HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA TIKA DI ALAM SANA
Duhai dinda yang dikasihi dunia akhriat...
Dinda bukan sampah
Dinda adalah permataDinda bukan patung ...
Dinda adalah patung cendana
Yang pandai berkata-kata indah
Patung yang bukan dipasangkan bateri
Yang berkata mengikut hati dan perasaan
Dinda adalah manusia
Yang diberi Allah SWT akal fikiran
Boleh bebahasa santun
Berkorban bukan apa saja demi kebahagiaan yang tak pasti
Tapi dinda berkorban demi kebahagiaan hidup dunia akhirat
Makanya berbahagialah dinda
Jangan gundah gulana
Kanda sentiasa ada untuk dinda
Susah senang kita bersama
Itu pun jika dinda sudi
Menganggap kanda sebagai saudara dinda
Yang sentiasa sudi
Menjadi teman dinda berkomunikasi di alam maya
Di kala dinda gundah gulana
Selepas ini jangan gundah gulana lagi...
Kanda mahu dinda buangkan segala yagn sedih-sedih
Teruskanlah berbicara yang indah-indah
Menyejukkan iman sesiapa yang mendengarnya
Kanda percaya dinda seorang yang amat santun bila berbahasa
Makanya teruskanlah berbahasa nan indah...indah...
Jika itu yang dinda amalkan
Kanda sentiasa sudi untuk menjadi teman setia dinda
Asalkan dinda jangan cepat berputus asa dalam hidup dinda...
Kanda doakan dinda selalu tabah dalam menjalani hidup ini...
Hidup akan lebih bermakna jika kita maknakan hidup yang
Berarti di kala kita dihidupkan semula di alam Sana....
KARYA RATU RIMBA NIAGARA
12 Muharram 1434H
26 Novemaber 2012MRatu Rimba Niagara shared Irish Lynn's status update.
Nukilan dari Irish Lynn.
Aku sendiri tidak tahu apa perasaan yang aku rasa sekarang?. Adakah aku betul-betul membenci si dia atau sebaliknya?. Aku tahu yang aku selalu disisihkan bila seseorang itu menemui kebahagiaannya, tapi mengapa aku mesti merasa sakitnya hati ini apabila ia berlaku?. Aku tidak sepatutnya merasakan begitu, aku sepatutnya gembira dan bersyukur yang dia telah menemuni cinta sejatinya.
Apa yang aku rasa sekarang adalah seperti sampah!. Bila aku diperlukan, aku dicari bagi menemani hari-hari sepi yang tidak dapat ditanggung seorang diri, tapi bila sudah menemui kebahagiaan dalam diri ini semula, aku dibuang bagaikan patung yang tidak bernyawa. Layakkah aku menerima semua ini untuk kebahagiaan yang dicari sehinggakan aku sanggup mengkhianati perasaan aku sendiri demi kebahagiaan orang lain.
Terima kasih atas segalanya yang diberi, aku terima seadanya...Irish Lynn.
Sunday, 25 November 2012
HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA TIKA DI ALAM SANA
Ratu Rimba Niagara shared Irish Lynn's status update.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment