Wednesday, 11 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (154) - MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMARTABATKAN INSTITUSI DIRAJA MELAYU




  • Putri Rimba Niagara via Tengku Shawal Tengku Aziz

    • You like this.
      •  MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHORMATI INSTITUSI DIRAJA

        Sakit Raja sakitlah rakyat
        Raja sanggup utamakan rakyat daripada kepentingan sendiri
        Rakyat yang derhaka adalah rakyat yang tak tahu mengenang budi
        Dan seharusnya dibuang negeri tidak diakui kerakyatannya
        Makanya marilah kita sama-sama menghormati Institusi DiRaja!
        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        10 Julai 2012
        18 hours ago · Edited · 
  • Putri Rimba Niagara shared Islam Itu Indah's photo.
    RAHSIA BANGSA MELAYU BERKETURUNAN NABI IBRAHIM AS

    Menurut kajian geneologi setakat ini, Nabi Ibrahim ( Abram, Abraham) mempunyai tiga orang isteri, iaitu Sarah...
     ·  ·  ·  · 19 hours ago · 
    • You like this.
      •  BERJUANG BUKAN DI DALAM GELANGGANG!

        Tika aku terlantar parah begini...
        Mana pergi anak-anak muridku...
        Yang mengaku akan menuntut
        Darahku yang jatuh ke bumi
        Walaupun setitis!
        Ini bukan setitis...
        Tubuhku dipenuhi darah....
        Sesuka hati mereka
        Menetak ...menghentak
        Memukul ...menyepak terajangku
        Bukan aku tidak boleh melawan mereka
        Mereka terlalu ramai
        30 orang tu...
        Kalau benar mereka anak jantan
        Kenapa tak satu lawan satu?
        Biarpun begitu pantang
        Anak jantan lari di medan juang
        Biarpun mereka ramai
        Aku seorang
        Aku kerahkan segala tenaga jantanku
        Hingga tak kuhiraukan
        Darahku merecik sana sini
        Lagi kuat hayunan parangnya
        Lagi kuat hayunan
        Sepak terajangku
        Kerana mereka bersenjatakan parang tukul dan besi
        Aku tidak bersenjata
        Kerna
        Aku bukan dicabar di tengah gelanggang
        Aku diserang hendap tika di luar gelanggang
        Kerna aku percaya
        Tuhan Mahu Mengujiku
        Kerna adalah suratan takdirku
        Aku terima dengan redho
        Coma jika dipanggil Illahi
        Adakah anak-anak jantan melayu
        Di luar sana masih membisu dan kaku
        Aku tidak minta ditebus kematianku
        Tapi jagalah bangsa melayuku
        Agar tidak menerima nasib sepertiku
        Diserang hendap tanpa dugaku
        Dan pantang aku
        Bangsa aku ditindas dan tertindas
        Tanpa sebab musabab....
        Apa hina sangat ke jadi bangsa melayu?
        Makanya bangsaku
        Kalau melayu tak sokong melayu
        Siapa lagi?

        Pahlawanku yang teraniaya...
        Sabarlah...
        Tuhan bersamamu tika ini
        Andai kau sembuh ...sembuhmu pasti merawat duka...
        Andai kau dijemput Illahi...
        Syurga menantimu
        Insya-Allah Aamin

        Karya : Putri Rimba Niagara
        24 April 2012
  • Putir Rimba Niagara shared Kerabat Long Gaffar's album: Untitled Album.
    POTRET KDYMM TUANKU AL SULTAN KELANTAN
    Photos: 4
     ·  ·  · 19 hours ago · 
      • Institusi DiRaja yang patut dikekalkan dan menjadi kebanggaan bangsa Melayu. Raja lambang kemegahan bangsa melayu.
        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
        19 hours ago · 
  • Putri Rimba Niagara shared Surya Van Asahan's photo.
    Daulat Tuanku ... Sembah patek mohon di Ampun

    “Tugas saya sebagai Sultan Deli untuk menjaga kelestarian budaya Melayu,” begitu ucap Sultan Mahmud Lamandjidji ...
     ·  ·  · 19 hours ago · 
    • You like this.
      • MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGHORMATI INSTITUSI DIRAJA

        Sakit Raja sakitlah rakyat
        Raja sanggup utamakan rakyat daripada kepentingan sendiri
        Rakyat yang derhaka adalah rakyat yang tak tahu mengenang budi
        Dan seharusnya dibuang negeri tidak diakui kerakyatannya
        Makanya marilah kita sama-sama menghormati Institusi DiRaja!
        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

        PUTRI RIMBA NIAGARA
        10 Julai 2012
        18 hours ago ·  · 1
      • HARI PERTABALAN PUTRI RIMBA MENJADI RATU RIMBA NIAGARA

        Istana Rimba dihias indah kerana seluruh penghuni rimba akan meraikan hari paling bersejarah di Rimba Niagara iaitu
        Pertabalan Putri Rimba Niagara sebagai Ratu Rimba Niagara. Dengan pertabalan itu nanti maka termetrilah sudah Ratu Rimba sebagai Ratu yang memerintah seluruh Rimba Niagara.

        Seluruh Penghuni Rimba menyambut berita ini dengan gembira dan berita gembira inilah yang ditunggu-tunggu sejak berkurun lamanya.

        Mereka semua bergotong royong unuk meraikan majlis paling bersejarah itu.

        Di hari tersebut Putri Rimba didandan indah oleh jurusolek yang terkenal dan pakaian Tuan Putri ditaja oleh seorang hamba Allah yang meminati ukiran daunan kasih Tuan Putri dan sentiasa menyokong Tuan Putri dari mula mengenali hingga ke akhirnya.

        Hari Pertabalan tersebut di adakan pada Tanggal 13 hb Ogos 2012.
        Semua mata tertumpu kepada Tuan Putri Rimba Niagara tika itu.
        Ketika mahkota di letakkan di atas kepala Tuan Putri Rimba Niagara
        bergema...ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR

        Putri Rimba yang sudah bergelar Ratu Rimba Niagara tertunduk
        sambil menitiskan airmata. Ratu Rimba Niagara bertitah ...

        BismillahirRahmanirRahim
        Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

        Kepada seluruh penghuni rimba yang beta kasihi dunia akhirat.
        Beta bersyukur ke hadrat Ilahi dengan pengurniaan ini kepada
        beta.

        Biarpun sudah ditabalkan menjadi Ratu untuk
        memerintah seluruh Rimba Niagara ini...beta tetaplah seorang
        hamba-Nya yang kerdil di Sisi-Nya.

        Beta ditabalkan menjadi Ratu di Rimba Niagara ini adalah atas Ketentuan Ilahi makanya beta terima dengan redha dengan harapan semoga beta dapat menjalankan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu yang bertanggungjawab kepada semua rakyat di Rimba Niagara ini. Jika beta mengabaikan tanggungjawab beta sebagai seorang Ratu pasti di akhirat nanti beta akan ditanya oleh Allah Azzawajallah maka dengan ini beta merayu kepada seluruh penghuni Rimba Niagara memberi kerjasama kepada beta untuk melestarikan keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara ini demi seluruh rakyat Rimba Niagara agar dapat hidup aman damai tenteram bahagia dalam Redho Ilahi berkekalan selama-Nya selagi ada bulan dan matahari. Aammin Ya Rabbal A'Lamin.

        Setelah Ratu Rimba Niagara habis bertitah bergemalah suara seluruh rakyat Rimba Niagara.

        DAULAT TUANKU RATU! DAULAT TUANKU RATU!
        DAULAT TUANKU RATU!

        KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
        11 Julai 2012

        GURINDAM PUISI KASIH SEPENUH JIWA
        UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

        "Tuan Putri Rimba...kami berdua ada mengarangkan
        gurindam istimewa untuk Tuan Putri."
        "Iye ke ...sejak bila ni pandai bergurindam , bersyair,
        berpuisi ni kunta kunte..."
        "Setiap hari membaca dan menghayati karya tuan putri dari pagi ke petang...petang ke malam setiap hari...ilmu bergurindam berpuisi berpantun dapatlah ke kami Tuan Putri. Tuan Putri asyik mengarang puisi untuk kami...kami juga hendak mengarangkan puisi untuk Tuan Putri..jom kita pergi ke pantai ombak rindu.... di sana nanti banyak ilham dan penuh penghayatan..."
        "Waw hebat kalian berdua ye..."

        Mereka bertiga pergi ke pantai ombak rindu rimba niagara.
        Si Kunta Si Kunte membaca bergilir-gilir. Puisi gurindam kunta kinte
        Diringi muzik deruan ombak yang menderu-deru..amat syahdu dialun-alun oleh ombak rindu...

        GURINDAM PUISI SAYANG SEPENUH JIWA UNTUK PUTRI RIMBA NIAGARA

        Terima kasih Tuhan
        Hadirkan kami hamba-Mu
        Tuan Putri tuk kami
        Kami syukuri dalam iman

        Kami dapat menumpang kasih
        Kami sayang Tuan Putri kami Tuhan
        Kami bahagia hidup bersamanya Tuhan
        Hari-hari hidup kami bahagia
        Dibajai dengan kasih sepenuh kasih
        Hari-hari semakin kasih
        Hari-hari semakin sayang

        Jika berjauahan kami rindukannya Tuhan
        Kami rindukan candanya
        Kami rindukan puisinya
        Maka kami tak sanggup berjauhan
        Darinya Tuhan

        Melalui tinta yang dicurahkan
        di kanvas daunan ukiran kasih
        kami baca kami hayati
        Lagi kami baca
        Lagi kami teruja
        Untuk merindui dan mencintai-Mu Tuhan
        Syukur kami Tuhan
        Kau kurniakan kami
        Tuan Putri yang
        Tak lelah tuk
        Berbahasa indah
        Mengajak kami
        Mencintai-Mu Merindui-Mu Tuhan
        Syukur Syukur Syukur
        Pada-Mu Tuhan
        Kurniakan kami Tuan Putri
        Yang sayangkan kami demi-Mu Tuhan

        Syukur kami Tuhan
        Karya yang ditulis oleh tuan putri rimba
        Membuatkan manusia di luar sana
        Menghargai kami dan menyayangi kami
        Tiada siapa yang menzalimi kami Tuhan
        Kami hidup aman damai di rimba ini
        Tanpa ada rasa takut dan bimbang Tuhan
        Syukur kami Tuhan
        Tuan Putri sanggup pertaruhkan nyawanya
        Tuk melindungi kami Tuhan
        Makanya kami juga begitu juga Tuhan
        Akan pertahankannya
        Kami saling sayang menyayangi karena-Mu Tuhan
        Makanya berkatilah hidup kami sehingga akhir hayat kami
        Dan kami ingin hidup bersamanya di Syurga-Mu juga Tuhan
        Makanya makbulkanlah doa kami ini Tuhan

        Duhai Maha Pengurnia Cinta
        Duhai Maha Pengurnia Rindu
        Cinta dan rindu kami kerana-Mu Tuhan
        Kurniakanlah kebahagiaan milik kami selamanya
        Di dunia jua di akhirat
        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Putri Rimba yang dari tadi menangis mendengar Si Kunte
        Si kunte membaca gurindam puisi yang ditujukan kepadanya
        Si kunta si kunte pun membaca dengan esakan tangis syahdu
        Dan mereka sama-sama menangis hingga tak sedar ombak
        Rindu menerjang mereka bertiga...dan mereka bertiga
        terperanjat...

        "Terjangan sayang Tuan Putri" kata si kunta.
        Mereka bertiga ketawa.

        KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
        11 Julai 2012
        7 hours ago · 
      • MARILAH KITA BERDAMAI DEMI GENERASI MASA HADAPAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA

        Sahabat Indonesia:

        Tuanku paduka harapanku tuanku paduka bisa menjaga kekayaan budaya kita jangan sampai di curi lagi oleh Malaysia

        Duhai saudaraku dari benua Indonesia...

        Putri Rimba Niagara:

        Malaysia tak curi kekayaan budaya Indonesia
        Kalian silap sebenarnya...
        Malaysia dan Indonesiakan berjiran dan merupakan Rumpun Melayu Nusantara
        Malaysia cuma menghargai saja..apa salahnya kita saling menghargai khazanah warisan bangsa melayu demi anak cucu?
        Sepatutnya kita berbangga kerana ada negara lain sudi menghargai kebudayaan negara Indonesia setidak-tidaknya boleh mengharumkan nama negara Indonesia itu sendiri ...bukankah Islam menggalakkan kita saling memberi dukungan/sokongan dan dapat menjalinkan ukhuwah antara dua negara.

        Seperti karya-karya saya diusahakan oleh YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...saya izinkan bukan memikirkan itu adalah khazanah kerajaan Malysia tapi demi Khazanah Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.

        Maka dengan itu saya merayu janganlah menuduh negara saya mencuri khazanah warisan kebudayaan Indonesia...kerana ini adalah satu kesilapan yang tak perlu diungkit-ungkit lagi. Marilah kita berdamai dan saling menghargai kekayaan khazanah warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.

        Apa yang kita sumbangkan hari ini adalah
        HADIAH DARI KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!

        Tangan ku hulur memohon kemaafan bagi pihak negaraku..bisa nggak terima...duhai saudaraku dari benua Indonesia yang dihormati sepenuh jiwa dan ragaku.

        Moga dengan perdamaian ini mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya.

        Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

        Dengan Ingatan tulus Ikhlas daripada:
        Putri Rimba Niagara
        11 Julai 2012
        2 hours ago · 
  • RECENT ACTIVITY
  • Putri Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's photo.
    YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA BERANGKAT KE MAJLIS PENGAGIHAN KURMA PERIPADI KDYMM.
     ·  ·  · 19 hours ago · 
    • You like this.
      • Rabeah Mohd Ali SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
        Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
        Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
        ...See More
        19 hours ago · 
  • Putri Rimba Niagara shared Prince Abdul Malik's photo.
    YTM PADUKA SERI DULI PENGIRAN MUDA ABDUL MALIK BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN EJAAN JAWI ( KAEDAH DAN PENYELARASAN)
     ·  ·  · 19 hours ago · 
    • You like this.
      • SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

        Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
        Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
        Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
        Berteduh di Negara Brunei dengan
        Rasa aman dan damai untuk meneruskan
        Perjuangan kehidupan yang sementara ini
        Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
        Yang ada nilaian di Sisi-Nya
        Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

        Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
        Putri Rimba Niagara
        Istana Rimba Niagara
        Malaysia /Indonesia
        8 Julai 2012
        Like · · Unfollow Post · Sunday at 12:44pm
        Naga Pamungkas and 2 others like this.
        (PETIKAN DARIPADA WALL GROUP BORNEO DALAM CERPEN INDONESIA, MALAYSIA & BRUNEI & GROUP MELAYU DALAM CERPEN ASIA TENGGARA)
        10 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;