MENYAYANGI SEGALA DI LANGIT DAN DI BUMI KERANA-NYA
Duhai hamba...
Manusia apa kamu ini?
Kami hina kamu
Kami kutuk kamu
Kami lukakan hati kamu
Kami luahkan kata-kata berbisa-bisa pada kamu
Kami fitnah kamu
Biar semua orang bencikan kamu
Biar semua orang sepikan
Lepas itu kamu susah hati lekas mati
Baru kami puas hati...
Orang macam kamu ini lebih baik mati daripada hidup!
Tapi...
Biar apapun kami buat pada kamu
Kamu tetap minta maaf pada kami
Seolah kamu yang bersalah bukan kami yang bersalah
Kamu minta maaf pun kami tak sahut maaf kamu
Ye...kami bencikan kamu
Sungguh...sungguh...benci
Bencikan semua karya kamu
Kami sungguh meluat
Melihat karya-karya kamu bertebaran sana sini
Sudahlah banyak...panjang berjela pulak tu
Nak tunjuk pandailah tu...menyampah...!!!
Sungguh menyampah!!Karya sampah!
Menyemakkan dinding-dinding grup
Sebab itulah semua ahli grup tak like
Kau tak perasan ke
Tengok karya aku...ramai yang suka...ramai yang like
Siap kata tu karya aku boleh membuatkan pembaca terkena sihir..hebatkan!
Jangan haraplah aku nak like apatah lagi nak beri komen
Kalau aku komen pun kau pasti akan sakit hati...itu yang aku suka...
Bila kau sudah sakit hati...kau akan tinggalkan grup itu
Itulah yang terbaik untukmu...
Aku akan suka bila karya mu sudah tidak ada di grup itu...
Kalau aku jadi admin ...aku akan nyahkan kau
Hilang tumbuh patah berganti
Sarang tebuan jangan diusik
Inilah padahnya
Tapi masalahnya aku bukan admin di sini...
Tapi tak apa aku akan pastikan kau
Dengan sendirinya akan tinggalkan grup ini
Dan aku akan ucapkan salam terakhir karya untukmu
Duhai rakan sastra...
Jahat sangat ke aku?
Salah kah aku bersastra
Adakah karya-karya aku
Telah membuatkan hatimu sakit?
Bilang sama aku
Mana karya aku yang membuatkan
Hatimu sakit....
Biar aku perbetulkan
Mana bahasa yang tak elok
Mana ejaan yang salah
Mana mesej yang tak betul
Biar aku perbetulkan
Agar kau bahagia dan suka mendengarnya
Matlamat aku berkarya pun
Mahu muhasabah diri sendiri
Dan sentiasa cermin diriku siapa
Dan karya itu aku kongsi bersama-sama rakan-rakan grup
Sebab itu aku tak kisah jika rakan-rakan grup tak like atau tak komen
Terserahlah nak baca....tak nak baca tak apa...walaupun ahli grup
Puluhan ribu...seorangpun tak like aku tak kisah
Aku menulis bukan kerana ingin mendapat pujian manusia
Aku menulis agar ada nilaian di Sisi-Nya
Itu sudah lebih daripada segala-Nya
Buat apalah nak dengki dengan aku
Aku bukanlah penulis hebat
1 Malaysia pun tak kenal aku
Kalau kau tak percaya tanya orang Malaysia
Kalau di Malaysia pun orang tak kenal
Inikan di Indonesia lagilah tak kenal...
Dah puluhan tahun aku menulis
Nak dapat royalti hasil titik peluh menulis
Mahu aku jadi pengemis di jalanan
Nasib baiklah Allah SWT memberi
Aku rezeki hidup sekadar apa adanya
Bersyukur apa yang diKurniakan-Nya
Yang kau tengok aku bergaya macam
Putri itu dan bermekap tebal itu
Yang mekapkan pun dayangku
Si Kunta Si Kunte kini sudah mati ditelan ombak rindu
Semata-mata hendak menbahagiakan aku
Bukanlah untuk tujuan membangga diri
Itu adalah untuk menghayati watak
Si Putri Rimba Niagara bersama penghuni rimba
Lagipun dunia karya adalah duniaku
Hidupku karya...karya...karya
Tanda aku syukur dengan Kurniaan dari Ilahi
Aku bukan seperti JK Rowling
Yang menulis cerita-cerita sihir
Boleh jadi jutawan
Tujuh keturunan tak habis makan
Ditakdirkan aku mati
Tiada harta yang kutinggalkan
Kecuali karya-karyaku
Sebab itu karya-karyaku
Amatlah bermakna bagiku
Siapa-siapa yang hadir ketika aku
Berkarya dia adalah sumber ilhamku
Dan setiap kata-katanya adalah karyaku jua
Bagiku apa yang dikatakan itu adalah permata
Sebab itu mereka yang masuk ke wall ku
Aku suka kerana mereka adalah sumber
Inspirasiku berkarya
Kalau dia masuk ke wall aku dalam hatinya
Yang sakit atau tak suka
Aku tetap rakam
Untuk kupersembahkan kepada Tuhanku
Moga apa yang dia tulis dan aku tulis
Walaupun dalam keadaan tidak puas hati
Allah mengira sebagai amal ibadat
Yang dikira di akhirat nanti. Aamiin.
Aku menulis puisi...
Puisi tentang
Kebesaran Allah SWT
Sayang menyayangi sesama kerana-Nya
Menyayangi segala yang hidup di langit dan di bumi kerana-Nya
Dan niatku semua karya-karyaku
Moga ada Nilaian di Sisi-Nya
Itulah yang aku dambakan
Dari dulu hingga akhir hayatku
Moga Allah SWT terima semua karya-karyaku
Dan karya semua rakan sastra yang bergandingan dengan karyaku
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
13 Julai 2012
;
0 comments:
Post a Comment