Friday, 13 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (180) - SYAIR DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YBHG DR HAJI AWANG BIN SARIYAN KETUA PENGARAH DBP



SYAIR PENGEMBARA BAHASA


Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
Menggelarkan dirinya Kembara Bahasa;
Bijak berkata indah berbahasa,
Perjuangannya memartabatkan Warisan Bangsa.

Sudah bertahun dia mengembara,
Serata dunia memperkenalkan bahasa;
Warga dunia jatuh cinta dengan bahasa,
Bahasa kebangsaanku indah bila berbahasa.

Ilmu dicurah tak pernah jemu,
Demi kerana memartabatkan bahasa ibundaku;
Kudoakan kejayaan untuk dirimu,
Di mana berada Tuhan bersamamu.

Penat dan lelah tidak dihiraukan,
Asalkan tercapai apa yang diperjuangkan;
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Diminati penghuni dunia dalam kebanggaan.

Pelajarmu ramai di serata dunia,
Mempelajari mereka tanpa berputus asa;
Bahasa ibundamu diminati terasa bangga,
Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa.

Mengenal bahasa ibunda kebanggaanmu,
Warga dunia mengenal juga negaramu;
Dikau mencurahkan ilmu tanpa jemu,
Mereka melancong ke negaramu.

Datang mereka disambut gembira,
Disambut dengan sejambak bahasa;
Bahasa cinta memukau jiwa,
Terpesona mereka Bahasa Jiwa Bangsa.

Datang ke negaramu berbahasa ibunda,
Begitu fasih indah tutur kata;
Teruja rakyat Malaysia mendengarnya,
Apabila mereka berbahasa ibundaku tercinta.

Semasa di negara sendiri mereka mempelajari,
Bahasa ibundaku penuh tekun dipelajari;
Datang melancong ke Malaysia ini,
Jatuh cinta berbangga mempelajari.

Ilmu dituntut rasa dibanggai,
Mempelajari Bahasa Melayu begitu diminati;
Akan diungkap apabila sampai di sini,
Dijadikan kebanggaan kepada negaranya nanti.

Indah sungguh Bahasa Melayuku,
Dipelajari warga dunia tanpa jemu;
Bahasa ibundaku jiwa terpukau,
Siapa mendengar pasti tak jemu.

Terima kasih kepada Kembara Bahasa,
Ilmu dicurah di serata dunia;
Diamalkan mereka bila sampai di Malaysia,
Berbangga rakyat Melaysia tidak terkata.

Budi bahasa indah penenang jiwa,
Mengungkap kata sepenuh rasa;
Terpukau mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya pelbagai kaum bersatu dalam berbahasa.

Indah bahasa seiring keindahan negaraku,
Keindahan alam mereka terpukau;
Menjadi realiti di luar jangkau,
Indah berbahasa mereka terpaku.

Terpaku mereka keindahan Malaysia,
Rakyatnya bersatu dalam berbahasa;
Bahasa kebangsaan dihormati lagi dipuja,
Menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Bertukar-tukar pandangan para tetamu,
Datang ke sini berbahasa Melayu;
Apabila berbahasa bangga tanpa silu,
Ramai yang mendengar rasa terpukau.

Penat lelahmu terbalas sudah,
Namun hatimu tak pernah bermegah;
Kau seorang berhati tabah,
Usahamu jadi realiti Malaysia bermegah.

Ilmumu dicurah tidak pernah kehabisan,
Pulang ke Malaysia teruskan perjuangan;
Azam memartabatkan Bahasa Kebangsaan,
Agar rakyat Malaysia rasa kebanggaan.

Seluruh Malaysia mahu dijelajahi,
Memartabatkan Bahasa Kebangsaan yang dibanggai;
Dibanggai seluruh rakyat Malaysia dicintai,
Membudayakan Bahasa Kebangsaan itu dihajati.

Diberi sokongan oleh semua Pejuang Bahasa,
Tidak kira siapa pun mereka;
Bersatu hati demi Bahasa Ibunda,
Asalkan rakyat berbahasa ibunda tercinta.

Pengembara Bahasa bersama Pejuang Bahasa,
Ingin menjelajahi Jabatan Kerajaan dan Swasta;
Untuk memupuk budaya Bahasa Ibunda,
Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa.

Semua rakyat Malaysia akan berbangga,
Mencintai Bahasa Kebangsaan Kita;
Bila berbahasa penuh bangga,
Warga dunia menghargai kehebatan bahasa kita.

Kembara Bahasa dan Pejuang Bahasa,
Kami penyokong setiamu sentiasa berdoa;
Moga matlamat kalian akan berjaya,
Menjadi kebanggaaan Malaysia dan rakyatnya.

Bahasa kita warisan kita,
Warisan Seni yang perlu dibangga;
Marilah kita membudayakannya,
Pewaris kita turut berbangga.

Sekian sahaja Syair Pengembara Bahasa,
Dipersembahkan untuk Warga Dunia;
Moga gembira dan sentiasa bahagia,
Berbahasa indah rasa tenang di jiwa.

Karya: Putri Rimba Niagara
3 Julai 2012
(SYAIR DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK YBHG. DR. HAJI AWANG BIN SARIYAN
KETUA PENGARAH DBP)
Like · · Unfollow Post · Wednesday at 10:51pm
4 people like this.
(PETIKAN DARIPADA GRUP WALL MEMBACA KARYA PN)
7 Julai 2012
(PETIKAN DARIPADA WALL GRUP BORNEO DALAM CERPEN  INDONESIA MALAYSIA  &  BRUNEI ,  & GRUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA ,GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO &  GRUP MEMBACA KARYA PN & GRUP MELAYU ISLAM BERSATU & GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA & GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA & GRUP MASYARAKAT ADAT MATARAM)
13 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;