ago via mobile ·
    • Ra Matahari Biru kan enak bermadu..manisnya sampai ke hujung kalbu..di akhirat kelak dapat payung emas..
      16 hours ago ·
    • Ad Rahman Betul tu dik kecacatan karyanya cuma guna YG. Guna YANG ye dlm karya ;)
      Dlm komen tkpe ;))
      16 hours ago via mobile ·
    • Nia Tania bermadu belum tentu manis kehidupan.. Jika hati kita tak rela, hehe
      16 hours ago via mobile ·
    • Nia Tania abg ad, trma kasih.. Baru tahu ni. Hehe..
      16 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Jangan gitu dong sayang...
      Merajukmu buat jiwaku merasuk
      Kalau kau tak mahu payung di Syurga
      Rugilah kamu sayangku
      Cintaku kau tak miliki di dunia di akhirat pasti tak berjumpa cinta kita!
      16 hours ago ·
    • Ra Matahari Biru chargekan hati dengan tusukkan positive..jauh pandanganmu dari carikkan negatif yg akan menghelakan nafasmu pendek..
      16 hours ago · · 1
    • Nia Tania apalah ertinya kalau aku memiliki cintamu sedangkan cintanya padamu belum pudar, tidak jadi saja aku mencintaimu, sekarang kau kahwinlah dengan dia yang mencintaimu kerna aku mau tidur, mataku sudah layu seperti bunga layu yang tidak disirami air, hehe. Gurau saja kak, terima kasih kak rabeah,
      selamat malam semua..assalamualaikum. Sambung esok ye..
      16 hours ago via mobile ·
    • Ra Matahari Biru sekadar berpuisi jer..faham
      16 hours ago ·
    • Rabeah Mohd Ali Adik akak faham..usia adik yang terlalu mentah mana bisa mungkin faham erti qada dan qadar...izinkan aku siarkan karyamu di blog ku sayang sebagai tanda kenangan untuk anak cucu cicit kita ye.... terima kasih atas segala kerjasama ini.
      16 hours ago ·
    • Nia Tania silakan akak.. Terima kasih juga atas kerjasama akak.. :)
      9 hours ago via mobile ·

  • (PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA)
    6 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;