Friday, 27 January 2012

KESEPIAN INILAH KUTEMUI HATI!



Petang ini mendatang lagi...
tak pernah sepi dari hidupku ini,
melaluinya lagi dan lagi,
membuatkan duniaku,
berseri-seri,
menyaksi mentari,
terbenam lagi....

Begitu jualah dengan hidup ini,
sementelah ku injakkan lagi,
telapak kakiku ini,
menatang langit yang tinggi,
sambil dataran ini,
ku letakkan diri,
entah hingga mana,
nak ku habisi,
nyawaku ini.....

Ku kulum senyuman ini,
kerna ku nak rasai,
keasyikan menyendiri,
bersama diriku sepi...
Dan,
dikesepian inilah,
ku temui hati,
yang beraja,
di dalam diri,
tanpa mahu ku menuruti,
setiap perintah titahnya lagi,
kerna aku tak mahu mati,
di dalam hati sendiri.
Langsung...
ku tongkatkan lidah,
di lelangit,
menyepi diri,
seketika ku temui,
diri terperi....

Maka,
ku biarkan diriku,
hanyut,
di lautan diri,
yang menjanjikan,
seribu erti,
bersama sejuta,
rahsia yang tersembunyi,
namun dalam sendiri itu,
ku temui sesuatu,
dimana hanya Dia dan aku,
saja yang tahu...
Lantas...
ku karamkan diri,
didalam indahnya sepi....

DIARI AMIRDZA~ INDAHNYA SEPI
6.49 PM~ JUMAAT
27 JANUARI 2012
— with Hisham Sham and 15 others.

· · · 13 hours ago ·


    • Nor Zalina Ahmad sepi itu indah ketika bersama
      setiap hari bagaikan berlagu rindu
      tiada duka tiada sengketa
      saling memahami itulah
      yang perlu:-)

      13 hours ago · · 4

    • Azman Abbas seriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiibu..sepiiiiiiiiiiiiiiiii diriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
      13 hours ago · · 2

    • Aisha Zamrie tq...
      13 hours ago · · 1

    • Pangestu Kurnia Endang Assalamu'alaikum warahmatullahi wabbarakatuh.
      Terima kasih kak Diari Amirdza
      selamat malam.

      13 hours ago · · 1

    • Ayahanda Chik sepi itu indah....alhamdulillah....terima kasih Diari Amirdza....selamat malam....esok jumpa di karnival karangkraf....^_^....insyaAllah...
      12 hours ago · · 2

    • Suzana Mohdshah suka sangatttttttt terima kasih Diari Amirdza.
      11 hours ago · · 3

    • Diari Amirdza Pangestu Kurnia Endang....waalaikummussalam wth....
      11 hours ago ·

    • Diari Amirdza Ayahanda Chik,ayu tak dpt nk pergi la....aduhhh...terkilan...
      11 hours ago · · 1

    • Diari Amirdza terima kasih kak Suzana Mohdshah...♥
      11 hours ago · · 1

    • Zuraini Zulkifly ‎" sepi itu indah....sepi itu mengasyikkan....."
      11 hours ago · · 4

    • Diari Amirdza alhamdulillah,silakanlah dik.....^_^
      11 hours ago · · 1

    • Diari Amirdza kasihmu ku terima dik....♥
      11 hours ago · · 1


    • Hisham Sham terima kasih Diari Amirdza....ayu...sepi petang yg hening....dgn pic yg menyentuh perasaan...sepi....
      10 hours ago · · 2

    • Ayahanda Chik sejalur sinar jingga....
      menerobos menusuk ke lantai jiwa....
      menyelinap memamah raga....
      hati kembali berdarah....
      pasrah dalam gundah....
      dan kau kata sepi itu indah....
      sedangkan aku terus hanyut....
      di belantara rasa....
      penuh duri....
      penuh lara....
      ingin aku berlari....
      namun bayang terperangkap sendiri....
      dalam sinar yang menikam dada....
      ada bahagia dibadai gelora....
      seindahnya warna sepi....
      aku kaku sendiri....

      9 hours ago · · 2

    • Akhtarullah Syihab sepi..saat paling manis utk menghening diri....tenggelam dalam arus fikir yang tenang mengalir....mengenal diriku dan Mu
      about an hour ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali SEPI

      Sepi ...
      pergilah kau sepi...
      kau tak perlu hadir dalam hidupku lagi
      krena kau telah mentsunamikan fikirku tenang
      jadi celaru tak menentu....

      untuk apa kau hadir dalam hidupku?
      kedatanganmu tak diundang...
      tapi kerana menyahut seruanmu
      untuk bergandingan memintal impian suci
      kuterima untuk sama memberi kerjasama....
      kita gelak ketawa bersama
      pelangi sentiasa tersenyum dikelilingi
      hilai ketawa mesra rerama yang mengindahkan
      lagi pintalan yang diimpikanmu

      sedang asyik membina pintalan impian nan indah
      tetiba kau dengan sengaja menguraikan pintalan
      impian itu dan pintalan itu musnah lalu
      kau campakkan ke longkang!
      aku terus kaku dan bisu
      setega itu dan aku tak tahu kenapa kau jadi begitu?

      tidak puas dengan itu kau kata ...
      kau akan gantikan pintalan yang baru dan akan kau
      bina bersama-sama rerama yang pandai membuat pintalan
      yang indah ...

      aku kau usir kerana tidak mahu aku mecacatkan pintalan
      rerama-rerama yang pandai lagi bijak membina pintalan...

      aku amat menghargaimu dan rerama-rerama yang ada di situ
      tapi kau buang aku sambil disahut dengan hilai ketawa rerama di situ
      apakah ini balasan yang kuterima darimu?

      jika aku tahu begininya engkau dan rerama di situ
      tak akan aku terima undangan namaku di situ
      tapi aku tak tahu....jadinya begini

      kerna ini semua adalah ketentuan dariNya
      aku terima dengan redha

      aku berjanji dengan diriku tak akan mengganggu kau dan reramamu
      pintallah sebanyak mana mahumu memintal dengan reramamu yang bijak itu aku doakan moga kau dan reramamu berjaya menuju apa yang dicitakan dalam membina pintalan yang indah.

      cuma satu ku berharap pada kau dan rerama-rerama kau
      jangan pernah cuba kaitkan nama aku dan pintalan-pintalan yang pernah kubina di situ...musnahnya nama aku di situ musnahkan juga pintalan aku di situ.

      kepada rerama-rerama pengikutmu....
      maafkan aku kerana aku tak mahu ada hubung kait lagi dengan dia dan kamu ...biarpun begitu aku tetap mendoakan kejayaan untukmu duhai rerama dan aku tetap menghargai persahabatan kita sampai kapanpun!
      Maafkan aku rerama ...aku tak sesuai terbang bersamamu untuk memintal impian bersamanya...kucuba...kucuba...tapi tak terdaya...
      maafkan aku ye rerama...

      Karya Rha NS
      28 Januari 2012

      4 minutes ago ·



  • (PETIKAN DARIPADA WALL  DIARI AMIRDZA)
    28 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;