Friday, 6 January 2012

BUKAN BUAL KOSONG BUKAN IMPIAN KOSONG


BIAR CUCU CICIT KITA BANGGA MEMPUNYAI NENEK MOYANG SEPERTI KITA!

Asalkan semuanya faham dengan kehendak admin kerana ahli dan admin saling berkait rapat...yang penting karya...karya...apa ada pada nama...apa ada pada rupa
yang jelas matlamat menjayakan misi din visi untuk direalisasikan...demi kepentingan bahasa bangsa.

Saya ni kan suka memberi cadangan tak sementinya cadangan saya diterima...kalau ditolak saya takkan kecil hati...yang penting difokuskan di sini matlamatnya untuk menjayakan impian...dan masing-masing saling memburu impian untuk bergabung merealisasikan impian jadi kenyataan.Maksud saya impian ahli adalah impian grup impian grup mahu bahasa bangsa tidak akan pernah padam di muka bumi ini. Bak kata ,' Hang Tak kan Hilang Melayu Di Dunia Ini! Bermakna Bahasa Melayu juga ...tak akan hilang! Mana tahu bahasa kita menjadi bahasa dunia kerana dituturkan oleh penghuni dunia yang minat dengan Bahasa Melayu! Siapa yang suka...cucu cicit kita juga yang bangga kerana mempunyai nenek moyang seperti kita!

Karya Rha NS
6 Januari 2012
· · · 2 hours ago

  • Diari Amirdza and 2 others like this.
    • Ad Rahman Andaikata kita dapat merubah cara bertutur seharian dari bahasa pasar ke tahap bahasa sastera, Hang Tuah yg raip pasti ingin muncul semula. Tetapi itu satu tahap yg hampir mustahil. Jadi kita harus bersikap realistik. Kita didik, galakkan dan pelihara bahasa melalui karya kerana, ianya akan jadi peninggalan dan warisan buat cucu cicit akan datang, akan keindahan bahasa kita. Tetapi jika karya yang ditinggalkan buat mereka juga bahasanya tercemar, siapa yang ada akan berani bersaksi menyatakan bahawa bahasa kita itu indah? Duduk tempatnya tinggi? Siapa? Hang Tuah yang akan keluar menyatakan itu semua? Tidak mungkin jika tidak kita sendiri. Biar keindahan bahasa kita mengalir dalam karya. Kita bersama jaga dan memeliharanya sambil bersantai dan berhibur rasa dalam perjuangan kita.
      2 hours ago via mobile · · 1
    • Rabeah Mohd Ali Yang penting saling memahami saling bertolak ansur dalam menjayakan sesuatu impian....bukan sekadar bual kosong bukan sekadar impian kosong tapi semuanya bermakna dalam setiap langkah yang ingin diperjuangkan.
      2 hours ago · · 1
    • Ad Rahman  Ye betul katamu itu
      2 hours ago · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA)
    6 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;