Saturday, 7 January 2012

SENYUMKU DIHERET OMBAK MENGGANAS!

  • SENYUMANKU DIHERET OMBAK MENGGANAS!

    Punah ranaplah senyumanku ini
    Diheret ombak mengganas!
    Kutunggu muncul pelangi cinta
    Sesejuk embun di waktu pagi
    Makanya ingin kukongsi kebahagiaanku ini denganmu Mirza.
    Agar kau tahu betapa bahagianya aku kini
    Dan Allah tahu aku berada di pihak yang benar
    Senyumanku seiring dengan senyuman karyaku dan teman-teman karya yang lainnya juga....
    kan kulupakan derita lalu yang mengheret senyuman ke lautan membadai!

    Karya Rha NS
    7 Januari 2012
    · · · 57 minutes ago

      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih Ad kerana setia menyokong karyaku. Kunantikan karyamu juga ye...(hihihi)
        52 minutes ago · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih mirza kerana sudi berkongsi keceriaan hatiku yang dah layu ini ( hihihi)
        47 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih ayahanda chik ...kerana sudi membuatkan kutersenyum dalam duka. (hihihi) sebaik dalam dalam cuka (hihihi)
        46 minutes ago ·
      • Ayahanda Chik Hati-hati helah sang buaya,
        Jiwa menangis berhiba sendu;
        Bila bulan kembali bercahaya,
        Barulah pungguk kembali merindu...

        alhamdulillah....malam yang dingin kembali ceria...
        46 minutes ago · · 1
      • Diari Amirdza kerinduanku ini menjadi indah tatakala ia mengundang cinta yang makin berbunga-bunga dan makin membara dilubuk jiwa yang kian terfana dek panahan arjuna...♥
        45 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Duduk-duduk membaca buku,
        Dikaji sudah segala buku;
        Si pungguk tak ada di hatiku,
        Dia menghilang kerana dah jemu.
        43 minutes ago ·
      • Ayahanda Chik Duduk-duduk membaca buku,
        Dikaji sudah segala ilmu;
        Si pungguk tidak ada di hatiku,
        Dia menghilng kerana sudah jemu...

        ....rima hujung baris kedua perlu sedikit pembetulan kerana pengulangan perkataan "buku" pada baris pertama hujung ayatnya..
        39 minutes ago · · 1
      • Ad Rahman Saling menyokong, saling sama menikmati kejayaan.
        38 minutes ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Minta ayahanda chik betulkannya di sini ye agar ahli lain boleh belajar sama.
        37 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Biarlah kejayaan kita ini nanti dapat dikongsi dengan cucu cicit kita setelah kita tiada nanti. Dan inilah bukti cinta kita kepada mereka semua. MOga Allah mengabulkan segala niat yang baik. amin Ya Rabbal A'Lamin.
        30 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Nor Anida kenapa kau bermuram durja,
        Marilah sini bersamaku meraikan keceriaan ini;
        Terimalah aku seadanya,
        Persahabatan denganmu tak pernah kulupai.
        27 minutes ago · · 1
      • Nor Anida Rabeah Mohd Ali-aku tidak bermuram durja sedang tersenyum sendirian membaca karya rakan disini..ada sahaja memerhati,membaca,melihat....kerana aku tidak sehebat kalian disini
        13 minutes ago · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Kita di sini bukan untuk menunjukan kehebatan tapi ingin berbagi ilmu agar dapat dikongsi bersama dalam suasana indah di taman hati. (Hihihi)
        11 minutes ago ·

    • (PETIKAN  DARIPADA KUMPULAN KARYA KITA)
      7 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;