Di suatu ketika, tanahair kita iaitu tanahair nenek moyang kita pernah dijajah. Untung, berkat kesungguhan pemimipin lama bangsa kita, merdeka kita akhirnya. Masa berlalu, pucuk pimpinan bertukar tangan. Dari Malaya menjadi Malaysia. Arus kemodenan pula tumbuh dengan begitu pesat. Membanjiri kolam pemikiran, pendidikan juga pendedahan di dalam pergaulan. Jika diperhatikan keadaan sekeliling kita, tanpa kita sedar perlahan- lahan, jika dulu tanah dijajah kini bahasa pula sudah hampir dijajah. Tidak saya menghalang penggunaan lain bahasa, lebih lagi BI itu bahasa dunia dan dagangan. Lebih banyak bahasa dikuasai, lebih baik dan banyak pula menafaatnya. Tetapi jangan sampai kita lupa, bangsa kita punya bahasa peninggalan nenek moyang, yang indah lagi berdaulat. Jangan sampai nanti, kerana atas kelalaian sendiri, cucu cicit menuding jari kearah kita apabila bangsa sudah hilang bahasanya. Teman-teman dan rakan seperjuangan, di bahu kita, terletak satu tanggungjawab.
Rabeah Mohd AliSebab itu perlunya ada kamu....kerana semangat melayu mu dinanti-nantikan oleh peminat bahasa bangsa ibunda nenek moyang kita...betul tak kawan-kawan kataku ini...?
Ad RahmanHampa bila melihat karya BM, menggunakan BI dengan begitu leluasa. Hamka kenapa menjadi pengkarya agung? Bukan saja jalan kisahnya tapi bahasa yang dia juangkan, bahasa nusantara yang alunannya sangat indah, menjadi perbendaharaan pencinta karya. Mungkin hari ini saya menjadi bahan ejekan dan ketawa, tidak mengapa. Daripada belakang hari cucu cicit kita jadi bahan ejekan dan ketawa lain bangsa!!
Rabeah Mohd AliTiada siapa yang mengejekmu...duhai pejuang bahasa bangsaku...percayalah Allah sentiasa bersamamu dan kami rakan seperjuanganmu sentiasa menyokong niat murnimu...tetaplah kau tabah setabah pantai dipukul ombak membadai namun kau tetap setia pada pantai....kesetiaanmu itu mengindahkan panorama pantai...Syukur Allhamdulillah di hari muka anak cucu cicit kita tidak akan diketawakan oleh bangsa lain berkat pejuanganmu yang ikhlas keranaNya jua bangsamu bangsa Melayu!
0 comments:
Post a Comment