Sunday, 8 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (129) - RINDUKU DI SEBALIK HATIMU


  • SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

    Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
    Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
    Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
    Berteduh di Negara Brunei dengan
    Rasa aman dan damai untuk meneruskan
    Perjuangan kehidupan yang sementara ini
    Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
    Yang ada nilaian di Sisi-Nya
    Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

    Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
    Putri Rimba Niagara
    Istana Rimba Niagara
    Malaysia /Indonesia
    8 Julai 2012
     ·  ·  · about an hour ago

  • waaaa,.,., di grup ini bertebar puisi penulis senior. Bagus-bagus pula!
     ·  ·  · 2 hours ago

    • You like this.

      waaaa,.,., di grup ini bertebar puisi penulis senior. Bagus-bagus pula!
       ·  ·  · 3 hours ago

  • Asmi Ri Zani created a doc.


     ·  ·  · 2 hours ago

    • You like this.

      • MAKANYA LAYAKLAH KAU BERJALAN LURUS

        Duhai anak muda...
        Kulihat kulitmu tegang
        Kayaknya kau seorang putra diRaja
        Yang berkata menggunakan akal dan minda
        Cumanya perlu dirawat selalu
        Agar akalmu dapat membendung kejahilanmu
        Berkata jangan ikut hati
        Perlu berhati-hati

        Lembaran lusuhku kau baca
        Kau hayati penuh penghayatan
        Makanya layaklah kau berjalan lurus
        Di saat gelap menyelubungi hatimu

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        8 Julai 2012

        9 minutes ago · 
  • MERINDU

    Kasih, adakah kata-kata
    yang mampu meredam
    rasa nyeri?

    beriburibu rindu tak tertuju
    beriburibu cinta tak bertahta
    jalan luka semakin nganga

    lagilagi rindu tak berbalas
    lagilagi rindu tak beralas

    dan lagi, hanya sepi
    mewakilimu

    di penghujung senja, 7 juli 2012
    Sanggar satoeempatsatoe Cempedak Tangerang
     ·  ·  · 4 hours ago

    • You and Asmi Ri Zani like this.

      • Rabeah Mohd Ali MEMBALAS RINDU DALAM SEPI

        Kasih...
        Sepiku bukan aku menyepikan rindumu
        Aku muhasabah diriku
        Adakah layak aku mencintaimu yang setia

        Lagi kufikir lagi kurindu
        Biarpun kau tak tahu
        Rinduku menggunung-gunung
        Cumanya ku tak terdaya meluahkan padamu
        Kutakut halilintar datang bertalu-talu kepadamu
        Makanya biarlah kusepikan rindu ini
        Demi kebahagiaanmu kasih...
        Biarlah tanpa aksara

        Dan aku bahagia melihat kau tenang
        Bersama teman-temanmu
        Berkaryalah semahumu
        Aku sentiasa mendoakanmu

        Jika kau rindu padaku
        Pandanglah bulan
        Aku ada di sebalik bulan
        Di sebalik hatimu
        Tentu kau dapat rasa
        Apa yang ku rasa kasih...

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        8 Julai 2012

        about a minute ago ·




          • Anak kucing dilempar jeruk nipis
            Mengauang sambil cepat berlari
            Makin kupandang adik semakin manis
            Membuat rasa tambah di hati

            Ke Surabaya naik kereta
            Kereta cepat agrolawu namanya
            Gila hatiku tambah terasa
            Karna dikau adinda yang cantik jelita

            Crmh, pantun kasmaran, sedang belajar pantun
             ·  ·  · 6 hours ago

            • You and 3 others like this.

              • Rabeah Mohd Ali HATI TERPAUT BUKAN KARNA KAYA

                Duhai abang manis berkata,
                Buat hatiku rasa terhibur;
                Kalau begitu bagai dikata,
                Kesetiaanmu dapat diukur.

                Dari Malaysia ke Surabaya,
                Bertemu abang yang lama dirindu;
                Hati terpaut bukan karna abang kaya,
                Keimananmu membuatkan hatku syahdu.

                KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
                8 Julai 2012


              • sajak pendik untuk semua
                satu perkataan tapi membawa maksud yang berlainan

                HATI

                buah hati kekasih orang

                makan hati merana badan

                hati ayam sedap buat santapan

                NK.....pena mutiara
                Kulaijaya
                 ·  ·  · 6 hours ago

                • You and 2 others like this.

                  • Rabeah Mohd Ali REMUK REDAM

                    buah hati bagaikan purnama
                    makin kupandang makin berseri-seri
                    itu cinta pandang pertama
                    jika itu sudah tersurat diterima dalam hati yang redha

                    PUTRI RIMBA NIAGARA
                    8 Julai 2012

                    2 seconds ago ·



                      • this.


                    • PONDOK USANG

                      Pondok usang
                      sebuah rumah yang dhaif
                      di tepi sebuah jalan
                      milik seorang tua
                      yang hidup menyendiri
                      kini telah tiada lagi
                      setiap petang duduk santai
                      di pentaran rumahnya
                      dan kini ia telah sepi
                      meski di lamannya
                      bisingnya deruman kenderaan
                      dan riuhnya sorak sorai
                      kanak-kanak bermain
                      namun dalam sebuah kenangan
                      ia seolah-olah sunyi
                      yang tersandung pada mata hati
                      kerana ketahuilah bahawa pemiliknya
                      pemilik pondok usang yang dhaif
                      sorang tua yang hidupnya
                      menyendiri tanpa purih
                      tiada penyambung zuriat
                      sesungguhnya ia kini telah tiada

                      07072012
                       ·  ·  · 7 hours ago

                      • You and 5 others like this.

                        • Rabeah Mohd Ali sesungguhnya ia kini telah tiada
                          namun sejarah tidak pernah
                          melupakannya bahawa
                          dia pernah hidup di muka bumi ini.

                          2 seconds ago
                    KATAKATA

                    katakata bukan segalanya
                    dalam cinta

                    katakata serupa rindu
                    dalam lalu

                    2012
                     ·  ·  · Yesterday at 12:03pm




                    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
                     8 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;