Friday, 13 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU (178) NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG





    • SALAM UKHUWAH KASIH DARI MALAYSIA

      MAKANYA LAYAKLAH KAU BERJALAN LURUS

      Duhai anak muda...
      Kulihat kulitmu tegang
      Kayaknya kau seorang putra diRaja
      Yang berkata menggunakan akal dan minda
      Cumanya perlu dirawat selalu
      Agar akalmu dapat membendung kejahilanmu
      Berkata jangan ikut hati
      Perlu berhati-hati

      Lembaran lusuhku kau baca
      Kau hayati penuh penghayatan
      Makanya layaklah kau berjalan lurus
      Di saat gelap menyelubungi hatimu

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      8 Julai 2012
      Like · · Unfollow Post
      Ahmad Tajuddin and Datuk Jem like this.

      HATI TERPAUT BUKAN KARNA KAYA

      Duhai abang manis berkata,
      Buat hatiku rasa terhibur;
      Kalau begitu bagai dikata,
      Kesetiaanmu dapat diukur.

      Dari Malaysia ke Surabaya,
      Bertemu abang yang lama dirindu;
      Hati terpaut bukan karna abang kaya,
      Keimananmu membuatkan hatiku syahdu.

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      8 Julai 2012

      REMUK REDAM

      buah hati bagaikan purnama
      makin kupandang makin berseri-seri
      itu cinta pandang pertama
      jika itu sudah tersurat diterima dalam hati yang redha

      PUTRI RIMBA NIAGARA
      8 Julai 2012

      Andai kata-kata serupa rindu
      dalam lalu
      lalu rindupun merajuk pergi
      rajuk rindu bertukar menjadi pelangi cinta...

      Wena Yakto Duh, melati pagar bangsa... Yang menangis dalam kata pujangga...dan merajuk didalamnya kata.... Pandanglah matahari pagi,,, dan hiruplah segarnya Harapan... Yakin dan Percaya...HARI ini dan esok adalah milikmu...salam saudara
      dari Indonesia.

      Putri Rimba Niagara:

      Duhai Wena Yakto...karung yang kau bawa itu karung kasih anak bangsa ...makanya jangan kau fikirkan melati kerana Allah Robbul Idzaati sentiasa merawat dukanya...ayuh kita bersama memikul kasih anak bangsamu anak bangsaku agar sentiasa berjiwa anak bangsa sepertimu....salam ukhuwah kasih dari Malaysia.
      about an hour ago · Like

      KARYA WENA YAKTO & PUTRI RIMBA NIAGARA
      13 Julai 2012
       ·  ·  · 8 hours ago

    • Ya Allah makbulkanlah semua doa yang baik-baik dari sahabat-sahabatku di grup ini Ya Allah...berkatilah grup ini...jadikanlah grup ini tempat bertalisiraturrahim yang ikhlas keranamu Ya Allah...sentiasa mahu melihat semua rakan-rakan di grup ini bahagia, bahagia di dunia bahagia di akhirat...Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
       ·  ·  · 8 hours ago


    • AKU MENULIS BUKAN FANTASI ATAU ANGAN-ANGAN

      Jangan risau duhai Rakan Sastra...selagi kamu menulis untuk mengundang Rahmat Kasih Ilahi...pasti jiwamu akan tenang dan tak hiraukan pandangan dari manusia....cumanya bezanya kau dan aku...
      aku menulis mengikut gerak hati bukan fantasi atau angan-angan seperti yang kamu dan kawan kamu bilang ke aku...malangnya aku cuma di grup ini saja tiada yang sudi like tapi di grup lain like dan sentiasa meniupkan semangat untuk aku menulis...sehingga terhenti nafas terhentilah pena...dan aku percaya setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT. Aamiin.
      ptions


    • CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI

      Duhai kawan yang baik budi...

      Dari usia remaja hingga ke usia senja
      Yang kupertaruhkan dalam hidupku
      Adalah kejujuran keikhlasan dan pengorbanan
      Sebab itu diriku adalah lilin
      Sampai akhir hayat pun tetap lilin
      Maka dari itu dengan apa yang kulalui ini
      Di sepanjang hidupku ini
      Aku muhasabah diri
      Diriku tetap insan yang tak sempurna
      Biarpun aku cuba sedaya mampu untuk
      Menjadi insan yang sempurna

      Tempat aku muhasabah diri
      Ada di Rimba Niagara ini
      Aku jumpa dengan dunia sebenarku
      Inilah dunia yang kuimpikan
      Biarpun pada pandangan mereka
      Cumalah fantasi dan angan-angan
      Tapi aku yakin dengan duniaku
      Kerana suara hati tak pernah menipu

      Di sini aku mendapat
      Kasih semurni hati
      Tanpa ada berpura-pura dalam berkata
      Kata-kata semanis gula
      Kata-kata seiring hati

      Kami selalu bercanda
      Tapi bercanda tiada menyakitkan
      Hati atau sengaja untuk menyindir

      Berkaryalah aku semahuku
      Mereka sentiasa memberi sokongan/dukungan
      Tanpa ada rasa iri hati

      Di Rimba Niagara ini
      Semakin hari semakin sayang
      Bukan semakin hari semakin benci
      Sekali tangan berjabat
      Tersimpul mati hingga ke mati

      Di Rimba Niagara ini
      Tiada yang rasa mementingkan diri sendiri
      Semuanya saling berkorban
      Biarpun nyawa jadi taruhan
      Demi keamanan dan kemakmuran Rimba Niagara
      Penghuninya bersatu hati
      Saling sokong menyokong
      Ke arah kecemerlangan hidup dunia dan akhirat
      Setiap bakat penghuni rimba dihargai
      Bukan jadi bahan cercaan dan penghinaan
      Kerana di sini tiada dengki mendengki
      Dendam mendendam
      Yang ada cumalah
      Kasih sayang semurni hati
      Merasakan esok berjumpa Robbul Idzatii
      Sebab itu pesona dunia
      Bukan matlamat kami
      Kerana matlamat kami
      Mahu hidup berkasih sayang dalam redha Ilahi
      Agar tenang roh dan jasad
      Setenang Air di Kali Syurga
      Insya-Allah berjumpa Tuhanpun dalam keaadaan tenang
      Kerana kami tahu Allah Robbul Idzati
      Mahu berjumpa hamba-Nya hanya yang berjiwa tenang saja

      Maka kami berazam selagi hayat ada
      Digunakan semaksima mungkin
      Untuk terus saling sokong menyokong
      Ke jalan-jalan yang di Redhai
      Sebagai bekalan di hari mati

      Makanya di Rimba Niagaralah
      Tempat igauanku dalam mimpi
      Yang kularikkan dengan tinta-tinta
      Kasih dan cinta kerana-Nya
      Biarpun sekadar mimpi ilusi
      Tapi ku yakin jika
      Allah Robbul Idzati berkata
      KUN FAYAKUN
      Maka jadilah
      CINTA ILUSI DALAM MIMPI REALITI
      Jadi realiti
      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      12 Julai 2012
       ·  ·  · Yesterday at 8:05am



    • kata Shabrina Ws tentang novel "Kudekap Hatinya di Bawah Langit Seoul"

      “selama kita satu agama, satu akidah,
      insya Allah kita akan bersatu dalam cinta yang abadi
      hingga di akhirat kelak, Oppa.”
      ...See More

       ·  ·  · Wednesday at 11:06pm


    • NEGARAMU KUKASIH NEGARAKU KAU SAYANG!

      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Mataram
      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan Indonesia
      Kerana-Nya aku jatuh cinta dengan bangsa Indonesia
      Moga cinta kerana-Nya ini bisa menjadikan Malaysia dan Indonesia
      dua negara berjiran
      sehati sejiwa
      senada seirama
      berpadu kasihkan negara
      negaramu kukasih
      negaraku kau sayang
      bila kasih sudah terpatri
      tak akan ada
      benci membenci
      dengki mendengki
      dendam mendendam
      jatuh menjatuh
      yang ada
      saling mempertahan cinta bernegara
      kau pertahan negaraku
      aku pertahankan negaramu
      saling mempertahankan
      itulah lambang cinta sejati
      antara dua negara
      bila cinta sejati terpatri
      di kalbu setiap rakyat
      negaramu negaraku
      kebudayaan negaramu disanjung
      kebudayaan negaraku dijunjung

      Apa saja perjuangan untuk memartabatkan :

      Institusi diRaja Melayu
      Kepahlawanan Melayu
      Bangsa Melayu

      Kita sama bersumpah setia untuk saling sokong menyokong
      tanpa mengenal samada dia raja atau rakyat biasa yang penting dia ada semangat juang seperti kita...
      karerna dialah rakan seperjuangan kita sampai kapan pun!

      Karya Putri Rimba Niagara
      11 Julai 2012
       ·  ·  · Wednesday at 5:00pm


    • MARILAH KITA BERDAMAI DEMI GENERASI MASA HADAPAN RUMPUN MELAYU NUSANTARA

      Sahabat Indonesia:

      Tuanku paduka harapanku tuanku paduka bisa menjaga kekayaan budaya kita jangan sampai di curi lagi oleh Malaysia

      Duhai saudaraku dari benua Indonesia...

      Putri Rimba Niagara:

      Malaysia tak curi kekayaan budaya Indonesia
      Kalian silap sebenarnya...
      Malaysia dan Indonesiakan berjiran dan merupakan Rumpun Melayu Nusantara
      Malaysia cuma menghargai saja..apa salahnya kita saling menghargai khazanah warisan bangsa melayu demi anak cucu?
      Sepatutnya kita berbangga kerana ada negara lain sudi menghargai kebudayaan negara Indonesia setidak-tidaknya boleh mengharumkan nama negara Indonesia itu sendiri ...bukankah Islam menggalakkan kita saling memberi dukungan/sokongan dan dapat menjalinkan ukhuwah antara dua negara.

      Seperti karya-karya saya diusahakan oleh YM Kedaton Kraton Wahyu Utama...saya izinkan bukan memikirkan itu adalah khazanah kerajaan Malaysia tapi demi Khazanah Warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.

      Maka dengan itu saya merayu janganlah menuduh negara saya mencuri khazanah warisan kebudayaan Indonesia...kerana ini adalah satu kesilapan yang tak perlu diungkit-ungkit lagi. Marilah kita berdamai dan saling menghargai kekayaan khazanah warisan Bangsa Rumpun Melayu Nusantara.

      Apa yang kita sumbangkan hari ini adalah
      HADIAH DARI KITA UNTUK GENERASI MASA HADAPAN!

      Tangan ku hulur memohon kemaafan bagi pihak negaraku..bisa nggak terima...duhai saudaraku dari benua Indonesia yang dihormati sepenuh jiwa dan ragaku.

      Moga dengan perdamaian ini mengundang Rahmat Kasih Dari-Nya.

      Aamiin Ya Rabbal A'Lamin

      Dengan Ingatan tulus Ikhlas daripada:
      Putri Rimba Niagara
      11 Julai 2012
       ·  ·  · Wednesday at 4:38pm

    • s

    • SALAM UKHUWAH DOA KASIH ANTARA BRUNEI & MALAYSIA & INDONESIA

      Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
      Terima kasih kerana memerintah negara Brunei
      Dengan adil dan saksama dapatlah rakyat
      Berteduh di Negara Brunei dengan
      Rasa aman dan damai untuk meneruskan
      Perjuangan kehidupan yang sementara ini
      Menuju ke Negeri Abadi dengan bekalan
      Yang ada nilaian di Sisi-Nya
      Insya-Allah Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.

      Doa daripada : Rabeah Mohd Ali
      Putri Rimba Niagara
      Istana Rimba Niagara
      Malaysia /Indonesia
      8 Julai 2012
       ·  ·  · July 8 at 12:45pm


    • PEJUANG-PEJUANG SASTERA/SASTRA YANG DIKAGUMI PUTRI RIMBA

      SYAIR PENGEMBARA BAHASA

      Tersebutlah kisah Si Pengembara Bahasa,
      ...Continue Reading
       ·  ·  · July 7 at 9:40pm


    • PUISI PROFESOR WU ZONG YU & SYAIR PENGEMBARA BAHASA

      PROFESOR WU ZONG YU ( BHG 1)

      Profesor Wu Zong Yu...
      ...Continue Reading
       ·  ·  · July 7 at 8:16pm


    • IKRAR JANJI SEORANG HAMBA KEPADA PENCIPTA-NYA

      Duhai teman sastra yang tersanjung di hatiku
      Kau sumber inspirasiku
      Di kala hati ini berduka
      Kau sapukan airmataku
      Dengan sapu tangan kasih setulus hatimu
      Di kala aku disepikan
      Kau saja yang sudi menyahut puisiku berlagu rindu
      Lalu aku rindu serindunya padamu

      Di kala bulan memunculkan dirinya
      Wajahmu ada di situ
      Senyum padaku
      Dan kudengar jelas
      Gurindam puisimu berlagu rindu
      Dan tanganmu kau hulurkan padaku
      Menjemputku ke bulan
      Bersamamu
      Berlagu puisi
      Puisi tentang rindu
      Puisi tentang rindu pada-Nya
      Dan kita sama-sama memuji-Nya
      Tanpa henti dalam linangan airmata
      Syahdu...
      Bahagianya kita di kala itu
      Kerana bulan
      Tak jemu
      Mengajar kita
      Tentang rindu
      Tentang cinta
      Dan kita berkasih sayang
      Sesama semata kerana-Nya
      Bukan kerana harta dan pangkat
      Kerana itu tidak dibawa ke
      Padang Mahsyar
      Yang akan dibawa
      Cinta dalam Redha Ilahi

      Di Mahsyar kita sendirian
      Dibakar terik mentari sejengkal kepala
      Merenangi lautan peluh yang berpeluh-peluh
      Untuk menjawab segala ikrar janji seorang hamba
      Pada Pencipta-Nya

      Tiada siapa yang dapat membantu kita
      Di kala itu biarpun orang yang kita sayangi di dunia dulu
      Yang menjadi peneman setia di kala itu
      Dan amat berharga untuk menebus diri
      Adalah amalan yang di terima-Nya

      Jika terlepas kita di Mahsyar
      Makanya
      Pintu Syurga menanti
      Terbuka seluas-Nya
      Untuk kita yang bahagia
      Dari segala azab sengsara

      Dan ketika itulah
      Cinta kita yang kita Agungkan
      Kerana-Nya akan bertaut kembali

      Dan ku bersyukur dengan
      Hubungan kasih sayang kita
      Setulusnya kerana-Nya
      Tanpa syarat kebendaan harta
      Untuk menjalinkan kasih kita
      Akhirnya membawa kita
      Ke Syurga Ilahi
      Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

      KARYA PUTRI RIMBA NIAGARA
      8 Julai 2012
       ·  ·  · July 7 at 9:41am
    Ya Allah makbulkanlah semua doa yang baik-baik dari sahabat-sahabatku di grup ini Ya Allah...berkatilah grup ini...jadikanlah grup ini tempat bertalisiraturrahim yang ikhlas keranamu Ya Allah...sentiasa mahu melihat semua rakan-rakan di grup ini bahagia bahagia di dunia bahagia di akhirat...Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal A'Lamin.
     ·  ·  · 9 hours ago

    • 3 people like this.
    • (PETIKAN DARIPADA WALL GRUP KOMUNITAS KEDATUN KEAGUNGAN CINTA BUDAYA)
      13 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;