Monday, 28 May 2012

NEGARAMU NEGARAKU BERPADU DALAM RESTU ILAHI


  • Rabeah Mohd Ali shared Keppel Gaman's photo.
    Jayalah Negara Zamrut Khatulistiwa
    berbagi tidak pernah rugi, kami siap mencoba membantu dengan segenap kemampuan yang ada.
     ·  ·  · 6 hours ago · 
    • Werdys Kalbary likes this.
      • Werdys Kalbary Oiyytt !, ada yang jatuh cinta dengan Indonesia ker Rabeah ? hehehe :)), salam pagi barakallah to u dinda...
        6 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali MENYAHUT PANGGILAN SEMBOYAN PERJUANGAN IBU PERTIWI MU!

        Duhai rakyat Indonesia...
        Biarpun aku tidak lahir di bumi bertuah ibu pertiwimu
        Tapi aku ditakdirkan untuk menyayangi negaramu
        Aku tak tahu kenapa
        Darah yang mengalir ditubuhku ini
        Serasa denyut nadinya seiring dengan ibu pertiwimu
        Serasa roh ibu pertiwimu memanggil-manggilku
        Untuk menyahut semboyan perjuangan di bumimu
        Roh-roh suci pejuang negaramu yang telah lama bersemadi
        Hidup dalam jiwaku
        Mahu aku teruskan perjuangan mereka
        Bersama-sama dengan para pejuang ibu pertiwimu
        Mahu aku lupakan panggilan semboyan perjuangan itu
        Lagi aku ingin memadamkan
        Lagi membara-bara gelora api perjuangan
        Biarpun aku tidak ditakdirkan lahir di bumi Indonesia
        Tapi aku ditakdirkan untuk menyahut panggilan ibu pertiwimu
        Dan aku redho kerna itu takdir-Nya
        Biarpun aku tidaklah segagah pahlawan-pahlawan di medan juang
        Izinkan aku berpena bertintakan darah dan air mataku
        Untuk sama-sama berbakti kepada ibu pertiwimu
        Moga perjuangan suci aku ini jangan sekali disalah artikan
        Dan sudilah terima perjuangan suci aku ini sesuci perjuangan
        Para pejuangmu yang masih hidup atau yang telah mati di medan juang!

        Karya Putri Rimba Niagara
        29 Mei 2012
        6 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
        Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
        Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
        dua negara berjiran
        sehati sejiwa
        senada seirama
        berpadu kasihkan negara
        negaramu kukasih
        negaraku kau sayang
        bila kasih sudah terpatri
        tak akan ada
        benci membenci
        dengki mendengki
        dendam mendendam
        jatuh menjatuh
        yang ada
        saling mempertahan cinta bernegara
        kau pertahan negaraku
        aku pertahankan negaramu
        saling mempertahankan
        itulah lambang cinta sejati
        antara dua negara
        bila cinta sejati terpatri
        di kalbu setiap rakyat
        negaramu negaraku
        kebudayaan negaramu disanjung
        kebudayaan negaraku dijunjung

        Apa saja perjuangan untuk mempertabatkan :

        Institusi diRaja Melayu
        Kepahlawanan Melayu
        Bangsa Melayu

        Kita sama bersumpah setia untuk saling menyokong/dukungan
        tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita...
        kerana dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

        Karya Putri Rimba Niagara
        25 Mei 2012
        5 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Damailah negeriku damailah negerimu damailah bumi ini dan damailah semuanya berkat kasih sayang sejati demi-Nya.
        5 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali Aamin Ya Rabbal A'Lamin
        Sebagai seorang pujangga pasti boleh luahkan semangat patriotik kanda di wall dinda ini ye....hihihi
        5 hours ago ·  ·  1
      • Werdys Kalbary heheh, terima kasih ya dinda...ya insya Allah, tunggu ja ya hehehe :))
        5 hours ago ·  ·  1
      • Rabeah Mohd Ali AKU MAHU TERBANG SEPERTI ELANG RAJAWALI

        Pabila aku berteriak
        Dikatakan teriakanku percoma saja
        Tak akan siapa yang sudi mendengarnya
        Di pikiran mereka... mahu memadamkan sejarah
        Para pejuang kemerdekaan Indonesia

        Dan karena terlalu kecewa pada mereka itu
        Aku padamkan saja namanya
        Karena dia penghianat bangsa sendiri

        Dan aku menanam azam baru
        Mahu terbang seperti elang rajawali
        Membantu garuda mencapai
        Segala cita ibu pertiwi Indonesia
        Moga Allah bersamaku
        Biarpun mereka tak sudi terimaku
        Namun aku percaya
        Masih ada yang sudi terimaku
        Sebagai rakan seperjuangan mereka
        Yang sedia berbakti
        Melayangkan daunan ukiran-ukiran
        Cinta untuk rakyat Indonesia tersayang

        Karya Putri Rimba Niagara
        29 Mei 2012
        5 hours ago · 
      • Rabeah Mohd Ali CINTA NEGARAMU NEGARAKU BERPADU DALAM RESTU ILAHI

        Duhai ibu pertiwi Indonesia
        Yang kusayangi dalam lubuk hati
        Selagi nyawaku ada

        Kau mencurahkan bakti
        Pada anak bangsa bumi pertiwimu
        Tanpa henti tanpa jemu
        Menumpahkan tinta
        Di kanvas perjuangan suci

        Biarpun tintamu
        Bertintakan darah dan airmata
        Kau terus berpena...
        Tanpa pedulikan
        Segala terjangan ombak
        Di kini kanan

        Pengorbananmu nan suci
        Sesuci embun di waktu pagi itu
        Menjadi bunga-bunga pertiwi
        Nan harum mewangi
        Sewangi melati putih

        Dan selendang
        Merah putih ini
        Kuanugerahkan padamu
        Menghargai jasamu
        Pada ibu pertiwi Indonesia

        Moga kau terus menabur bakti
        Berpena meneruskan perjuangan suci
        Agar dapat diwariskan kemerdekaan
        Ibu pertiwi kepada generasi seterusnya
        Dalam aman damai
        Selagi ada bulan dan matahari

        Samudra antara dua benua ini
        Menjadi saksi bukti cinta kita
        Pada negaramu negaraku
        Berpadu dalam Restu Ilahi

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        29 Mei 2012
        5 hours ago · 

        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
        29 Mei 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;