ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA
Hidup di Syurga terasa sunyi,
Sedangkan semuanya ada pasangan;
Kesunyian Adam Allah memahami
Dijadikan Hawa sebagai pasangan.
Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.
Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.
Demi cinta Adam kepada Hawa,
Terpengaruh dengan hasutan iblis;
Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.
Setelah sekian lama mereka terpisah,
Masing-masing tercari-cari;
Cinta di hati tidak berubah,
Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.
Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
Menjadi idola pasangan bahagia;
Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
Takdir cinta bahagia selamanya.
Justeru hargailah cinta Adam,
Adam pula menghargai cinta Hawa;
Allah merestui cinta yang terpendam,
Biarpun dipisahkan angkara alpa.
Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
Terima kasih sahabatku:
Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
Moga Allah berkati hidup matimu.
Adam dan Hawa Cinta Idola,'
Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012ITULAH ROH YANG BERARTI TIKA BERHIDUP DI DUNIA
hidup ini memberi erti
bagi mereka yang mahu mengerti
adanya alam roh
kerana adanya rohlah kita hidup
kerana roh juga hidup kita berarti
bila sudah mati
kerana roh tiada di jasad
di hari mati
jasad kaku sudah tak berarti
cuma seonggok daging
yang dibungkus dengan kain kapan
masuk ke kubur
bakal menjadi habuan ula-ulat kubur
hancur lebur segala jasad yang dibanggakan tika di dunia
malangnya nasib si jasad yang sombong lagi angkuh
tika diberi peluang hidup tak memahami arti alam roh
yang untung
roh suci lagi berarti di Sisi Tuhan
menikmati alam Syurga tanpa nokhtah
itulah roh yang berarti tika berhidup di dunia
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012- OLDER POSTS
CAHAYA CINTA ILAHI
Cahaya...
Hadirlah dikau
Untuk menyinari di segenap kalbu hati
Yang gelap kusam murung menyendiri
Cahaya...
Terangilah roh dan jasadku
Terperuk di kawah penjara hati buta
Bertahun menghukum diri dalam kegelapan
Berkesendirian rasa kesempurnaan diri
Maka kupatrikan mata hatiku terbelenggu
Kaku...bisu...mati kalbu hati
Cahaya....
Aku perlukanmu
Untuk menewaskan
Segala kebusukan hati
Kekaratan hati
Berjelaga buat aku asyik leka pesona dunia
Dan aku tak mahu begitu
Menghukum diri selamanya
Cahaya....
Hadirmu nanti
Aku akan keluar
Dari kawah penjara hati buta
Hati beku mati hati muram
Kerana bila kesemua kebusukan hati
Telah berjaya kukikiskan
CAHAYA ATAS CAHAYA
Bertahta di hati
Cahaya yang dinanti
Cahaya mengundang
Rindu dan Cinta...
Hanya yang dicintai
Allah Robbul Idzatii
Itulah Cahaya CINTA ILAHI
CAHAYA ATAS CAHAYA
Cahaya yang membawa ke Syurga-Nya.
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012MARHABAN YA RAMADHAN
aku di sini mengHakikatkan Ramadhan
untuk kulontarkan sauh keEgoan
yang telah sebati dalam roh dan jasadku
kuhanyutkan keEgoan di ombak seroja
biar berdenting pedang di Uhud
menebas mati segala keEgoanku
barulah aman roh dan jasadku
Bila keegoaan sudah mati di kalbu
Marhaban Ya Ramadhan
Kutunggumu penuh rindu
Iman yang kudus kubalut lilit kelaparan
Dan tak akan kubiarkan
Marhaban Ya Kebisuan...
Marhaban Ya keSendirian
Marhaban Ya Ramadhan
aku di sini mengHakikatkan Ramadhan
moga Piala Lailatul Qadar berjaya kuraih
syukur 80 tahun amalan memberi makna
dunia akhiratku
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin
KARYA PURI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012IMAN DISINARI 7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI
di situ ada bulan bersabda
puji memuji
bisik berbisik
antara bumi dan langit
memahami bahasa alam
akan bahagialah iman yang kudus
iman disinari 7 petala langit 7 petala bumi
adalah petala tempat makam iman bertahta
Alhamdulillah di situ kebahagiaan yang hakiki
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012HAMPARAN PERMAIDANI SYURGA
ada suara memanggil
itu adalah suara akhirat
yang mahu kau pulang ke pangkal jalan
biar terbersih segala lumpur dan debu di kalbu
yang selama ini dipenuhi awan menghitam
mengaburi mata bathin imanmu
roh sucimu pasti tersenyum
bersyukur kembarnya telah
berpulang ke jalan-jalan
mensucikan roh dan jasad
malaikat mengaminkan doamu
pabila malaikat mengaminkan doa
Robbul Idzatii memakbulkan doa
SUBHANALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHU AKHBAR
Hamparan Permaidani Syurga
Terbentang untuk menjemputmu ke Syurga-Nya
Sungguh kau terpesona indah-Nya Syurga
Kerana bauan wangian ke Syurga
Sudah membuatkan kau
Teruja untuk bersegera ke Syurga
Tanpa memperdulikan pesona dunia yang menipu
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012CINTA LAILA MAJNUN HINGGA DI SYURGA
Jika mabukmu dengan anggur Laila...
Dzat Yang Maha Suci telah meresap
Di bathin imanmu
Tiada lagi pesona dunia yang kau fikirkan di benakmu
Melainkan Dzat Ilahi kau bawa hingga ke lafaz terakhir kalammu
Dan cinta Laila -Majnun di dunia
Terpatri cinta Laila-Majnun di Syurga
Insya-Allah Aamiin
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012TERIMA KASIH TUHAN KERANA KURNIAKAN AKU CINTA
Terima kasih sebakul bunga cintamu
Wanginya meresap ke kalbu
Aku tersipu malu
Kerana aku terharu
Kau menyayangiku sepenuh jiwamu
Tak jemu mencintaiku
Sehingga akhir hayatmu
Terima kasih Tuhan kerana kurniakan cinta untukku
Yang mencintaiku kerana-Mu.
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012TITIS CINTA TITIS RINDU BAWA KE SYURGA
tiba-tiba ada titis Cinta ....ada titis Rindu ....!!!
Anugerakah....atau hanya mimpi fatamorgana?
Titis Cinta itu adalah anugerah
Titis Rindu juga adalah anugerah
Bukan mimpi fatamorgana
Kerana Cinta itu sakral
Kerana Rindu itu abadi
Robbul Idzatii Pengurnia Cinta
Robbul Idzatii Pengurnia Rindu
Saling cinta menyintai kerana-Nya
Untuk sama-sama menyintai dan merindui-Nya...
Di sebilang masa dan di setiap waktu
Di mana mana ada
Cinta....Cinta...Cinta...
Rindu....Rindu...Rindu...
Cinta dan Rindu hanya untuk Allah Robbul Idzatii
Itulah titis Cinta dan itulah titis Rindu ...
Anugerah yang patut disyukuri dalam iman
Titis Cinta...Titis Rindu bawa ke Syurga
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012SEBAKUL BUNGA CINTA DAN RINDU BUATMU DINDA
Selamat makan ubat
Semoga segera sembuh dinda...
Kini cinta dan rinduku
Kukirimkan di angin lalu
Dengan mengirimkan
Sebakul bunga cinta dan rindu
Sebagai mohon kemaafan
Percayalah kita takkan berpisah
Kerana aku rindu dan cinta padamu
Sungguh...sungguh rindukanmu dan cintakan mu dinda...
PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012CINTAKU CINTAMU BERADA DALAM BARA GELOMBANG OMBAK MENGGANAS!
Setelah luahan hati kanda ini...
Tidurlah mu dengan senyenyaknya sayang...
Moga tidurmu lena dalam senyum
Senyummu senyumku
Jangan dibiarkan diheret ombak rindu
Dan dibawa ke tengah lautan
Gelombang yang membara-bara
Seolah cinta kau dan aku
BERADA DIDALAM BARA GELOMBANG OMBAK MENGGANAS-GANAS...
Tak tega aku begitu dinda...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012CINTA DAN RINDU PADAMU TIADA PENGHUJUNGNYA
Kalau cinta dan rindu kenapa
Sepikan semua karya kanda
Tahukah kau rakan fb kanda
Terlalu terhad
Mereka yang sejujur dan ikhlas
Yang tak jemu memberi sokongan pada
Dunia kanda...dunia karya...
Kerana mereka sebigtulah
Makanya kanda mahu
Menjadi rakan fb
Sehati sejiwa dengan kanda
Harap kau faham jiwa kanda ini
Jangan diambil hati pada kanda
Jika berpisah bukan kita tak sayang dan rindu lagi
Tapi keadaan kanda terlalu
Inginkan cuma yang memahami
Dengan dunia kanda...
Maafkan kanda ye...
Sekali tangan berjabat
Tersimpul mati selamanya
Harap dinda sentiasa maafkan kanda dan mengerti
Keadaan kanda...
Percayalah sampai kapan pun kanda
Cinta dan rindu padamu
Tiada penghujungnya...sayang...
Sayang dalam kemaafan agar kau memahami daku...
KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
14 Julai 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment