Friday, 13 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (188) - DI DALAM MATA LAILA MAJNUN BERSIMPUH MEMBILANG ASMA




    • Laila-Majnun

      keranaNya ombak berlari
      dalam bisikan cintaNya di dasar lautan
      dan rinduNya terbang bersama awan
      di dalam mata Laila
      Majnun bersimpuh membilang Asma
      dan jemarinya bergerak di genggam AfaalNya
      menzahirkan wajah Laila di bayangan SifatNya
      hingga ZatNya tertuang di Lantai Piala
      ...dan anggurnya meMerah di Nur UnguNya
      membuat Majnun tergila
      dalam dzuknya di asyik Laila
      terjeritlah majnun di ribaan Raja
      mabukkan aku dengan Anggur Laila...!!

      AwaL
       ·  ·  · July 5 at 12:07pm near Kuala Lumpur
      • You like this.
        • CINTA LAILA MAJNUN HINGGA KE SYURGA

          Jika mabukmu dengan anggur Laila...
          Dzat Yang Maha Suci telah meresap
          Di bathin imanmu
          Tiada lagi pesona dunia yang kau fikirkan di benakmu
          Melainkan Dzat Ilahi kau bawa hingga ke lafaz terakhir kalammu
          Dan cinta Laila -Majnun di dunia
          Terpatri Cinta Laila-Majnun Di Syurga
          Insya-Allah Aamiin

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          14 Julai 2012
          8 hours ago · 
    KARYA AWAL  N AKHIR & PUTRI RIMBA NIAGARA
    14 Julai 2012

    (PETIKAN DARIPADA WALLL GRUP PUISI ILAHI)
    14 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;