Monday, 23 January 2012

DBP MALAYSIA ADALAH SEBUAH INSTITUSI BAHASA YANG MEMPUNYAI TUGAS BERAT DALAM MENGEMBANG DAN MELAKSANAKAN BAHASA MELAYU


  • Idrisboi Boiboi
    Assalamualaikum teman-teman FB DRSB.
    Syukur alhamdulillah. Saya baru dimaklumkan bahwa dua manuskrip novel terbaru saya iaitu Puteri Santubong dan Sayang Sarawak-Sungeinya Berliku telah diluluskan oleh DBP, Kuala Lumpur untuk tujuan penerbitan. Insya'allah kalau diizinkan Allah S.W.T novel Puteri Santubong akan dicetak pada bulan depan Februari, 1012. Manakala Sayang Sarawak pula dalam proses penyuntingan. Diharap teman-teman FB DRSB sudi memberi sokongan dan dukungan. Segala urusan termasuk jualan buku diuruskan oleh pihak DBP KL sepenuhnya. Kalau ingin tahu tentang ceritanya sudi-sudilah membacanya. Terima kasih.
    · · · 9 hours ago

      • Asmira Suhadis tahniah dan syabas
        9 hours ago ·
      • Naga Pamungkas tahniah ... kirimkan juga nanti ke Naga Pamungkas ya hehehe
        9 hours ago ·
      • Naga Pamungkas nah ayo, pusat bahasa jgn hanya kejar target proyek penelitian, tapi hasil penelitian itu diterbitkan dan diedarkan ke masyarakat (maaf ya bila ada pihak yg tersinggung)
        8 hours ago · · 2
      • Naga Pamungkas setuju, pusat bahasa kan ada di tiap daerah. Lagian perpustakaan pusat bahasa pun tak tahu lah di mana letaknya. Profesional dikit cara kerjanya kan boleh saja. Seperti di kampus, ada istilah tri dharma, ... ayo keluarkan dikit pengabdian ke masyarakat itu lho
        8 hours ago · · 1
      • Naga Pamungkas balai bahasa banjarmasin, misalnya. harus bekerjasama dgn penulis dan penerbit daerah. Kerjasamanya, bisa berupa dgn pembelian buku terbitan daerah, dgn penulis daerah dgn jumlah buku antara 500 hingga 1000-5000 buku, utk disebarkan ke berbagai sekolah, dinas se pemprov dan sekabupaten-kota di Kalsel.
        7 hours ago ·
      • Naga Pamungkas mungkin terbentur anggaran kali. atau anggaran terbentuk kurang pengajuan kegiatan yg jelas kali, atau kegiatan yag kurang jelas terbentur aturan kali, aturan terbentuk kurang kreatif melakukan terobosan kali, atau
        7 hours ago ·
      • Idrisboi Boiboi Assalamualaikum. Terima kasih teman-teman FB DRSB atas sokongan dan dukungannya. DBP Malaysia adalah sebuah institusi bahasa yang mempunyai tugas berat dalam mengembang dan melaksanakan bahasa Melayu. Walaupun negara sudah lebih 50 tahun merdeka tapi pelaksanaannya masih jauh terketerbelakangan berbanding Indonesia dan ini satu kenyataan. Mungkin akibat campur tangan politik hingga bahasa ibunda menjadi mangsa mainan politik. Ketegasan masih belum ada di negara Malaysia dalam melaksanakan bahasa Melayu hingga bangsa lain masih juga mempertikaikannya sekalipun sudah termaktub dalam pelembagaan negara 1957.
        6 hours ago ·
      • Rabeah Mohd Ali Terima kasih kepada saudara Naga Pamungkas atas beberapa teguran dan cadangan yang membina pada mana-mana syarikat penerbitan buku agar dapat menghasilkan buku yang berkualiti dan diminati ramai.

        Kepada saudara Idrisboi Boiboi...seharusnya bersyukur kerana dua manuskrip novelnya telah terpilih untuk diterbitkan oleh DBP satu badan penerbitan yang tersohor dan terbukti kualiti buku yang diteribitkan kerana ianya ditapis oleh pakar-pakar bahasa yang sudah diiktiraf kepakaran mereka. Justeru buku karya saudara memang berkualiti. Tahniah saya ucapkan! Mana mungkin ada campur tangan politik...kalau ada campur tangan politik karya saudara mungkin tidak akan diterima cuba fikir secara mendalam dalam hal ini...dan saya rasa tajuk novel saudara, 'Puteri Santubong dan Sayang Sarawak" pun sudah membuktikan DBP mempertabatkan karya saudara kerana bersangkut paut dengan negeri Sarawak secara tidak langsung mengajak rakyat Malaysia mengenali Sarawak secara lebih dekat melalui karya saudara. Mana tahu karya saudara jadi bahan bacaan di edarkan ke seluruh perpustakaan di Malaysia atau menjadi dijadikan mata pelajaran sastera untuk pelajaran keusasteraan melayu...pasti saudara juga akan mendapat tempiasnya juga dengan pembayaran royalti yang terjamin bayarannya. Inilah caranya DBP bekerja untuk menaik tarafkan kualiti Perbukuan Negara Malaysia. Justeru bersyukurlah karya saudara terpilih dan sekali lagi saya ucapkan tahniah!
        37 minutes ago ·

    • (PETIKAN DARIPADA GRUP DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO)
      23 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;