Friday 13 July 2012

SAYANGKU SAYANGMU - (181) - TERIMA KASIH TUAN BRAD STEVENS




PERCAYALAH SAYA TETAP KAWAN MU TUAN BRAD STEVENS

TERIMA KASIH TUAN BRAD STEVENS

Tuan Yang Di Hormati Dan Disanjungi...
Senyumanmu ceria seceria pelangi cinta
Senyumanmu penuh kasih sayang

Sampai saat ini saya ketawa Tuan Brad Sevens
Lucu...sememangnya lucu
Tuanlah orang yang pertama di kalangan Mat Saleh...
Yang suka dan meminati karya saya...
Yang lucunya ... saya menulis dalam Bahasa Melayu
Tapi Tuan faham...
Pelbagai tema yang saya tulis
Tuan tak jemu , 'like' dan memberi kata-kata
Perangsang untuk saya terus menulis dan menulis

Yang menjadi pelik bin ajaibnya saya
Tuan seakan faham apa yang saya tulis
Tulis mengenai roh
Tulis mengenai Ketuhanan
Tulis mengenai
Keagungan dan Kebesaran Allah Azzawajallah
ALLAHU AKHBAR
Menangis saya Tuan Brad Sevens
Betapa hati Tuan
Selembut salju
Selembut sutera
Bagaikan hati Tuan ...
Ditembusi cahaya
Nur Illahi
ALLAHU AKHBAR
Jikalah hatinya
Benar-benar ikhlas mahu mengenali-Mu
Bukakanlah hatinya untuk
Jatuh cinta pada-Mu Ya Allah
Mahu mengenali-Mu
Dan akhirnya mencintai-Mu
Mengamalkan Islam dalam kehidupannya
Tiada siapa yang dapat menghalang-Mu
Jika Kau mahu memberikan Sinar Nur Hidayah Kasih-Mu
Pada sesiapa saja yang Kau pilih...

Ya Allah...
Tumpahan tinta yang kutulis
Adalah dengan Rahmat Kasih-Mu
Tanpa izin-Mu
Aku tak dapat menulis biarpun sebaris ayat

Dengan Belas Ehsan Dan Rahmat Kasih-Mu
Tanpa Batas...Tanpa Had
Kau Sinarkanlah Nur Hidayah Kasih-Mu
Padaku dan kepada semua yang membaca karya-karyaku
Dan tempatkanlah kami di kalangan roh-roh para hamba-Mu
Yang solehin yang diterima amal ibadatnya
Aamin Aamin Aamin Ya Rabbal A'Lamin

KARYA: PUTRI RIMBA NIAGARA
7 Mei 2012
(KARYA INI DIILHAMKAN ISTIMEWA UNTUK RAKAN GROUPKU YANG DISANJUNGI LAGI DIHORMATI TUAN BRAD STEVENS, MOGA ALLAH MELIMPAHKAN NUR HIDAYAH KASIH-NYA PADAMU TUAN BRAD STEVENS AAMIN)

about an hour ago · Like · 1

Brad Stevens May GOD BLESS YOU!~~~
DEAR Rabeah Mohd Ali~~~
YOU ARE Radiant & Brilliant~~~
OUR Precious SISTER~~~
Touched By GOD~ YOU ARE!~~~
TRUE L1GHTWorker~ YOU ARE!!~~~
Golden~White Winged ANGEL~ YOU ARE!!!~~~
**********7777~8**********
about an hour ago · Unlike · 1

SENYUMANMU SECERIA PELANGI CINTA

Terima kasih Tuan Brad Stevens
Kata-katamu memberi semangat
Padaku untuk terus menulis dan menulis
Kutahu kau amat memahami Bahasa Melayu
Kalau tidak mana mungkin kau memahami
Apa sahaja yang kutulis
Dan memahami apa mesej yang ingin kusampaikan
Aku amat terharu sekali
Kau begitu prihatin
Sekali dengan apa yang kutulis
Adakah kau peminat sastra melayu?
Kalau begitu akulah orang pertama
Yang memberi tabik hormat padamu 10 kali
Terima kasih banyak-banyak
Budi dan jasamu
Sentiasa kukenang
Buat selamanya
Moga kau tak jemu
Memberi sokongan padaku
Untuk terus-terusan menulis
Senyumanmu sumber inspirasiku
Senyumanmu seceria pelangi cinta
Terima kasih kuucapkan sampai kapan pun!
Pada mu Brad Stevens
Sebagaimana kau suka karyaku
Makanya akupun suka kamu....
Sebagaimana kau setia pada karyaku
Ku juga sudi menjadi kawanmu yang setia....

PUTRI RIMBA.
7 Mei 2012

MAAFKAN KU TUAN BRAD STEVENS

Kau memanglah seorang yang amat baik
Sentiasa menyokong dunia sasteraku
Biarpun kau bukanlah
orang sastera
orang melayu
orang islam
sedangkan mereka
yang orang sastera
orang melayu
orang islam
tak like pun karyaku
apa tah lagi memberi pendapat bernas

aku terharu...
benar terharu....
rasanya aku suka sangat berkawan denganmu
tapi bila kufikir sedalamnya
lagi kau baca karyaku
lagi kau berikan aku sanjungan dan pujian padaku
aku kuatir aku
tenggelam dengan pujianmu
dan aku akan merasakan akulah yang hebat
dan ini akan membuatkan Tuhanku murka
lantas ditarik semula anugerah-Nya
dan aku tak mahu juga
rakan-rakan yang lain jadi meluat denganku
atas pujian yang kau berikan padaku
makanya aku mengambil keputusan untuk
berpisah denganmu...
maafkan aku Tuan Brad Stevens
harap kau mengerti akan
aku karna tidak dapat
meneruskan persahabatan kita
tapi percayalah aku masih suka dan sayang padamu
atas kebaikan hatimu memberi sokongan padaku
dalam dunia karyaku
terima kasih Tuan Brand Stevens
maafkan aku harap kau mengerti
duhai kawan baikku
Tuan Brad Stevens
Moga kau selalu ceria dan bahagia bersama teman-temanmu...
Seceria pelangi cinta....
Percayalah aku tetap kawan baikmu sampai kapanpun!

Karya : Putri Rimba Niagara
15 Mei 2012
Like · · Unfollow Post · May 15 at 2:24pm
(PETIKAN DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
14 Julai 2012
 ·  ·  · about a minute ago

(PETIKAN  DARIPADA WALL PUTRI RIMBA NIAGARA)
14 Julai 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;