Wednesday, 11 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (155) KERANA-NYA AKU JATUH CINTA DENGAN BRUNEI




YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA BERANGKAT KE MAJLIS PENGAGIHAN KURMA PERIPADI KDYMM.
1 ·  · 
  • You, Khai Noor and 78 others like this.
    • Nory Yusuf ‎~Alhamdulilah...dan jutaan terima kaseh diatas kurniaan KDYMM.
      23 hours ago ·  · 1
    • Alai February Alhamdulillah....
      23 hours ago ·  · 1
    • Khai Noor junjung tahniah...syukurr
      22 hours ago ·  · 1
    • Khai Noor semoga tulisan jawi terus diperkasakn di nusantra ..
      22 hours ago ·  · 1
    • Hjh Amalina syukur smoga Allah sentiasa merahmati dan melimpahi hidayah ke atas semua kerabat diraja dan semoga berkah sentiasa mengiringi negara Brunei Darussalam.amin. marhaban ya Ramadhan
      22 hours ago ·  · 1
    • Silver Rose alhamdullilah Jutaan terima Kaseh semoga Allah melindungi Kerabat Diraja dan KDYMM
      22 hours ago ·  · 4
    • SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

      Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
      Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
      Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
      Berteduh di Negara Brunei dengan
      Rasa aman dan damai untuk meneruskan
      Perjuangan kehidupan yang sementara ini
      Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
      Yang ada nilaian di Sisi-Nya
      Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

      Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
      Putri Rimba Niagara
      Istana Rimba Niagara
      Malaysia /Indonesia
      8 Julai 2012
      Like · · Unfollow Post · Sunday at 12:44pm
      Naga Pamungkas and 2 others like this.
      (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI)
      10 Julai 2012
      19 hours ago ·  · 1
    • MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHORMATI INSTITUSI DIRAJA

      Sakit Raja sakitlah rakyat
      Raja sanggup utamakan rakyat daripada kepentingan sendiri
      Rakyat yang derhaka adalah rakyat yang tak tahu mengenang budi
      Dan seharusnya dibuang negeri tidak diakui kerakyatannya
      Makanya marilah kita sama-sama menghormati Institusi DiRaja!
      Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      11 Julai 2012

      HARI PERTABALAN PUTRI RIMBA MENJADI RATU RIMBA NIAGARA

      Istana Rimba dihias indah kerana seluruh penghuni rimba akan meraikan hari paling bersejarah di Rimba Niagara iaitu
      Pertabalan Putri Rimba Niagara sebagai Ratu Rimba Niagara. Dengan pertabalan itu nanti maka termetrilah sudah Ratu Rimba sebagai Ratu yang memerintah seluruh Rimba Niagara.

      Seluruh Penghuni Rimba menyambut berita ini dengan gembira dan berita gembira inilah yang ditunggu-tunggu sejak berkurun lamanya.

      Mereka semua bergotong royong unuk meraikan majlis paling bersejarah itu.

      Di hari tersebut Putri Rimba didandan indah oleh jurusolek yang terkenal dan pakaian Tuan Putri ditaja oleh seorang hamba Allah yang meminati ukiran daunan kasih Tuan Putri dan sentiasa menyokong Tuan Putri dari mula mengenali hingga ke akhirnya.

      Hari Pertabalan tersebut di adakan pada Tanggal 13 hb Ogos 2012.
      Semua mata tertumpu kepada Tuan Putri Rimba Niagara tika itu.
      Ketika mahkota di letakkan di atas kepala Tuan Putri Rimba Niagara
      bergema...ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR

      Putri Rimba yang sudah bergelar Ratu Rimba Niagara tertunduk
      sambil menitiskan airmata. Ratu Rimba Niagara bertitah ...

      BismillahirRahmanirRahim
      Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

      Kepada seluruh penghuni rimba yang beta kasihi dunia akhirat.
      Beta bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pengurniaan ini kepada
      beta.

      Biarpun sudah ditabalkan menjadi Ratu untuk
      memerintah seluruh Rimba Niagara ini...beta tetaplah seorang
      hamba-Nya yang kerdil di Sisi-Nya.

      Beta ditabalkan menjadi Ratu di Rimba Niagara ini adalah atas Ketentuan Ilahi makanya beta terima dengan redha dengan harapan semoga beta dapat menjalankan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu yang bertanggungjawab kepada semua rakyat di Rimba Niagara ini. Jika beta mengabaikan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu pasti di akhirat nanti beta akan ditanya oleh Allah Azzawajallah maka dengan ini beta merayu kepada seluruh penghuni Rimba Niagara memberi kerjasama kepada beta untuk melestarikan keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara ini demi seluruh rakyat Rimba Niagara agar dapat hidup aman damai tenteram bahagia dalam Redha Ilahi berkekalan selama-Nya selagi ada bulan dan matahari. Aammin Ya Rabbal A'Lamin.

      Setelah Ratu Rimba Niagara habis bertitah bergemalah suara seluruh rakyat Rimba Niagara.

      DAULAT TUANKU RATU! DAULAT TUANKU RATU!
      DAULAT TUANKU RATU!

      KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
      11 Julai 2012

      GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA
      UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

      "Tuan Putri Rimba...kami berdua ada mengarangkan
      gurindam istimewa untuk Tuan Putri."
      "Iye ke ...sejak bila ni pandai bergurindam , bersyair,
      berpuisi ni kunta kunte..."
      "Setiap hari membaca dan menghayati karya tuan putri dari pagi ke petang...petang ke malam setiap hari...ilmu bergurindam berpuisi berpantun dapatlah ke kami Tuan Putri. Tuan Putri asyik mengarang puisi untuk kami...kami juga hendak mengarangkan puisi untuk Tuan Putri..jom kita pergi ke pantai ombak rindu.... di sana nanti banyak ilham dan penuh penghayatan..."
      "Wow hebat kalian berdua ye..."

      Mereka bertiga pergi ke pantai ombak rindu rimba niagara.
      Si Kunta Si Kunte membaca bergilir-gilir. Puisi gurindam kunta kinte
      Diringi muzik deruan ombak yang menderu-deru..amat syahdu dialun-alun oleh ombak rindu...

      GURINDAM PUISI SAYANG SEPENUH JIWA UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

      Terima kasih Tuhan
      Hadirkan kami hamba-Mu
      Tuan Putri tuk kami
      Kami syukuri dalam iman

      Kami dapat menumpang kasih
      Kami sayang Tuan Putri kami Tuhan
      Kami bahagia hidup bersamanya Tuhan
      Hari-hari hidup kami bahagia
      Dibajai dengan kasih sepenuh kasih
      Hari-hari semakin kasih
      Hari-hari semakin sayang

      Jika berjauhan kami rindukannya Tuhan
      Kami rindukan candanya
      Kami rindukan puisinya
      Maka kami tak sanggup berjauhan
      Darinya Tuhan

      Melalui tinta yang dicurahkan
      di kanvas daunan ukiran kasih
      kami baca kami hayati
      Lagi kami baca
      Lagi kami teruja
      Untuk merindui dan mencintai-Mu Tuhan
      Syukur kami Tuhan
      Kau kurniakan kami
      Tuan Putri yang
      Tak lelah tuk
      Berbahasa indah
      Mengajak kami
      Mencintai-Mu Merindui-Mu Tuhan
      Syukur Syukur Syukur
      Pada-Mu Tuhan
      Kurniakan kami Tuan Putri
      Yang sayangkan kami demi-Mu Tuhan

      Syukur kami Tuhan
      Karya yang ditulis oleh tuan putri rimba
      Membuatkan manusia di luar sana
      Menghargai kami dan menyayangi kami
      Tiada siapa yang menzalimi kami Tuhan
      Kami hidup aman damai di rimba ini
      Tanpa ada rasa takut dan bimbang Tuhan
      Syukur kami Tuhan
      Tuan Putri sanggup pertaruhkan nyawanya
      Tuk melindungi kami Tuhan
      Makanya kami juga begitu juga Tuhan
      Akan pertahankannya
      Kami saling sayang menyayangi karena-Mu Tuhan
      Makanya berkatilah hidup kami sehingga akhir hayat kami
      Dan kami ingin hidup bersamanya di Syurga-Mu juga Tuhan
      Makanya makbulkanlah doa kami ini Tuhan

      Duhai Maha Pengurnia Cinta
      Duhai Maha Pengurnia Rindu
      Cinta dan rindu kami kerana-Mu Tuhan
      Kurniakanlah kebahagiaan milik kami selamanya
      Di dunia jua di akhirat
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      Putri Rimba yang dari tadi menangis mendengar Si Kunte
      Si kunte membaca gurindam puisi yang ditujukan kepadanya
      Si kunta si kunte pun membaca dengan esakan tangis syahdu
      Dan mereka sama-sama menangis hingga tak sedar ombak
      Rindu menerjang mereka bertiga...dan mereka bertiga
      terperanjat...

      "Terjangan sayang Tuan Putri" kata si kunta.
      Mereka bertiga ketawa.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      11 Julai 2012
      8 hours ago · Like

      MARILAH KITA BERDAMAI DEMI GENERASI MASA HADAPAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA

      Sahabat Indonesia:

      Tuanku paduka harapanku tuanku paduka bisa menjaga kekayaan budaya kita jangan sampai di curi lagi oleh Malaysia

      Duhai saudaraku dari benua Indonesia...

      Putri Rimba Niagara:

      Malaysia tak curi kekayaan budaya Indonesia
      Kalian silap sebenarnya...
      Malaysia dan Indonesiakan berjiran dan merupakan Rumpun Melayu Nusantara
      Malaysia cuma menghargai saja..apa salahnya kita saling menghargai khazanah warisan bangsa melayu demi anak cucu?
      Sepatutnya kita berbangga kerana ada negara lain sudi menghargai kebudayaan negara Indonesia setidak-tidaknya boleh mengharumkan nama negara Indonesia itu sendiri ...bukankah Islam menggalakkan kita saling memberi dukungan/sokongan dan dapat menjalinkan ukhuwah antara dua negara.

      Seperti karya-karya saya diusahakan oleh YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...saya izinkan bukan memikirkan itu adalah khazanah kerajaan Malysia tapi demi Khazanah Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.

      Maka dengan itu saya merayu janganlah menuduh negara saya mencuri khazanah warisan kebudayaan Indonesia...kerana ini adalah satu kesilapan yang tak perlu diungkit-ungkit lagi. Marilah kita berdamai dan saling menghargai kekayaan khazanah warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.

      Apa yang kita sumbangkan hari ini adalah
      HADIAH DARI KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!

      Tangan ku hulur memohon kemaafan bagi pihak negaraku..bisa nggak terima...duhai saudaraku dari benua Indonesia yang dihormati sepenuh jiwa dan ragaku.

      Moga dengan perdamaian ini mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya.

      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      Dengan Ingatan tulus Ikhlas daripada:
      Putri Rimba Niagara
      11 Julai 2012
      8 minutes ago · 
    • NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Brunei
      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Brunei
      Moga cinta kerana-Nya ini boleh menjadikan Malaysia dan Brunei
      dua negara berjiran
      sehati sejiwa
      senada seirama
      berpadu kasihkan negara
      negaramu kukasih
      negaraku kau sayang
      bila kasih sudah terpatri
      tak akan ada
      benci membenci
      dengki mendengki
      dendam mendendam
      jatuh menjatuh
      yang ada
      saling mempertahan cinta bernegara
      kau pertahan negaraku
      aku pertahankan negaramu
      saling mempertahankan
      itulah lambang cinta sejati
      antara dua negara
      bila cinta sejati terpatri
      di kalbu setiap rakyat
      negaramu negaraku
      kebudayaan negaramu disanjung
      kebudayaan negaraku dijunjung

      Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

      Institusi diRaja Melayu
      Kepahlawanan Melayu
      Bangsa Melayu

      Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
      tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita...
      karena dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

      Karya Putri Rimba Niagara
      11 Julai 2012
      2 minutes ago · 
  • (PETIKAN DARIPADA WALL PRINCE ABDUL MALIK & PUTRI RIMBA NIAGARA)
    11 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;