SAYANGKU SAYANGMU (171) - AKU SENTIASA CERMINKAN DIRIKU SIAPA
MENYAYANGI SEGALA DI LANGIT DAN DI BUMI KERANA-NYA
Duhai hamba...
Manusia apa kamu ini? Kami hina kamu Kami kutuk kamu Kami lukakan hati kamu Kami luahkan kata-kata berbisa-bisa pada kamu Kami fitnah kamu Biar semua orang bencikan kamu Biar semua orang sepikan kamu Lepas itu kamu susah hati lekas mati Baru kami puas hati... Orang macam kamu ini lebih baik mati daripada hidup!
Tapi...
Biar apapun kami buat pada kamu Kamu tetap minta maaf pada kami Seolah kamu yang bersalah bukan kami yang bersalah Kamu minta maaf pun kami tak sahut maaf kamu Ye...kami bencikan kamu Sungguh...sungguh...benci Bencikan semua karya kamu Kami sungguh meluat Melihat karya-karya kamu bertebaran sana sini Sudahlah banyak...panjang berjela pulak tu Nak tunjuk pandailah tu...menyampah...!!! Sungguh menyampah!!Karya sampah! Menyemakkan dinding-dinding grup Sebab itulah semua ahli grup tak like Kau tak perasan ke Tengok karya aku...ramai yang suka...ramai yang like Siap kata tu karya aku boleh membuatkan pembaca terkena sihir..hebatkan! Jangan haraplah aku nak like apatah lagi nak beri komen Kalau aku komen pun kau pasti akan sakit hati...itu yang aku suka... Bila kau sudah sakit hati...kau akan tinggalkan grup itu Itulah yang terbaik untukmu... Aku akan suka bila karya mu sudah tidak ada di grup itu... Kalau aku jadi admin ...aku akan nyahkan kau Hilang tumbuh patah berganti Sarang tebuan jangan diusik Inilah padahnya Tapi masalahnya aku bukan admin di sini... Tapi tak apa aku akan pastikan kau Dengan sendirinya akan tinggalkan grup ini Dan aku akan ucapkan salam terakhir karya untukmu
Duhai rakan sastra...
Jahat sangat ke aku? Salah kah aku bersastra Adakah karya-karya aku Telah membuatkan hatimu sakit? Bilang sama aku Mana karya aku yang membuatkan Hatimu sakit.... Biar aku perbetulkan Mana bahasa yang tak elok Mana ejaan yang salah Mana mesej yang tak betul Biar aku perbetulkan Agar kau bahagia dan suka mendengarnya Matlamat aku berkarya pun Mahu muhasabah diri sendiri Dan sentiasa cermin diriku siapa Dan karya itu aku kongsi bersama-sama rakan-rakan grup Sebab itu aku tak kisah jika rakan-rakan grup tak like atau tak komen Terserahlah nak baca....tak nak baca tak apa...walaupun ahli grup Puluhan ribu...seorangpun tak like aku tak kisah Aku menulis bukan kerana ingin mendapat pujian manusia Aku menulis agar ada nilaian di Sisi-Nya Itu sudah lebih daripada segala-Nya
Buat apalah nak dengki dengan aku Aku bukanlah penulis hebat 1 Malaysia pun tak kenal aku Kalau kau tak percaya tanya orang Malaysia Kalau di Malaysia pun orang tak kenal Inikan di Indonesia lagilah tak kenal...
Dah puluhan tahun aku menulis Nak dapat royalti hasil titik peluh menulis Mahu aku jadi pengemis di jalanan Nasib baiklah Allah SWT memberi Aku rezeki hidup sekadar apa adanya Bersyukur apa yang diKurniakan-Nya
Yang kau tengok aku bergaya macam Putri itu dan bermekap tebal itu Yang mekapkan pun dayangku Si Kunta Si Kunte kini sudah mati ditelan ombak rindu Semata-mata hendak menbahagiakan aku Bukanlah untuk tujuan membangga diri Itu adalah untuk menghayati watak Si Putri Rimba Niagara bersama penghuni rimba Lagipun dunia karya adalah duniaku Hidupku karya...karya...karya Tanda aku syukur dengan Kurniaan dari Ilahi
Aku bukan seperti JK Rowling Yang menulis cerita-cerita sihir Boleh jadi jutawan Tujuh keturunan tak habis makan Ditakdirkan aku mati Tiada harta yang kutinggalkan Kecuali karya-karyaku Sebab itu karya-karyaku Amatlah bermakna bagiku
Siapa-siapa yang hadir ketika aku Berkarya dia adalah sumber ilhamku Dan setiap kata-katanya adalah karyaku jua Bagiku apa yang dikatakan itu adalah permata Sebab itu mereka yang masuk ke wall ku Aku suka kerana mereka adalah sumber Inspirasiku berkarya Kalau dia masuk ke wall aku dalam hatinya Yang sakit atau tak suka Aku tetap rakam Untuk kupersembahkan kepada Tuhanku Moga apa yang dia tulis dan aku tulis Walaupun dalam keadaan tidak puas hati Allah mengira sebagai amal ibadat Yang dikira di akhirat nanti. Aamiin.
Aku menulis puisi... Puisi tentang Kebesaran Allah SWT Sayang menyayangi sesama kerana-Nya Menyayangi segala yang hidup di langit dan di bumi kerana-Nya Dan niatku semua karya-karyaku Moga ada Nilaian di Sisi-Nya Itulah yang aku dambakan Dari dulu hingga akhir hayatku Moga Allah SWT terima semua karya-karyaku Dan karya semua rakan sastra yang bergandingan dengan karyaku Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
0 comments:
Post a Comment