Saturday, 14 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (194) - TERIMA KASIH TUHAN KERANA KURNIAKAN AKU CINTA


  • Duhai dinda lautan itu seluasnya ...mana bisa mungkin dinda dapat mencarinya....sedangkan si kunta si kunte pun mati tika mencarinya makanyanya biarlah mahkota itu hilang daripada anak panah saktimu hilang...anak panah saktimu itu biarlah hanya ditugaskan untuk membantu rakyat jelatamu dan kerana mahkota itu hilang makanya hari Pertabalanku menjadi Ratu Rimba ditunda atau dibatalkan...mungkin kanda tidak layak menjadi Ratu Rimba Niagara...apapun kanda bersyukur kerana setidaknya kanda telah merasai kasih sayang setulus hati daripada pesuruhku yang rela pertaruhkan nyawa demi kebahagiaanku.
     ·  · 5 hours ago · 


  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • You like this.

      • BUKAN ANGAN-ANGAN ATAU FANTASI

        Bunga Kastuba

        Seperti ketika ku melihat kastuba, bunga kastuba merah terang dipuncak masa ia berbunga
        Tak percis dengan warna kesukaanmu merah bata
        Tapi cukup membawa ingatanku ke suatu masa
        Pada satu ketika entah angin apa yang mempertemukan kita
        Setelah basa-basi biasa kau pun bertanya
        Apa aku bahagia...?? dan sejurus ku merenung 'apa aku bahagia..?'
        Aku bahagia seperti air yang mengalir di tengah hutan rimba
        Tiada lara penuh suka cita
        Menerima segala yg ada
        Mesti semua tak lagi sama
        Tapi aku hidup bahagia...

        By: Nizman Ahmad.
        14 Juli 2012

        JADI REALITI DENGAN IZIN-NYA JUA

        Ye aku bahagia
        Hidup di Rimba Niagara ini
        Kerana semua menyayangi aku
        Setulus hati kerana-Nya.
        Inilah kasih yang kudambakan
        Yang menjadi igauanku
        Kini bukan angan-angan atau fantasi
        Tapi adalah realiti dengan izin-Nya jua
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012


  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • You like this.

      • ADAM DAN HAWA CINTA IDOLA

        Hidup di Syurga terasa sunyi,
        Sedangkan semuanya ada pasangan;
        Kesunyian Adam Allah memahami
        Dijadikan Hawa sebagai pasangan.

        Bersyukur Adam Allah memahami keperluannya,
        Mendapat cinta dan kasih sayang seorang wanita;
        Hawa cantik rupawan seindah budi bahasanya,
        Patutlah Allah jadikan Hawa ibu mithali segala manusia.

        Adam dan Hawa tinggal di Syurga,
        Memadu cinta dan kasih sayang sejati;
        Wangian Syurga sewangi wangian cinta,
        Mereka bersyukur Kebesaran Allah yang dicintai.

        Demi cinta Adam kepada Hawa,
        Terpengaruh dengan hasutan iblis;
        Dituruti kehendak Hawa memakan buah larangan di Syurga,
        Lalu terpisahlah mereka di bumi sukanya iblis.

        Setelah sekian lama mereka terpisah,
        Masing-masing tercari-cari;
        Cinta di hati tidak berubah,
        Di Jabbar Rahmah pertemuaan dua hati.

        Kisah cinta sejoli Adam dan Hawa,
        Menjadi idola pasangan bahagia;
        Bersyukur dalam sujud kepada yang Esa,
        Takdir cinta bahagia selamanya.

        Justeru hargailah cinta Adam,
        Adam pula menghargai cinta Hawa;
        Allah merestui cinta yang terpendam,
        Biarpun dipisahkan angkara alpa.

        Cinta Adam dan Hawa mengusik kalbu,
        Terima kasih sahabatku:
        Kata-katamu mencetuskan ilhamku,
        Moga Allah berkati hidup matimu.

        Adam dan Hawa Cinta Idola,'
        Menjadi idola bagi pasangan yang ingin bahagia;
        Bahagia di dunia dan di akhirat juga,
        Allah restui cinta dua insan abadi selamaNya.

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • You like this.

      • CINTA DAN RINDU HANYALAH UNTUK
        PENCIPTA CINTA DAN RINDU YAKINLAH
        DENGAN SIFATNYA YANG MAHA PENGASIH
        LAGI MAHA PENYAYANG

        Demikianlah hujung sebuah lagenda yang belum berakhir dan terakhir maka bernyanyilah sipungguk melangui bulan dengan suara yang mendayu-dayu dalam sebuah simfoni melodi lagu rindu yang teramat sayu dan begitu syahdu bila kiranya ia dapat menggapai bulan jauh tinggi di awan...

        Sebuah kisah cinta lagenda abad ke- 21 sudah pun berakhir
        namun si pungguk tetap melagukan simfoni melodi lagu rindu
        teramat sayu mendayu-dayu rindukan rang bulan nun di sana

        Simfoni melodi lagu rindu sang pungguk di dengari rang bulan
        mereka berdua mendayu-dayu saling bersahutan puisi pilu
        tapi apakan daya dipisahkan angkara dendam
        sebuah rindu tak terbalas rindu maka sama-sama terdera rindu
        luka dilukai derita ditanggung akibat terlerai kasih dan rindu
        hanya ombak rindu menjadi saksi ikrar cinta
        yang menambah luka berdarah parah bernanah membarah
        sungguh simfoni kasih lagu rindu sang pungguk
        hanya tinggal melodi lagu rindu dalam cinta cuma ilusi dalam mimpi

        Janji-Nya tetap pasti
        Hidup ini bukan hanya untuk cinta yang tak pasti
        Asyik merindu rang bulan tak dibalas cinta dan rindu

        Cinta dan rindu yang pasti dibalas
        Dan abadi selama-Nya
        Cinta dan rindu hanyalah untuk
        Pencipta Cinta dan Rindu...
        SUBHANALLAH bahagia
        Kalbu roh dan jasad
        Cinta didunia keasyikan tanpa jemu
        Cinta di Akhirat keterujaan memiliki cinta-Nya
        Syukur di sejadah cinta
        Dalam linangan air mata syahdu
        Kekasih yang kupuja membalas cintaku
        Biarpun mereka tak tahu
        Tapi hati nurani dapat merasakan
        DIA membalas cintaku
        Dalam doaku
        Hanyalah mengharapkan cinta dan redha-Nya
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • Laksamana Mas and Ahmad Tajuddin like this.

      • CINTA DI PERDU RINDU

        Kalau cinta kenapa hatiku kau lukai
        Kalau kasih kenapa hati bicara tak seiring kata-kata

        Apalah maknanya cinta dan kasih
        Tapi disakiti dan disepikan

        Dan biarlah derita cintaku ini
        Senasib si pungguk rindukan bulan
        Tak jemu-jemu merindukan bulan
        Tapi bulan terus membisu dalam sepi
        Wajarkah aku terima cinta terluka
        Setelah kesetiaanmu melafazkan janji
        Cumalah kepalsuan...

        Aku rela berputus cinta denganmu
        Daripada aku putus cinta dengan Allah Robbul Idzatii

        Perpisahan ini kau yang pinta
        Kerana kau akui sendiri kau sudah bahagia
        Di samping dia yang kau cinta...

        Dan demi kebahagiaanmu itu
        Biarlah aku undur diri
        Dari terus-terusan melukakan
        Hatimu hatiku

        Dan aku mendoakan
        Kebahagian untukmu

        Apapun kuucapkan terima kasih
        Kerana sudi singgah
        Di laman cintaku
        Dan cinta di antara kau dan aku itu
        Kubingkaikan menjadi
        Novel Cinta ...
        Yang Syahdu Di Perdu Rindu
        Cinta Terluka
        Si Pungguk Rindukan Bulan
        Seumur hidup kau dan aku

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        10 Julai 2012
        Like · · Unfollow Post · July 10 at 7:57am
        Mata Hari likes this.
        (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI LOVERS)
        14 Julai 2012


  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • You like this.

      • ERIMA KASIH TUHAN KERANA KURNIAKAN AKU CINTA

        Terima kasih sebakul bunga cintamu
        Wanginya meresap ke kalbu
        Aku tersipu malu
        Kerana aku terharu
        Kau menyayangiku sepenuh jiwamu
        Tak jemu mencintaiku
        Sehingga akhir hayatmu
        Terima kasih Tuhan kerana kurniakan cinta untukku
        Yang mencintaiku kerana-Mu.

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • Laksamana Mas likes this.

      • TITIS CINTA TITIS RINDU BAWA KE SYURGA

        tiba-tiba ada titis Cinta ....ada titis Rindu ....!!!
        Anugerakah....atau hanya mimpi fatamorgana?

        Titis Cinta itu adalah anugerah
        Titis Rindu juga adalah anugerah
        Bukan mimpi fatamorgana

        Kerana Cinta itu sakral
        Kerana Rindu itu abadi

        Robbul Idzatii Pengurnia Cinta
        Robbul Idzatii Pengurnia Rindu

        Saling cinta menyintai kerana-Nya
        Untuk sama-sama menyintai dan merindui-Nya...
        Di sebilang masa dan di setiap waktu

        Di mana mana ada
        Cinta....Cinta...Cinta...
        Rindu....Rindu...Rindu...
        Cinta dan Rindu hanya untuk Allah Robbul Idzatii

        Itulah titis Cinta dan itulah titis Rindu ...
        Anugerah yang patut disyukuri dalam iman
        Titis Cinta...Titis Rindu bawa ke Syurga

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

        4 hours ago · 

      • SEBAKUL BUNGA CINTA DAN RINDU BUATMU DINDA

        Selamat makan ubat
        Semoga segera sembuh dinda...
        Kini cinta dan rinduku
        Kukirimkan di angin lalu
        Dengan mengirimkan
        Sebakul bunga cinta dan rindu
        Sebagai mohon kemaafan
        Percayalah kita takkan berpisah
        Kerana aku rindu dan cinta padamu
        Sungguh...sungguh rindukanmu dan cintakan mu dinda...

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012


  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • Laksamana Mas and Ahmad Tajuddin like this.

      • CINTAKU CINTAMU BERADA DALAM BARA GELOMBANG OMBAK MENGGANAS!

        Setelah luahan hati kanda ini...
        Tidurlah mu dengan senyenyaknya sayang...
        Moga tidurmu lena dalam senyum
        Senyummu senyumku
        Jangan dibiarkan diheret ombak rindu
        Dan dibawa ke tengah lautan
        Gelombang yang membara-bara
        Seolah cinta kau dan aku
        BERADA DIDALAM BARA GELOMBANG OMBAK MENGGANAS-GANAS...
        Tak tega aku begitu dinda...

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012


  • Putri Rimba Niagara shared Pelangi Indah's photo.
     ·  ·  · 6 hours ago · 


    • Laksamana Mas likes this.

      • CINTA DAN RINDU PADAMU TIADA PENGHUJUNGNYA

        Kalau cinta dan rindu kenapa
        Sepikan semua karya dinda
        Tahukah kanda rakan fb dinda
        Terlalu terhad
        Mereka yang sejujur dan ikhlas
        Yang tak jemu memberi sokongan pada
        Dunia dinda...dunia karya...
        Kerana mereka sebigtulah
        Makanya dinda mahu
        Menjadi rakan fb kanda
        Sehati sejiwa dengan kanda
        Harap kanda faham jiwa dinda ini
        Jangan diambil hati pada dinda
        Jika berpisah bukan dinda tak sayang dan rindu lagi
        Tapi keadaan dinda terlalu
        Inginkan cuma yang memahami
        Dengan dunia dinda...
        Maafkan dinda ye...
        Sekali tangan berjabat
        Tersimpul mati selamanya
        Harap kanda sentiasa maafkan dinda dan mengerti
        Keadaan dinda...
        Percayalah sampai kapan pun dinda
        Cinta dan rindu pada kanda
        Tiada penghujungnya...sayang...
        Sayang dalam kemaafan agar kanda memahami daku...

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        14 Julai 2012

        4 hours ago · 


        (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
        14 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;