Wednesday, 4 January 2012

YANG PALING KUKUATIRI PABILA BAHASAKU DIPANDANG RENDAH

  • Yang paling kukuatiri pabila bahasaku dipandang rendah,
    Diletakkan martabat paling hina;
    Moga kita semua berhati tabah,
    Dalam mempertabatkan bahasa jiwa bangsa.
    · · · 9 hours ago near Petaling Jaya

    • Oniey Ayunie and 7 others like this.
      • Ad Rahman Itu yang ditakuti. Jadi kita harus buat sesuatu sebelum terlambat
        9 hours ago via mobile · · 2
      • Rabeah Mohd Ali Bergabung idea dan pemikiran
        Untuk mempertabatkan bahasa kita
        Saling sokong menyokong setiap pandangan
        Bukan untuk jatuh menjatuhkan sesama kita
        Menghargai setiap cadangan yang bernas
        Yang tak bernas dibernaskan (setidaknya cuba difahami)
        Membuktikan bahasa kita bukan untuk dipandang rendah tapi dimertabatkan hingga ke peringkat antarabangsa Insya-Allah
        9 hours ago · · 4
      • Ad Rahman Setuju Rabeah
        8 hours ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kerana sudi setuju...
        8 hours ago · · 1
      • Nor Anida sangat setuju dengan RMA....itu lah yang kita mahu
        8 hours ago · · 1
      • Ad Rahman Setuju kerana benar ;)
        8 hours ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Allahu Akbar selama ini kuberjuang dengan air mataku sendirian
        Kuberjuang berhabis-habisan bermati-matian
        Kini aku tidak bersendirian
        Allah Kurniakan sahabat seperjuangan
        Minat yang sama perjuangan yang sama
        Syukurku Ya Allah
        Kau kirimkan sahabat seperjuangan dan sepemikiran.
        8 hours ago · · 1
      • Ad Rahman Allah Maha Pengaseh, tu sebab dia melarang kita berputus asa. Ada sesuatu yang Dia sediakan yang kita tidak tahu di sepanjang jalan
        8 hours ago via mobile · · 2
      • Rabeah Mohd Ali
        Telah kumuhasabah diriku sendiri....
        Kenapa aku ditakdirkan begini,,,
        Yang kuimpikan perjalanan hidup bahagia kumiliki
        Tapi Allah uji dengan jalan yang berliku
        dan aku hampir menjadi hambaNya yang berputusa asa
        Tapi rupanya Allah tidak benarkan aku berputus asa
        Dan Dia Maha tahu apa yang aku tidak tahu kesudahanNya
        Cuma yang kuharapkan RedhaNya tika hidup dan matiku.
        8 hours ago · · 1
      • Ad Rahman Syukur lah
        8 hours ago via mobile · · 1
      • Rabeah Mohd Ali Moga Allah membalas setiap kebaikanmu Amin Ya Rabbal A'Lamin
        8 hours ago · · 1

    • (PETIKAN DARIPADA GROUP KARYA KITA)
      4 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;