Saturday, 14 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (197) - PERCAYALAH PADA BICARA HATI


    • serikan pagi jumaat yang indah ini dengan senyuman sebakul bunga.
       ·  ·  · Friday at 9:29am
      • You like this.
        • TERIMA KASIH TUHAN KERANA KURNIAKAN AKU CINTA

          Terima kasih sebakul bunga cintamu
          Wanginya meresap ke kalbu
          Aku tersipu malu
          Kerana aku terharu
          Kau menyayangiku sepenuh jiwamu
          Tak jemu mencintaiku
          Sehingga akhir hayatmu
          Terima kasih Tuhan kerna kurniakan cinta untukku
          Yang mencintaiku kerana-Mu.

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          14 Julai 2012
          19 hours ago · Edited ·  · 1ptions
    • detik yang berlalu...

      ku kuak pintu hati ini utk mu
      yang pernah dibuka waktu
      hanya seketika dulu
      tak ada lagi ruang utk ku

      disini aku terdiam bisu
      semua langkah ku kaku
      tak mengerti daku
      dan tak ingin tahu

      di celah waktu
      aku mengintai rindu
      dimana letak kasih ku
      pada hati mu kian layu

      menyusun langkah berlalu
      aku masih di situ
      menunggu mu
      hingga akhir waktu
       ·  ·  · July 7 at 4:41pm
      • You like this.
        • PERCAYALAH PADA BICARA HATI

          Janganlah kau buang waktu menunggu
          Kerana masa tak menunggu
          Apalah diharap pada kasih yang tak sudi
          Haraplah kasih pada yang sudi
          Sentiasa sudi memahami dan mencintaimu setulus hati
          Ku yakin dia ada di hatimu
          Dan kau dapat rasakan
          Cumanya kau masih menafikan
          Kerana hatimu masih terikat dengan cinta tak pasti itu
          Makanya jangan tunggu cinta yang tak pasti
          Ambil cinta yang terlindung di hatimu itu
          Dan itulah cinta setulus hati setulus kasih
          Sentiasa ada untuk menyintaimu
          Dan tak akan ada pendustaan
          Dalam ungkapan cintanya padamu
          Percayalah pada bicara hati
          Kerana kata hati tak pernah menipu

          PUTRI RIMBA NIAGARA
          12 Julai 2012
          Thursday at 7:43am ·  · 1
        • Fatimah Bt Husin Tim terlontar sebuah senyuman bila bicara cinta kau ucapkan
        • Rabeah Mohd Ali Senyuman mu itulah erti cinta padaku. hehehe
        • Fatimah Bt Husin Tim cintaku bagai embun yg terbiar kedinginnan..hehehe..
        • Rabeah Mohd Ali Biarkan kuselimutkan cintamu dengan ikatan suci agar kau tak kedinginan lagi sayang dan cintamu tak terbiar sepi lagi....hehehehe
          20 hours ago · Edited · 
    (PETIKAN DARI GRUP PUISI ILAHI_
                                          15 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;