Friday, 13 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (179) - KAMI RAKYAT & KERAJAAN MALAYSIA MENYANJUNGI JASAMU PROFESOR WU ZONG YU




    • PROFESOR WU ZONG YU

      Profesor Wu Zong Yu...
      Biarpun aku tak mengenalimu
      Dan baru pertama kali mengenalimu di sini
      Hatiku rasa terharu! Penuh syahdu!
      Tak sangka aku...ada juga wujud insan sepertimu
      Yang bukan warganegaraku...
      Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Negaramu dengan rasa bangga tanpa rasa jemu Tanpa berputus asas

      Kau memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku
      Sejak dari usia remaja hingga ke usia emas
      Terkedu aku! Terharu sangat-sangat!
      Dari mana semangatmu itu datang aku pun tak tahu...
      Kenapa kau terlalu meminati lalu sanggup menghabiskan usiamu
      Memperjuangkan Bahasa Kebangsaan Negaraku,
      Aku pun tak tahu...
      Siapa yang menyokong perjuanganmu
      Aku pun tak tahu..

      Yang aku tahu...
      Kau adalah pejuang Bahasa Kebangsaan Negaraku
      Kau berkorban masa ....tenaga...dan segalanya untuk Memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negaraku...

      Kau tak pernah sekali mengeluh penat atau letih
      Kau terus dan terus dengan semangat kentalmu
      Memperluaskan Bahasa Kebangsaan Negaraku di Beijing China
      Sehinggakan ramai rakyat negaramu yang meminati Dan jatuh cinta pada Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Negaraku
      Mereka belajar bersungguh-sungguh setiap apa yang Kau ajar
      Sehingga mahir mereka bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu
      Kau akan bangga bila mereka pandai berbahasa indah
      Menyusun kata-kata indah bila berkata
      Itulah hadiah dari mereka untukmu sebagai pengajar Bahasa Melayu

      Duhai Profesor Wu Zong Yu yang baik budi...
      Jasa dan budimu memartabatkan Bahasa Kebangsaan Negara kami
      Amat kami hargai dan sanjungi!
      Kami terharu dalam penuh syukur

      Semangatmu memperjuangkan Bahasa Melayu ingin Kami contohi
      Kaulah idola kami di Malaysia ini!
      Terima kasih Profesor Wu Zong Yu
      Sekalung tahniah daripada kami
      Atas Pengkurniaan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan

      Moga usahamu memartabatkan Bahasa Melayu tetap
      Utuh takkan luntur hingga ke akhir hayatmu
      Kalau kau boleh! Kami pun boleh!

      Budi dan jasamu sentiasa tersanjung dan sentiasa Mewangi di hati kami biarpun kau telah tiada nanti!

      Terima kasih untuk segala pengorbanan ikhlasmu itu
      Kaulah di antara Pejuang Bahasa Melayu yang Kukagumi
      Sekalung tahniah dariku untukmu duhai Pejuang Bahasa Melayu
      Profesor Wu Zong Yu!

      Karya Putri Rimba Niagara
      3 Oktober 2011
      (Terima Kasih Kepada Prof. Kembara Bahasa Kerana mu Tercetusnya Ilham Puisi ini)
      PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA
      7 Julai 2012
       ·  ·  · July 7 at 8:09pm

      • Tengku Zubir likes this.
      • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP BORNEO DALAM CERPEN  INDONESIA MALAYSIA  &  BRUNEI ,  & GRUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA ,GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO &  GRUP MEMBACA KARYA PN & GRUP MELAYU ISLAM BERSATU & GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA & GRUP PAGUYUBAN KELUARGA PAHLAWAN INDONESIA & GRUP MASYARAKAT ADAT MATARAM)
        13 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;