Wednesday, 25 January 2012

LALU BELAJAR MERANGKAI RINDU PADA TAGORE


    



    • Layaknya khalil yang tergila pada cinta selma
      Lalu belajar merangkai rindu pada Tagore
      Sungguh kematian khalil amat dinantinya dalam
      sang kekasih
      Tak ubahnya dia serupa kegilaan majnun pada khais
      Atau kegilaan fir’aun pada ketuhanan...nya

      Sungguh tiada aku menipu, telah kutemu aporisma dalam sajak-sajak cintamu pada Tuhan
      Kau seperti Nil, mengalir menyisir pesisir Arab
      Kekuatanmu akan cinta telah menjelmakan sebuah diri
      yang muda.
       

      Monday at 8:49am · · 2

    • Rabeah Mohd Ali

      AKU TIDAK PUNYAI MASA LAGI

      setiap detik amat berharga
      masa datang dan meninggalkan usia
      usia makin mendekat
      bekalanku kosong
      kusangka penuh tetap kosong
      kerana egoku melampaui ilmu Diberi cuma setitis
      kurasa ujub akulah yang bijak wal hal dunguku tipudaya yang memperdaya dan
      aku tertanya-tanya napa aku begitu...
      Tuhan tunjukkan aku jalan yang lurus
      agar dapat ku celikkan mata hati
      jangan terpedaya dengan masa yang menipu
      kerna aku tidak punyai masa lagi
      untuk kupersiakan masa dan usia
      yang berbaki entah banyak mana
      entahkan esok atau lusa atau sedetik lagi
      aku pergi meninggalkan masa yang takkan berulang lagi
      untuk aku menebus masa yang dibiarkan percuma
      Ah...!!! Ruginya aku ....sesalnya aku tak tertebus!

      Rha NS
      25 Januari 2012


      (PETIKAN DARIPADA WALL RABEAH MOHD ALI)
      25 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;