Thursday, 12 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (170) - AKU TETAP PERCAYA SAMUDRA CINTA MASIH TERLUANG DI HATIKU UNTUKNYA




MAKANYA LAYAKLAH KAU BERJALAN LURUS

Duhai anak muda...
Kulihat kulitmu tegang
Kayaknya kau seorang Putra diRaja
Yang berkata menggunakan akal dan minda
Cumanya perlu dirawat selalu
Agar akalmu dapat membendung kejahilanmu
Berkata jangan ikut hati
Perlu berhati-hati

Lembaran lusuhku kau baca
Kau hayati penuh penghayatan
Makanya layaklah kau berjalan lurus
Di saat gelap menyelubungi hatimu

PUTRI RIMBA NIAGARA
8 Julai 2012
 ·  · 

  • Ahmad Tajuddin and Datuk Jem like this.

    • HATI TERPAUT BUKAN KARNA KAYA

      Duhai abang manis berkata,
      Buat hatiku rasa terhibur;
      Kalau begitu bagai dikata,
      Kesetiaanmu dapat diukur.

      Dari Malaysia ke Surabaya,
      Bertemu abang yang lama dirindu;
      Hati terpaut bukan karena abang kaya,
      Keimananmu membuatkan hatiku syahdu.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      8 Julai 2012

      10 hours ago · 

    • REMUK REDAM

      buah hati bagaikan purnama
      makin kupandang makin berseri-seri
      itu cinta pandang pertama
      jika itu sudah tersurat diterima dalam hati yang redha

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      8 Julai 2012

      10 hours ago · 

    • Andai kata-kata serupa rindu
      dalam lalu
      lalu rindupun merajuk pergi
      rajuk rindu bertukar menjadi pelangi cinta...

      10 hours ago · 

    • Wena Yakto Duh, melati pagar bangsa... Yang menangis dalam kata pujangga...dan merajuk didalamnya kata.... Pandanglah matahari pagi,,, dan hiruplah segarnya Harapan... Yakin dan Percaya...HARI ini dan esok adalah milikmu...salam saudara dari Indonesia

    • Rabeah Mohd Ali Duhai Wena Yakto...karung yang kau bawa itu karung kasih anak bangsa ...makanya jangan kau fikirkan melati kerana Allah Robbul Idzaati sentiasa merawat dukanya...ayuh kita bersama memikul kasih anak bangsamu anak bangsaku agar sentiasa berjiwa anak bangsa sepertimu....salam ukhuwah kasih dari Malaysia.

          • CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI

            Duhai kawan yang baik budi...

            Dari usia remaja hingga ke usia senja
            Yang kupertaruhkan dalam hidupku
            Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
            Sebab itu diriku adalah lilin
            Sampai akhir hayat pun tetap lilin
            Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
            Di sepanjang hidupku ini
            Aku muhasabah diri
            Diriku tetap insan yang tak sempurna
            Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk
            Menjadi insan yang sempurna

            Tempat aku muhasabah diri
            Ada di Rimba Niagara ini
            Aku jumpa dengan dunia sebenarku
            Inilah dunia yang kuimpikan
            Biarpun pada pandangan mereka
            Cumalah fantasi dan angan-angan
            Tapi aku yakin dengan duniaku
            Kerana suara hati tak pernah menipu

            Di sini aku mendapat
            Kasih semurni hati
            Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
            Kata-kata semanis gula
            Kata-kata seiring hati

            Kami selalu bercanda
            Tapi bercanda tiada menyakitkan
            Hati atau sengaja untuk menyindir

            Berkaryalah aku semahuku
            Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
            Tanpa ada rasa iri hati

            Di Rimba Niagara ini
            Semakin hari semakin sayang
            Bukan semakin hari semakin benci
            Sekali tangan berjabat
            Tersimpul mati hingga ke mati

            Di Rimba Niagara ini
            Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
            Semuanya saling berkorban
            Biarpun nyawa jadi taruhan
            Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
            Penghuninya bersatu hati
            Saling sokong menyokong
            Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
            Setiap bakat penghuni rimba dihargai
            Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
            Kerana di sini tiada dengki mendengki
            Dendam mendendam
            Yang ada cumalah
            Kasih sayang semurni hati
            Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
            Sebab itu pesona dunia
            Bukan matlamat kami
            Kerana matlamat kami
            Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
            Agar tenang roh dan jasad
            Setenang Air di Kali Syurga
            Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
            Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
            Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja

            Maka kami berazam selagi hayat ada
            Digunakan semaksima mungkin
            Untuk terus saling sokong menyokong
            Ke jalan-jalan yang di Redhai
            Sebagai bekalan di hari mati

            Makanya di Rimba Niagaralah
            Tempat igauanku dalam mimpi
            Yang kularikkan dengan tinta-tinta
            Kasih dan cinta kerana-Nya
            Biarpun sekadar mimpi ilusi
            Tapi ku yakin jika
            Allah Robbul Idzati berkata
            KUN FAYAKUN
            Maka jadilah
            CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
            Jadi realiti
            Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

            KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
            12 Julai 2012

            13 hours ago · 


          • HANYA CINTA ILUSI DALAM MIMPIKU

            Sedih buat hati jadi pilu
            Sedih mengundang rindu
            Sedih nasib si pungguk merindu
            Makanya selamat tinggal rindu
            Kerana ingin kupadamkan rindu
            Siapalah aku padamu
            Hanya cinta Illusi dalam mimpiku...

            PUTRI RIMBA NIAGARA
            10 Julai 2012
             ·  · Tuesday at 11:02am · 


            • Wena Yakto CINTA..terlalu Pahit tuk dikenang...Terlalu Manis tuk dilupakan...
              Tuesday at 5:09pm ·  · 1

            • Rabeah Mohd Ali Cinta yang penuh dusta tak akan ada manisnya untuk dikenangkan...
              Biarlah dia pergi bersama ombak rindunya cinta hatinya...dan mendoakan kebahagiannya itulah yang manisnya iman ...muhasabah diri supaya jangan berdendam kerana CINTA ADALAH KETENTUAN DARI-NYA.


            • Wena Yakto Ah..tak kau percaya, tapi aku tetap percaya samudra cinta masih terluang dihatiku... untukNYA
              Tuesday at 6:11pm ·  · 1

            • Rabeah Mohd Ali BUKAN KU TAK PERCAYA PADA JANJIMU

              Bukan ku tak percaya janjimu
              Hati ini belum reda dari terjangan ombak mengganas...ganas...
              Kesan daripada terjangan ombak itu
              Kehilangan teman istana rimbaku tika hendak mencari mahkota...

              Hatiku bimbang perkara yang tak pernah terfikir olehku
              Akan berlaku jua akhirnya
              Hinggakan aku trauma berkawan dengan sesiapa jua
              Mungkin aku tak
              Sepandai mereka bersastra
              Sebijak mereka
              Sebaik mereka
              Sesetia mereka
              Makanya aku dihukum begini hebat

              Harap kau mengerti duhai sahabatku....
              Berilah aku masa
              Agar hatiku ada taman semula
              Berbunga iman
              Berkudupkan kemaafan
              Berfaktakan keinsafan

              Itulah yang perlu ada di jiwaku sekarang ini
              Agar aku bermuhasabah diri
              Dan sentiasa cerminkan diriku siapa
              Yang sentiasa tak sempurna
              Mereka yang sentiasa sempurna
              Makanya mereka dihormati
              Makanya aku sentiasa dipandang hina...

              Izinkan aku bertafakur
              Selagi mana Allah Izinkan
              Aku mencari sinar-sinar cahaya iman
              Semua-NYa dengan izin-Nya

              KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
              10 Julai 2012

              Tuesday at 6:16pm ·  · 1

            • Wena Yakto Ya...aku akan menunggu terjangan ombak badai berhenti...dan KAU akan tahu aku seteguh KARANG ''''
              Tuesday at 6:36pm ·  · 1

            • Rabeah Mohd Ali Bilamana kau seteguh karang...tapi tak terfikir ke engkau bahawa terjangan ombak akan berubah menjadi tsunami pula dan bila mana menajdi tsunami karang pun bersepai-sepai entah ke mana...dan bisa menenggelamkan semua yang ada dengan izin-Nya. Makanya bilamana terjangan ombak datang itu adalah amaran keras dari Tuhanku...supaya beralah. Beralah tak semestinya kalah. Beralah demi sebuah kedamaian.
          (PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
          13 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;