Sunday, 25 November 2012

THE ROYAL SOCIETY GROUP INDONESIA





Ratu Rimba Niagara shared Penerus Kesultanan Siak Sri Indrapura's photo.
43 minutes ago
Unlike ·  · Promote · 
  • You like this.
  • Ratu Rimba Niagara SUDAH BERSUMPAH SETIA SEJAK AZALI LAGI!

    Sekalung Tahniah Kepada Tg Pengeran Assyariff
    Dianugerahkan DARJAH KERABAT SULU (DK)
    Jasamu untuk mempertabatkan Institusi DiRaja

    Sentiasa tersanjung di hati Kerabat DiRaja dan juga Rakyat Jelata
    Tuanku lah pahlawan diRaja dan juga pahlawan rakyat
    Jasamu tetap dikenang biarpun zaman telah berlalu pergi
    Jasamu seharum kasturi mewangi segenap penjuru bumi
    Kerna perjuanganmu tak pernah padam sentiasa membara
    Agar ikatan Rakyat Dan Raja Sentiasa Berpadu
    Saling menghargai saling mengerti saling mempertahankan
    Betapa pentingnya Institusi diRaja dan bangsa melayu
    dipertahankan hingga ke titisan darah terakhir
    Kerana apalah ertinya negara tanpa Raja
    Dan apalah ertinya Raja tanpa rakyat menyokong
    Saling sokong menyokong
    Saling menghargai
    Agar suatu masa
    Nanti
    Dapat
    Diwariskan
    Pada
    Anak cucu
    Pewaris bangsa melayu seluruh dunia
    Agar mereka tahu
    Bahawa
    Moyang mereka yang terdiri daripada
    Raja sanggup pertaruhkan nyawa untuk rakyat
    Rakyat sanggup pertaruhkan nyawa untuk Raja
    Demi tanahair tercinta
    Tempat tumpah darah kelahiran
    Raja dan rakyat
    Saling berkorban dan berjuang demi
    Anak bangsa dan negara tercinta
    Kerana mahu memakmurkan bumi ini
    Tak kira siapa
    Raja atau rakyat
    Kerna semuanya sama di sisiNya
    Kerna setiap orang adalah khalifah di bumi ini
    Sudah bersumpah setia sejak azali lagi
    Mahu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT
    Dalam limpahan Nur Hidayah KasihNya dan redhaNya!
    Makanya itulah yang diidami setiap roh suci semua
    Yang bergelar khalifah di bumi ini!
    Moga segala perjuangan suci ini
    Sampai ke negeri pasti
    Dalam redhaNya dan balasan cintaNya
    Amin Ya Rabbal A'Lamin

    KARYA Putri Rimba Niagara
    10 Mac 2012
    (PETIKAN DARIPADA WALL RATU RIMBA NIAGARA & TENGKU PENGERAN ASSYARIFF & KESULTANAN INDRAPURA)
    11 Muharram 1434H
    25 November 2012M

0 comments:

Post a Comment

 
;