Friday, 13 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU- (184) HATIKU MAHU HATINYA HATINYA MAHU HATIKU



    • CahayaNya di atas..

      tergerak...
      Qalam meniti Sirat
      terbara dengan bahang unggun
      terlemas dalam ombak telaga
      dan asyik di panah rasa
      dalam dzukNya di sejadah petala
      menyalakan pelita di Mihrab
      tercairlah angan dan mimpi
      aku mahu bersujud di sini
      hatiku mahu di HatiNya
      HatiNya mahu di hatiku
      yang nyalanya dari minyak zaitun
      walau tidak terbakar namun masih menyinar
      dalam terang menjadi terang....
      Cahaya di atas Cahaya...!!

      AwaL
       ·  ·  · July 10 at 11:49am near Kuala Lumpur

      • You and Fatimah Bt Husin Tim like this.

        • CAHAYA CINTA ILAHI

          Cahaya...
          Hadirlah dikau
          Untuk menyinari di segenap kalbu hati
          Yang gelap kusam murung menyendiri

          Cahaya...
          Terangilah roh dan jasadku
          Terperuk di kawah penjara hati buta
          Bertahun menghukum diri dalam kegelapan
          Berkesendirian rasa kesempurnaan diri
          Maka kupatrikan mata hatiku terbelenggu
          Kaku...bisu...mati kalbu hati

          Cahaya....
          Aku perlukanmu
          Untuk menewaskan
          Segala kebusukan hati
          Kekaratan hati
          Berjelaga buat aku asyik leka pesona dunia
          Dan aku tak mahu begitu
          Menghukum diri selamanya

          Cahaya....
          Hadirmu nanti
          Aku akan keluar
          Dari kawah penjara hati buta
          Hati beku mati hati muram
          Kerana bila kesemua kebusukan hati
          Telah berjaya kukikiskan
          CAHAYA ATAS CAHAYA
          Bertahta di hati
          Cahaya yang dinanti
          Cahaya mengundang
          Rindu dan Cinta...
          Hanya yang dicintai
          Allah Robbul Idzatii
          Itulah Cahaya CINTA ILAHI
          CAHAYA ATAS CAHAYA
          Cahaya yang membawa ke Syurga-Nya.

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          14 Julai 2012

          4 hours ago · 
    KARYA AWAL N AKHIR & PUTRI RIMBA NIAGARA
    14 Julai 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP PUISI ILAHI)

0 comments:

Post a Comment

 
;