Saturday, 14 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (199) - MENCARI-MU YANG HAKIKI BILA HIDUP INI MEMBERI ERTI



  • SELUAS PANDANG

    Kita tidak pernah tahu
    ujudnya suatu perjanjian
    di alam roh kala nadi mula berdenyut.
    tatkala raungan pertama mendatangi dunia
    bertubuh telanjang kerdil tak berdaya
    meminjam baju kehidupan
    selimut kalbu
    menyingkapkah hijab rohani.

    Dalam pencarian
    tuntutan sekecil apapun
    tiap sesuatu hanya kerna-Mu
    andai seru-Mu dapat kujelang
    membuka seluas pandang
    tentang kejadian diri
    mencari-Mu yang hakiki
    bila hidup ini memberi erti .

    Che Fauziah Idris
    Kuala Kurau
    Perak
    12 Julai 2012
    1.13 pm
     ·  ·  · Thursday at 5:27pm

    • You and Fatimah Bt Husin Tim like this.

      • ITULAH ROH YANG BERARTI TIKA BERHIDUP DI DUNIA

        hidup ini memberi erti
        bagi mereka yang mahu mengerti
        adanya alam roh
        kerana adanya rohlah kita hidup
        kerana roh juga hidup kita berarti
        bila sudah mati
        kerana roh tiada di jasad
        di hari mati
        jasad kaku sudah tak berarti
        cuma seonggok daging
        yang dibungkus dengan kain kapan
        masuk ke kubur
        bakal menjadi habuan ula-ulat kubur
        hancur lebur segala jasad yang dibanggakan tika di dunia
        malangnya nasib si jasad yang sombong lagi angkuh
        tika diberi peluang hidup tak memahami arti alam roh
        yang untung
        roh suci lagi berarti di Sisi Tuhan
        menikmati alam Syurga tanpa nokhtah
        itulah roh yang berarti tika berhidup di dunia

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

        19 hours ago ·  · 1

        KARYA SRI MAWAR & PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
        15 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;