Friday, 6 January 2012

ANDAI KATA KITA DAPAT MERUBAH CARA BERTUTUR SEHARIAN DARI BAHASA PASAR KE BAHASA SASTERA


Ad Rahman Andaikata kita dapat merubah cara bertutur seharian dari bahasa pasar ke tahap bahasa sastera, Hang Tuah yang raip pasti ingin muncul semula. Tetapi itu satu tahap yang hampir mustahil. Jadi kita harus bersikap realistik. Kita didik, galakkan dan pelihara bahasa melalui karya kerana, ianya akan jadi peninggalan dan warisan buat cucu cicit akan datang, akan keindahan bahasa kita. Tetapi jika karya yang ditinggalkan buat mereka juga bahasanya tercemar, siapa yang ada akan berani bersaksi menyatakan bahawa bahasa kita itu indah? Duduk tempatnya tinggi? Siapa? Hang Tuah yang akan keluar menyatakan itu semua? Tidak mungkin jika tidak kita sendiri. Biar keindahan bahasa kita mengalir dalam karya. Kita bersama jaga dan memeliharanya sambil bersantai dan berhibur rasa dalam perjuangan kita.
· · · about an hour ago near Changi Village, Singapore

    • Rabeah Mohd Ali Andai kuntuman ros itu kumiliki akan kutaburkan di pusara Hang Tuah menyatakan aku sudah membuktikan cintanya pada bangsa melayu yang dipertahankan sejak dia lahir ke dunia dan grup Karya Kita lah yang meneruskan perjuangan sucinya!
      about an hour ago ·
    • 'Cato Enzo Huruf TA & BA - Hang Tuah tetap Hang Tuah... Kini di mana Hang Buah... ;)
      about an hour ago · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Itu kena tanya Ad Rahman ok...sebab kat sini semuanya Hang Tuah sentiasa bertuah! Hihihi
      59 minutes ago ·
    • Ad Rahman Saya Hang Luah ;))
      55 minutes ago via mobile · · 2
    • Rabeah Mohd Ali Ha...dengar tu Cato Enzo, "Hang Luah" dah puas hati ke....hihihi
      Luah kan apa yang terbuku di hatimu dia sedia menimbangkannya demi kebaikan grup Karya Kita ye......hihihi
      46 minutes ago · · 1
    • Ad Rahman Hik hik
      18 minutes ago via mobile · · 1

  • (PETIKAN DARIPADA GRUP KARYA KITA)
    6 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;