Saturday, 28 January 2012

KUINGINKAN SALING BERBAKTI DENGAN SETULUS HATI DALAM SUASANA KASIH SAYANG


TERIMA KASIH KERANA FAHAM BAHASA

Engkau ada karya sehebat aku?
Tak ada...
Kalau tak ada ...kenapa kau nak berkarya...?
Salah ke...?
Bahasa kau rendah ...tak sehebat kamilah...!!!!
Ye...aku mengaku aku tak setanding kalian yang berbahasa puitis!
Engkau tahu tak bahasa yang kau tulis tu...rendah macam orang tak sekolah tinggi
Ye aku tak sekolah tinggi macam kau ...tinggi melangit...
Sedar...pun...habis tu kenapa terhegeh-hegeh kau nak menulis?
Dah aku minat hendak buat macam mana?
Hei! Sedarlah sikit ...cermin sikit siapa engkau tu...
Kenapa ye...salah ke aku minat
Engkau tu sudahlah tak ada kelulusan ada hati hendak menulis
Salah ke aku menulis?
Memang salah sebab engkau dungu...tak setanding kami yang pandai!
Ye...lah kau yang terpandai di dunia ini aku tak pandai...
Kalau engkau tahu tak pandai napa nak menulis?
Dah aku katakan tadi...aku minat...aku minat....! aku minat...!!!
Wei! Minat je tak mencukupilah...bahasa pun berterabur...
Yelah engkau ajelah yang pandai berbahasa ...aku tak...
Kalau engkau sedar engkau tak pandai berbahasa ...kenapa engkau nak menulis?
Engkau pandai je berbahasa tahu tak tahu bahasa...kan aku dah katakan tadi...
Engkau ni memang betullah tak tahu bahasa?
Wei...aku ke atau engkau yang tak tahu bahasa?
Engkau...engkau...engkau memang tak tahu bahasa...
Engkau...engkau...memang tak faham bahasa...
Senang cakaplah bagi engkau faham...berhenti dari menulis! Faham!
Kalau aku tak faham ...
Hahahahaha tak faham? Kesihan engkau...
Kesihan ke mencantas aku menulis...
Sebab tu rerama aku tak like pun apa yang kau tulis...tak faham lagi?
Dah lama aku faham...
Faham pun engkau...
Aku tak kisah pun lah rerama engkau tu nak like ke tidak...
Engkau tengok aku ni...aku tulis semuanya rerama like...
Aku tak kisahlah aku menulis bukan kerana rerama engkau tu ye...
Itu membuktikan tulisan engkau tu...karya bodoh! Faham???
Faham...Tuan Penyair Hebat!!!!
Kalau engkau tahu aku dan rerama aku hebat engkau jangan menulis!!!
Aku akan menulis selagi aku mampu menulis...
Engkau tulislah tiada siapapun yang hendak baca jauh sekali nak like!Haahaha
Wei...aku tulis bukan kerana engkau...bukan kerana rerama engkaulah....
Kerana kedegilan engkau nak menulis dan menyakitkan hati aku...
Engkau sakit hati ke?
Iye aku sakit hati...sakit....sakit...sakit...sakit hati aku?
Habis tu aku nak buat macam mana hati engkau sakit...
Engkau jangan menulis baru hatiku tak sakit...!
Pelik ye...aku menulis aku tak ganggu pun engkau dengan rerama engkau...
Kerna aku terlalu bencikan engkau ...aku padamkan nama engkau di grup kami...
Terima kasihlah kerana engkau dah faham bahasa sebab itu kau pandai...

Karya Rha NS
28 Januari 2012
· · · 7 hours ago


    • Hurul Ain Al-hisyam wah...kerana benci.. hingga padam nama dalam group..
      4 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Kalau perpisahan itu boleh membahagiakan...itu adalah lebih baik...asalkan jangan ada benci antara kita...asalkan dalam hati ada wujud kemaafan...kita diundang ke group tanpa tahu kita ...jadi bila nama kita dipadam...redha ajelah...
      4 hours ago · · 1

    • Hurul Ain Al-hisyam ya Puan Rabeah Mohd Ali, seharusnya group untuk ukhuwah dan saling memahami, berbagi ilham dan kasih persahabatan. Salam kenal Puan.
      4 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Salam kenal juga...bila teringatkan hatiku remuk redam..terlalu parah lukanya Ain...kusangkakan ingin saling berbakti dengan setulus hati dalam suasana kasih sayang ...tapi tega mereka begitu...tak apalah aku fikir positif setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya..moga Allah ampunkan aku moga mereka maafkan aku dan aku sudah maafkan mereka kerana aku takut perkara yang sekecil ini akan dihitung di akhirat nanti...nauzubillah...
      4 hours ago · · 2

    • Puteri Shy kenapa nie kak Rabeah Mohd Ali????????ape gaduh2 dalam sini????
      3 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Ini bukan gaduhlah ...ini cuma perbincangan antara saya dengan Hurul Ain....tak caya tanya dia...
      3 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Hurul Ain sekarang tolong jelaskan pada puteri Shy ye...
      2 hours ago · · 1

    • Norliza Liza Rabeah apa khbr kamu ...tak puas hati kat sapa ni..kan kita semua sama aja...
      2 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Bukan tak puas hati...inikan cuma puisi..lepas tu...dibincangkan.. tapi disalah anggapkan...susahlah macam ni...
      2 hours ago · · 1

    • Norliza Liza he he ...bagus lah lau gitu...ingat pa tadi..
      2 hours ago ·

    • Rabeah Mohd Ali Syukur Alhamdulilah...akak pun suspen juga tadi...ilham datang di akak tulis le...macam selalu...kongsi sama kawan-kawan... yang penting dijauhkan dari sesuatu yang buat orang marah-marah...takut...den....hihihi
      2 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Kalau liza marah tadi...akak pun dah nak mejuk...mejuk...tapi bila tengok senyuman liza yang cun melecun tu tak jadi nak mejuk...hihihi
      2 hours ago · · 1

    • Hurul Ain Al-hisyam salam semua, tak ada apa2 yg terjadi. apa pula yg nak di jelaskan. Hurul sekadar menyapa dan salam kenal saja kat Kak Rabeah Mohd Ali.
      Pula jadi isu yg mendebarkan..? Wah apa salah hurul ya. Harap ampun.

      2 hours ago · · 1

    • Norliza Liza mana da liza marah cuma hairan jew...terima kasih Rabeah kerna setia pos pusi kat group Puisi Ilahi....
      2 hours ago · · 1

    • Hurul Ain Al-hisyam sekadar bercakap2, sembang2 jer.
      2 hours ago · · 1

    • Norliza Liza syukur alhamdulilah Ain...
      2 hours ago · · 1

    • Hurul Ain Al-hisyam hurul baru hari ini terjumpa dan salam kenalnya kat kak Rabeah Mohd Ali..hehe
      2 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Insya-Allah selagi ada yang sudi membacanya..dan Dia Izinkan aku berkarya..selagi larat dah ada kudrat....Insya-Allah ye.. dan maaf jika ada yang tak berkenan di hati...yang penting kita saling berbagi ilmu dalam suasa kasih sayang...ok...janji...hihihi
      2 hours ago · · 2

    • Hurul Ain Al-hisyam hurul pun jarang2 singgah kat sini... baca2 jer..sambil belajar
      2 hours ago · · 2

    • Norliza Liza Rabeah lau tak da kamu sunyi kat sini liza tak sempat nak singgah selalu di sini...harap jgn da salah sngka antara kita...Ain bagus lah terima lah salam dr kak Rabeah tu...
      2 hours ago · · 1

    • Hurul Ain Al-hisyam makasih... berbaik sangka hendaknya antara kita...
      biar puisi tambah indah

      2 hours ago · · 1

    • Rabeah Mohd Ali Dalam lawak ada ilmu
      Dalam suka ada ilmu
      Dalam duka ada ilmu
      Dalam bahagia ada ilmu
      Dalam dipanah petirpun ada ilmu
      Dalam kematian lagi banyak ilmu
      Semuanya ilmu...ilmu...ilmu...dicari dan dihayati tanpa jemu...

      2 hours ago · · 1



  • (PETIKAN DARIPADA GROUP PUISI ILAHI)
    28 Januari 2012

0 comments:

Post a Comment

 
;