Wednesday 11 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU ( 158) - MOGA ALLAH ROBBUL IDZATII MELINDUNGI TUANKU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT ALLAHU AKHBAR 21 KALI



    • shared Zubair As-Sabah II's photo.
      BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

      Assalamu 'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

      BAHAYANYA BERBURUK SANGKA
      ...
       ·  ·  · 22 minutes ago · 
    • Rabeah Mohd Ali shared Produk Herba Online's photo.
      KLIK N SHARE
       ·  ·  · 23 minutes ago · 
    • Putri Rimba Niagara shared Tg Hamzah Pkrjk's photo.
      created with piZap photo editor http://apps.facebook.com/piZap_editor/
       ·  ·  ·  · 24 minutes ago · 
      • You like this.
        • BALASLAH KASIH SAYANGNYA DENGAN RAHMAT KASIHMU

          Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan
          Seorang hamba yang benar zuhud
          Mengutamakan rakyat lebih daripada
          Kepentingan sendiri
          Segala masalah rakyat ingin dibantu
          Sedaya mampu
          Masalah rakyat masalah baginda juga
          Hari-hari yang difikirkan
          Rakyat...rakyat...rakyat...
          Hidup baginda sepi tanpa rakyat
          Kasih sayang baginda pada rakyat
          Tidak berbelah bahagi
          Duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
          Hinggakan rakyat tidak merasakan
          Yang berada di sisi mereka seorang raja
          Yang berkuasa memerintah seluruh negeri Kelantan
          Namun apabila berbicara dengan baginda
          Masih menjaga adap
          Berbicara bahasa istana penuh sopan
          Hinggakan seluruh rakyat Kelantan
          Berasa amat terharu dengan
          Sikap rendah diri raja mereka
          Pada baginda
          Apalah ertinya pangkat
          Jika pangkat itu tidak memberi
          Apa makna kepada rakyat
          Dan baginda amat takut
          Apabila tanggungjawabnya
          Sebagai seorang raja akan
          Dipertanggungjawabkan
          Di akhirat kelak
          Apa yang hendak
          Dijawabkan nanti jika
          Baginda lalai dengan tanggungjawabnya
          Pada rakyat Kelantan

          Ya Allah...
          Kau Maha Penyayang
          Kau Maha Memahami Isi Hati
          Kau pandanglah kasih sayang raja kami ini
          Kau balaslah kasih sayangnya pada kami
          Dengan rahmat kasihMu
          Dan balaskanlah dengan balasan Syurga
          Dan kami jua mahu bersamanya
          Menikmati SyurgaMu
          Penuh kasih sayang
          Berkat ikhlasnya hidup berkasih sayang
          KeranaMu tika di dunia
          Aamin Ya Rabbal A'Lamin

          KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
          11 Julai 2012
    • Putri Rimba Niagara shared Tg Hamzah Pkrjk's photo.
      Senbah Tahniah daripada NYDP Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan. Dirgahayu Tuanku Sultan Muhammad v dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong Malaysia semoga Allah melindungi Tuanku Didunia dan Diakhirat. Allahu Akbar 21 kali.
       ·  ·  · 24 minutes ago · 
      • You like this.
        • PANTUN PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-14
          SULTAN ABDUL HALIM MUA'DZAM SHAH

          Sekalung tahniah di atas pertabalan,
          Sultan Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong;
          Rakyat 1Malaysia meraikan penuh kesyukuran,
          Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong.

          Yang di-Petuan Agong ke-14 berjiwa rakyat,
          Sayangkan rakyat melebihi diri sendiri;
          Budi baik baginda sentiasa di hati rakyat,
          Moga Tuanku dilanjutkan usia dan diRedhai.

          Masalah rakyat masalah baginda juga,
          Baginda fikirkan hingga tak lena beradu;
          Pertahankan negara dan rakyat hingga ke akhirnya,
          Pengorbanan Tuanku membuatkan rakyat terharu.

          Berat sungguh hendak melepaskan,
          Kerana negara dilepaskan juga;
          Sultan Kedah yang budiman,
          Moga 1Malaysia sentiasa sentosa.

          Rakyat sentiasa menjunjung kasih,
          Ke bawah Duli Yang di-Pertuan Agong,
          Rakyat sentiasa berterima kasih,
          Bersyukur kepada Allah Yang Maha Agong.

          Agong kami Raja yang penyayang,
          Sayangkan rakyat sayangkan negara;
          Mahukan rakyat bersatupadu dalam kasih sayang,
          Saling bantu membantu demi negara tercinta.

          Raja dan rakyat berpisah tiada,
          Sehati sejiwa mempertahankan negara;
          Rakyat 1Malaysia mempertahankan institusi di-Raja,
          Raja-Raja sentiasa di hati rakyat Malaysia tercinta.

          Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

          Karya Putri Rimba Niagara
          13 Disember 2011
          (Bersempena Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)
          (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
          11 Julai 2012
          11 minutes ago · 
    (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
                                        11 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;