Saturday, 14 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (198) - QALAM NENITI SIRAT



  • ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA

    Hidup di Syurga terasa sunyi,
    Sedangkan semuanya ada pasangan;
    Kesunyian Adam Allah memahami
    Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

    Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
    Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
    Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
    Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.

    Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
    Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
    Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
    Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

    Demi cinta Adam kepada Hawa,
    Terpengaruh dengan hasutan iblis;
    Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
    Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

    Setelah sekian lama mereka terpisah,
    Masing-masing tercari-cari;
    Cinta di hati tidak berubah,
    Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

    Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
    Menjadi idola pasangan bahagia;
    Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
    Takdir cinta bahagia selamanya.

    Justeru hargailah cinta Adam,
    Adam pula menghargai cinta Hawa;
    Allah merestui cinta yang terpendam,
    Biarpun dipisahkan angkara alpa.

    Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
    Terima kasih sahabatku:
    Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
    Moga Allah berkati hidup matimu.

    Adam dan Hawa Cinta Idola,'
    Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
    Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
    Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

    KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
    14 Julai 2012
     ·  ·  · 16 hours ago

  • CahayaNya di atas..

    tergerak...
    Qalam meniti Sirat
    terbara dengan bahang unggun
    terlemas dalam ombak telaga
    dan asyik di panah rasa
    dalam dzukNya di sejadah petala
    menyalakan pelita di Mihrab
    tercairlah angan dan mimpi
    aku mahu bersujud di sini
    hatiku mahu di HatiNya
    HatiNya mahu di hatiku
    yang nyalanya dari minyak zaitun
    walau tidak terbakar namun masih menyinar
    dalam terang menjadi terang....
    Cahaya di atas Cahaya...!!

    AwaL
     ·  ·  · July 10 at 11:49am near Kuala Lumpur
    • You and Fatimah Bt Husin Tim like this.
      •  CAHAYA CINTA ILAHI

        Cahaya...
        Hadirlah dikau
        Untuk menyinari di segenap kalbu hati
        Yang gelap kusam murung menyendiri

        Cahaya...
        Terangilah roh dan jasadku
        Terperuk di kawah penjara hati buta
        Bertahun menghukum diri dalam kegelapan
        Berkesendirian rasa kesempurnaan diri
        Maka kupatrikan mata hatiku terbelenggu
        Kaku...bisu...mati kalbu hati

        Cahaya....
        Aku perlukanmu
        Untuk menewaskan
        Segala kebusukan hati
        Kekaratan hati
        Berjelaga buat aku asyik leka pesona dunia
        Dan aku tak mahu begitu
        Menghukum diri selamanya

        Cahaya....
        Hadirmu nanti
        Aku akan keluar
        Dari kawah penjara hati buta
        Hati beku mati hati muram
        Kerana bila kesemua kebusukan hati
        Telah berjaya kukikiskan
        CAHAYA ATAS CAHAYA
        Bertahta di hati
        Cahaya yang dinanti
        Cahaya mengundang
        Rindu dan Cinta...
        Hanya yang dicintai
        Allah Robbul Idzatii
        Itulah Cahaya CINTA ILAHI
        CAHAYA ATAS CAHAYA
        Cahaya yang membawa ke Syurga-Nya.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

  • tiba tiba..!

    getir ..petir
    timbus hanguskan
    gerak selainNya terlintas
    dalam nafasku
    ada suara lena terlalai
    busarkan busurmu di istana hitam
    tempat duduknya makam keduaan
    singgahsana satu tiba tiba terbelah dua
    hingga mata Fuadku keliru
    yang membuat mata Kalbuku tersamar
    dan dalam detik sedetik
    tiba-tiba ada titis Cinta ... ada titis Rindu...!!
    Anugerahkah...atau hanya mimpi fatamorgana..??

    AwaL
     ·  ·  · July 10 at 12:06pm near Kuala Lumpur
    • You and Fatimah Bt Husin Tim like this.
      • TITIS CINTA TITIS RINDU BAWA KE SYURGA

        tiba-tiba ada titis Cinta ....ada titis Rindu ....!!!
        Anugerakah....atau hanya mimpi fatamorgana?

        Titis Cinta itu adalah anugerah
        Titis Rindu juga adalah anugerah
        Bukan mimpi fatamorgana

        Kerana Cinta itu sakral
        Kerana Rindu itu abadi

        Robbul Idzatii Pengurnia Cinta
        Robbul Idzatii Pengurnia Rindu

        Saling cinta menyintai kerana-Nya
        Untuk sama-sama menyintai dan merindui-Nya...
        Di sebilang masa dan di setiap waktu

        Di mana mana ada
        Cinta....Cinta...Cinta...
        Rindu....Rindu...Rindu...
        Cinta dan Rindu hanya untuk Allah Robbul Idzatii

        Itulah titis Cinta dan itulah titis Rindu ...
        Anugerah yang patut disyukuri dalam iman
        Titis Cinta...Titis Rindu bawa ke Syurga

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012
        18 hours ago ·  · 1ptions

  • Ayat pembukaan

    di mana asyik....
    di dalam masyikNya aku tenggelam
    BatinKu memerhati Zahirku
    AwalKu mendakap AkhirKu
    mencari dicari
    dan puji memuji
    dan bisik berbisik
    antara bumi dan langit
    ada petala tempat makam bertahta
    di situ ada Bulan bersabda
    tempat saksi bersaksi
    tempat Rahsia menyatakan Rahsia.....
    Alhamdu....di situ Ayat Pembukaan di suratkan....!!

    AwaL
     ·  ·  · July 11 at 9:00pm near Kuala Lumpur
    • You and Fatimah Bt Husin Tim like this.
      • IMAN DISINARI 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI

        di situ ada bulan bersabda
        puji memuji
        bisik berbisik
        antara bumi dan langit

        memahami bahasa alam
        akan bahagialah iman yang kudus
        iman disinari 7 petala langit 7 petala bumi
        adalah petala tempat makam iman bertahta
        Alhamdulillah di situ kebahagiaan yang hakiki

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012
        19 hours ago ·  · 1
        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)
        15 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;